Nikmati Ramadan; Doa-doa 10 malam terakhir dan rahmat Lailatulqadar

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

 

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan;

“Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).”

[Riwayat Imam at-Tirmizi]

 

 

 

22august 2011; Lama pulak rs menyepi drp mencoret kt blog nih. Bole dikatakan TAK sempat nk online kebelakangan nih. Namun, itu bukan penghalang utk aku berkongsi cte dgn sume.

 

Pejam celik…dh smpai ke 10 malam terakhir kita di bulan Ramadan tahun ini. Sedar TAK sedar, kita telah melalui hari kebesaran al-Quran diturunkan iaitu NUZUL Quran pd hari ke-17 Ramadan yg lalu. Alhamdulillah, nikmat menjalani ibadah puasa serta pengisian spjg Ramadan dpt dirasai. Namun, masih blom cukop rsnya…mmg sbnrnya kita memerlukan lebih masa utk mendekatkan diri kpd Allah. Di situlah ketenangan yg hakiki dpt ditemui. Kita MESTI meneruskan amalan2 spjg Ramadan ini di bulan-bulan lain hingga kita dpt kembali kpd Ramadan yg akan datang. InsyaAllah… & itulah AZAM aku! 8-)

 

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:

“Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”

 

 

Kita skrg berada dlm fasa terakhir Ramadan dan 10 malam akhir Ramadan ini adalah fasa pembebasan daripada api neraka dan “puasa itu adalah perisai” yg menghalang pelakunya drpd memasuki neraka. Spt yg kita maklum, dlm 10 malam terakhir ini juga terdapat 1 malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

 

Hanya ibadah puasa Ramadan yang dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu fasa rahmat, keampunan dan kemerdekaan daripada neraka semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin membesarkan pahala Ramadan. Subhanallah. Semoga kita dapat memanfaatkan setiap fasa yg telah kita lalui spjg Ramadan tahun ini.

 

“Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya”

[Hadis Riwayat Bukhari]

 

Oleh itu marilah kita rancakkan dan tambahkan ibadat di 10 akhir Ramadan. Bersamalah kita mengisikan  10 hari terakhir ini dgn melebihkan ketakwaan dan penjagaan disiplin Ramadan. Kita perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir ini dan tutuplah kecuaian yg berlaku dlm puasa 20 hari yg lepas dgn menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu (i.e. solat, membaca quran). Bersamalah jgk kita mencari Lailatul Qadar. InsyaAllah… :)

 

Bagi mencari malam Lailatul Qadar, ada baiknya kita membaca Doa lailatul-Qadar ini pd setiap malam di 10 malam terakhir Ramadan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya.

 

Sabda Rasulullah,

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.”

[Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As]

 

Di samping itu, kita perbanyakkan berdoa dgn doa-doa 10 malam terakhir Ramadan. Bersama coretan kali ini, aku kongsikan juga doa-doa 10 malam terakhir utk kita sama2 membacanya dan mendapat syafaat drp Allah.

 

Bismillahirahmanirrahim.

 

Doa hari – 21

Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

 

Doa hari – 22

Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah Mu. Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

 

Doa hari – 23

Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

 

Doa hari – 24

Ya Allah! Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaanMu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai pemberi para peminta.

 

Doa hari – 25

Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabiMu, wahai penjaga hati para nabi.

 

Doa hari – 26

Ya Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosa ku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku ditutupi, wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.

 

Doa hari – 27

Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba- hambaNya yang soleh.

 

Doa hari – 28

Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

 

Doa hari – 29

Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

 

Doa hari – 30

Ya Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,

 

demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

 

Amin…….

 

 

Akhir sekali terimalah hakikat kefarduan ibadat puasa Ramadan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Semoga perkongsian ini dapat menambah kekuatan kita dlm menjalani ibadah dgn penuh keinsafan. InsyaAllah :)

 

~bersama nikmati Ramadan 1432H! 8-)

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 22, 2011, in notes | nota and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. Inilah masenye….kita suma berlumba2 dlm melipatgandakan amalan, cubalah cari komposisi yg terbaik dlm menemui mlm lailatulqadar, insyaALLAH

    • Berlumba-lumba ke arah kebaikan amat dikehendaki oleh Allah. Allah maha pemurah, maha pemberi. Dia mahu kita meminta, memohon kepadaNya. Jom kita beribadat dgn lebih tawaduk kpd Allah s.w.t.

  2. rocky de vibratore

    salam. Hati2 ya ya ente suma.

    tapi ana (alamak.. mcm akhil hayy la pulakk)rasa doa2 tiap hari start mlm 21 sampai habis tak ada nas yg meyakinkan. tapi kalu ada, okey laa. kita jgn fitnah nabi tau. tak baek.

    doa lailatul kadar yang matan syt. ‘Aisyah dlm rumi berbunyi:

    “Allahumma, innaka ‘afuu wun tuhibbu ‘afwa, fa’ fuanni” terjemahannya mudah: “wahai Allah, sesungguhnya engkau pemaaf dan menyintai kemaafan, maafkanlah daku” versi ini sahih dari syt. ‘Aisyah. adapun (wah mcm tok guru haqiqat pondok la pulakk) versi “innaka ‘afuu wun kariimun… fa’ fuanna” itu tidak diketahui sumber nasnya. jadi terpulang pada anta ente suma (alamak sekali lagi bunyi akhil hayy lak)

    • Saudara rocky…terima kasih kerana berkongsi.

      Sesungguhnya ilmu itu amat luas. Perkongsian serta pendapat saudara amat dihargai. Bersamalah kita menuju ke jalan yg diredhai Allah.

  3. rocky de vibratore

    saudara2 ku semua,

    aku tak mampu mendoakan untuk kalian kerana puasa ini hak Allah sedangkan malaikat sendiri tidak dapat menyentuh rahsianya.
    Jadi aku mengajak saudara semua agar benar2 berdoa sehingga menangis (aku selalu menangis terutama malam ke 28 dan lepas isya’ malam ke 29) memohon kepada Allah agar kita semua diberikan jodoh kita dengan Ramadhan pada tahun depan dalam keadaan sihat dan rezeki yang baik sepertimana tahun ini.aku juga mengajak kalian semua untuk tidak mengulangi silap menyambut raya cara Melayu dan tolong jaga perut selepas Ramadhan. korang tak kena diabetes dan darah tinggi tak tau betapa seksanya tubuh kita wooo! Yanchor pun ada potensi nak kena…

    .

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 846 other followers

%d bloggers like this: