Cerita aku; Helah Sang Kancil

Assalamualaikum readers!

 

8feb 2012; Aku ingin berkongsi cerita! ;)

 

Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor kancil yg bijaksana. Suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan menikmati keindahan hutan. Tiba-tiba terdengar ngauman yg amat kuat di belakangnya. Bila menoleh, rupa-rupanye Sang Singa si raja rimba sedang bersedia utk menerkam dan membahamnya.

Sang Kancil cemas. Kakinya terketar-ketar. Namun, fikirannya tetap ligat berputar. Mencari akal utk lepas drp dibaham Sang Singa yg lapar.

“Tunggu wahai raja rimba yg gagah perkasa, sebelum kau jadikan aku hidangan tengahari mu, ingin ku sampaikan satu pesan,” ujar Sang Kancil mencari helah melepaskan dirinya.

“Pesan apa wahai Kancil? Jangan fikir kau dapat melepaskan diri,” sergah Sang Singa sambil menunjukkan taring dan kukunya yg tajam bak taji.

Sang Kancil bertambah gerun. Namun digagahkan juga dirinya utk menyambung bicara.

“Sebenarnya aku disuruh oleh seekor singa yang sama besar dan gagah sepertimu utk menyampaikan pesanan mahu bertarung dan beradu kekuatan,” Sang Kancil mereka cerita.

“Apa? Ada singa lain yg menyamai kegagahanku, dan berani utk menentangku di hutan ini?” bentak Sang Singa sebaik mendengar bicara Sang Kancil. Dia mengaum sekuat-kuatnya sehingga unggas-unggas yg sedang berehat di pepohonan terbang bertempiaran. “Di mana kamu temui singa yg berani menentang aku itu? Tunjukkan kpd aku sekarang juga!” tambah Sang Singa dengan amarah yg membara.

“Singa itu sedang menunggumu di tepi sungai di pinggir hutan ini.” tanpa lengah, Sang Kancil menunjukkan arah.

Sang Singa berlari selaju mungkin menuju ke sungai yg dimaksudkan. Sebaik tiba ditebing sungai yg jernih itu, Sang Singa terus menyeberangi jambatan kayu yg merintangi kedua-dua belah tebing. Matanya melilau liar sambil memusing-musingkan kepala, mencari  si singa yg mahu menentangnya, sepertimana diberitakan oleh Sang Kancil yg bijaksana.

Seterusnya Sang Singa melihat ke dlm air, dan ia melihat satu bayangan yg menyerupai dirinya. Ia menyangka bahawa bayangan itulah singa yg mahu beradu kekuatan dengannya. Sang Singa mengaum keras utk menunjukkan rasa tidak takut, apatah lagi cemas.

Alangkah terkejutnya Sang Singa tatkala melihat bayangan itu juga membuka mulut dan menampakkan taringnya yg tajam dan bersinar. Sang Singa berasa tercabar. Lalu  tanpa berfikir panjang, ia terjun ke dlm sungai utk menyerang bayangan dirinya itu.

Blurrrpppppp!!! kedebom!

Sang Singa basah kuyup disimbah air sungai, sementara bayangan yg menentangnya hilang entah ke mana. Sang Singa yg basah, kesejukan bercampur kebingungan memikirkan ke mana perginya singa “penentang” itu tadi.

Akhirnya, Sang Kancil selamat drp dimakan oleh singa – Sang Raja Rimba.

 

Ia bukan sekadar cerita. Aku telah banyak kali membacanya dan akhirnya aku tersedar akan sesuatu. Pengajaran yg ingin aku kongsikan kali ini, bersempena Maulidur Rasul s.a.w (bukan sekadar kita semua  public holiday, hokey)bersama-samalah kita bermuhasabah diri. Orang yg tak mahu muhasabah diri adalah orang yg sombong. Kesombongan boleh memakan diri kita sendiri.

 

Aku mengingatkan diri aku (& kamu jugak) bahawa segala nikmat yg kita ada ini adalah milik Allah. Janganlah kita sombong dgn kelebihan dan kesenangan yg kita ada pd hari ini. Sedarlah kita bahawa manusia itu makhluk yg lemah dan saling memerlukan dlm kehidupan ini. Kenalilah diri sendiri agar kita bersifat rendah diri dan tak sombong. Jauhilah sikap-sikap takbur yg merugikan.

 

InsyaAllah, orang yg sentiasa melihat ke dlm dirinya… akan sentiasa bersyukur dgn nikmat Allah s.w.t. Marilah contohi sifat terpuji Rasulullah s.a.w. iaitu Siddiq (benar), Amanah (jujur), Fatanah (bijaksana) &  Tabligh (menyampaikan suruhan Allah). Dgn sedikit ilmu ini, semoga kita manfaatnya mendapat keberkatan.

Wa’allahualam.

…bila aku rajin menulis (“,)

About these ads

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on February 8, 2012, in story | kisah and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 823 other followers

%d bloggers like this: