Hulu Langat & tanah runtuh; Takziah!

23may 2011; tanah runtuh!

Yea…berita utama kebanyakan akhbar di malaysia hari ini berkisarkan tentang pengebumian mangsa-mangsa tanah runtoh di Hulu Langat, pd sabtu lalu. Alhamdulillah kerja pengebumian telah selamat semuanya sama ada dikebumikan di Hulu Langat ataupon di kampung masing2.

Mangsa2 yg terselamat pula, dilaporkan masih trauma dgn kejadian yg menimpa mereka. Walaupon jauh di sudut hati, mereka bersyukur kerana masih dipanjangkan umur, namun bencana yg berlaku bukan semudahnya utk dilupakan.

Sedih & pilu membaca keratan-keratan akhbar mengenai kejadian ini.

Dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.30 petang semalam, seramai 25 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah.

Enam belas terkorban dalam tragedi itu manakala sembilan lagi yang turut terperangkap dalam runtuhan selamat. Semua mayat mangsa dihantar ke HKL untuk bedah siasat dan selesai dituntut ahli keluarga pada jam 12.05 tengah hari semalam.

[Berita Harian online; 23/5/2011]

Terpanggil aku utk mencoretkan sesuatu…Allah mengingatkan kita!

Alam semulajadi!
Di sebalik kegembiraan adventure trip to Lopo Waterfall (posted by dot3; 20/5/2011), rupanya alam semulajadi ini telah dirosakkan oleh tangan manusia. Fyi, Gunung Lopo berada berhampiran dgn tempat kejadian tanah runtuh ini.

Tanpa kita sedari, dibelakang gunung & bukit yg menghijau…ada aktiviti manusia yg secara senyap menjadi punca kpd bencana yg berlaku. Pihak berwajib sedang menjlnkan siasatan…serahkan sj pada yg pakar. Aku…no comment!

Pelbagai laporan ttg kerja-kerja pembinaan yg tidak disahkan, tiada kebenaran pihak berkuasa tempatan, tidak melaporkan tanda-tanda gelinciran tanah dgn lebih awal & ada kerja-kerja membersihkan hutan di atas kawasan bukit berkenaan akn menjadi antara isu-isu yg menjadi faktor bencana. NAMUN, itu hanya POST-mortem!

Pd aku yg penting adalah PRE-mortem!!! Sejak bertahun dlu, sekiranya pihak yg sepatotnya menjalankan tanggungjwb masing2…insyaAllah, perkara-perkara yg timbol slps kejadian ini tdk akan disebut2. Yelah…in my view, kalo pembinaan bangunan itu dipelankan & didaftarkan, or pihak PBT menjalankan pemeriksaan di kawasan-kawasan pembinaan persendirian, mengambil tindakan mendenda bg kerja-kerja pembinaan yg illegal, tentu skali desas-desus ini TAK  kan membingitkan telinga kita hrni. Janganlah kita mula nk menunding ke arah satu sama lain. Wallahualam.

Anak yatim! Mungkin ini adalah peringatan kpd kita agar tidak mengabaikan golongan anak yatim ini. Apakah musibah yg berlaku kerana kelalaian kita dlm menjaga kebajikan mereka, malah mungkin kita telah lupa hak-hak mutlak mereka yg dituntut oleh agama. Apakah kita telah lupa utk memuliakan anak yatim? Nahuzubillahiminzalik.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Rumah yang terbaik adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dihormati dan diperlakukan dengan baik. Rumah yang terburuk adalah rumah yang di dalamnya terdapat anak yatim yang dizalimi dan diperlakukan dengan buruk.”

Ujian Allah!
Setiap yg berlaku ada sebab & hikmahnya. Bersabarlah dgn ujian ini. Allah ingin mengingatkan kita agar kembali kepada-Nya. Allah masih sayangkan kita, walaupon bencana ini telah meragut nyawa2 mereka yg tidak bersalah (pd zahirnya). Ingatlah Allah lebih sayangkan mereka.

Aku doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah & di tempatkan dlm kalangan orang-orang yg beriman. Al-Fatihah.

Aku ingatkan diri aku sendiri (& kamu jugak)…Allah sentiasa melihat apa yg kita lakukan. Allah maha mengetahui yg nyata & tersembunyi.

Ampunkan dosa kelalaian kami, ya Rabbi…tunjukkan kami jalan-jalan yg Engkau redhai. Amin.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on May 23, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. i’m doing my assgment about tanah runtuh di hulu langat..adakah berlaku kerana aktiviti manusia sperti pbalakkan or something..need ur help! thnks !

    • Hi mia…if i’m not mistaken, sbb kejadian tanah runtoh kat Hulu Langat tuh disebabkan oleh struktur tanah yg lemah. Rasanya hasil drp pembangunan sekitar oleh pemilikan tanah persendirian. Beside that, it found a “kolam ikan” kat atas bukit tuh, tp kedudukannya agak jauh drp tempat kejadian. Faktor-faktor lain disebabkan ada aktiviti manusia spt pembinaan bgnan di ats tanah milik persendirian di belakang bukit tempat rumah anak yatim itu dibina.

      Apapon, itu sume ringkasan drp artikel2 newspaper yg sy baca. U bole refer to the rite article for more details. Btw, not sure the report dah siap or blom lagi. Hope sket2 faktor yg di ats tuh, bole guide u nk “menggoreng” ayat2 utk your assignment. Gud luck!

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 837 other followers

%d bloggers like this: