Blog Archives

Dairi Lebaran; Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum sahabat and readers~!

 

9.8.14; …Salam 13 Syawal 1435H.

Wah…sekejap nyer dah masok 2 minggu kita beraya. Ohhh… aci tak nak ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin” to all readers. Perghhh… hope masih blom terlambat lagi 😉

 

aidilfitri2014

Anak bulan terbit sudah,

Menandakan masuk bulan baru,

Ramadhan berlalu Syawal menerjah,

Aidilfitri tahun ni tak macam dulu.

 

Alhamdulillah, Syawal disambut sederhana bagi aku & keluarga. Inilah tahun pertama kami beraya berempat anak-beranak. Pada 1 Syawal 1435H lalu, arwah mama telah 10 bulan meninggalkan kami buat selama-lamanya. Tentu sekali kehilangan arwah mama dirasai bagi kami masing-masing. Namun, bagi aku… biarlah kerinduan itu dipendamkan jauh di dalam hati agar ia tak akan padam hingga ke akhir hayatku. Aku pasti bagi abah & adik-adik… mereka juga mempunyai perasaan yg sama. Hanya Allah yg Maha Tahu 🙂

 

Syukur… segala persiapan menyambut hari kemenangan dilakukan seperti tahun-tahun lalu. Bezanya tahun ini, segala urusan penyediaan kena saling ingat-mengingati sesama sendiri (adik-beradik la…). Yelah… dlu arwah mama adalah penasihat terbaik kami. Itu ini semua arwah boleh senaraikan & double check. Apapon… we’re managed it well. Actually, pengalaman melakukan persiapan raya sebelum ini dgn tunjuk-ajar drp arwah mama memudahkan segala kerja-kerja persiapan. Thank you Allah. Semuanya siap sedia di pagi raya.

 

kitorangraya1Pastel purple! Yeah… this year kitorang choose purple theme. syiok nyerrr 🙂

 

.

Aktiviti rutin Aidilfitri tetap diteruskan. Malam pengumuman “esok raya”, kami pegi amek juadah pagi raya kat rumah Makteh. Terima kasih sbb masakkan favorite foods kitorang. Hari Raya pertama… hari beraya dgn Atok. So… kemuncaknya adalah berkumpul my Big family kat umah Atok pd malam raya pertama. Seronok… rioh bagai nak rak. Rendang paru memang tak boleh lupa. Yummy oii… Meriahnya berkumpul sanak saudara, bley plak lupa nak amek gambar beramai-ramai. Selfie mmg ada, tp aksi-aksi tak brape nak hebat sgt! hehehe 😀

Rayake1Cucu-cucu atok!

Sempat gaks snap 1 gambar sebelum balik ke rumah masing-masing on 1st day aidilfitri. Atok pon dah tukar baju dah…hehehe.

.

Raya ke-2… perghhh, hectic day! It’s really awesome berkonvoi raya 9 kereta. Seronok tu sbb tahun nih giliran anak-anak makngah (merangkap cousins aku la…) beraya bersama kami dulu, tu yg buat ahli rombongan mcm 1 battalion, huhuhu 🙂

Rayake2

cousinraya2Selfie time!!!

Top: Look… nektam pon pandai berselfie. Bottom: d’girls.. yay kita raya!

 

Kajang >> Sepang >> @enstek!!!

 

Hah… look at the last destination of the day, tolong kelip-kelip mata 2,3 kali! Again… after beraya di rumah nektam kat Bdr Seri Ehsan, berlari la kitorg adik-beradik utk menyediakan juadah beraya. Walaupon agak berterabur sket preparation kat rumah (apa tak nya…mlm raya pertama lepak kat s.alam smpai jam 1 pagi baru balik)… alhamdulillah, everything’s  manageable. Juadah ala-ala “kota & desa” semuanya memadai. Dapatlah jugak berasa sambal ikan bilis kakchek d’chef kan…kan…. Kahkahkah… 😉

 

rayaMe

All above, Syawal tetap memberikan 1001 makna bagi kami. Di sebalik senyuman & kegembiraan dalam meraikan lebaran tahun ini, di hati kami tetap merindui arwah mama yg amat dikasihi & disayangi. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa ibuku, ditempatkan dia dalam kalangan hambaNya yg beriman & dihindari segala seksaan. Amiiin.

 

Salam lebaran 1435H ^^

…bila aku rajin menulis (“,)

 

Sempoi raya; …Baraan with BFF~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

25aug 2013; …kembara raya with BFF!! 😉

 

Bak kata ketua baraan seumur hidup kitaorg… Juju (BFF with LoVe)

“it’s been a routine on Syawal. get together to share love, laugh, gossip & foods of course! there’s always ups & downs but i know we always hv each other through thick & thin..”

 

Jom layan cerita aku!

 

baraan1

baraan2

baraan3

baraan4

Bulan Syawal bulan mulia,
Masa meraikan kemenangan berpuasa,
Ini 6 sekawan empunya cerita,
Menyambut raya bersama-sama…

Tik tok tik tok masa berlalu,
Tak sangka raya dah abes 2 minggu,
Ketua Baraan tentulah Juju (BFF with LoVe),
Kami yg lain-lain sediakan menu...

(maklumlah tahun ni tak dpt beraya umah juju…sbb kakak juju baru je bersalin 2 days ago. Happy…sonok!)

Bandar Enstek lokasi pertama,
Bangi pulak destinasi seterusnya,
Shah Alam jadi pilihan ketiga,
Last skali lepak kat Kota Damansara

.

baraan 5

Nak gathering bukannya senang,
Masing-masing sibok bak menteri,
Di Enstek sediakan nasi impit & kuah kacang,
Breakfast sempena meraikan aidilfitri.

.

baraan6
Berkonvoi kami empat kereta,
Vios, Kenari, Gen-2 & Spectra,
Rumah Mimie (BFF with LoVe) hidangkan laksa,
Resepi istimewa orang Melaka.

.

baraan7
Ramai org buat rumah terbuka,
Kenduri kahwin pon sama hebat,
Alin menjemput geng BFF beraya,
Seronok tuh sbb ktorg jd tetamu yg last.

.

baraan8b
Rumah Sue (BFF with LoVe) yg akhir sekali,
Domino’s pizza pilihan kami,
Bab bergambar tak pernah dilupai,
Berposing sakan sampai lupa diri…

 

syahdu takbir bergema-gema,
memuji kebesaran Allah yg maha Esa,
Seronok beraya dengan BFF tercinta,
semoga amalan ini kita maintain sampai ke tua.

 

Thank you Allah for this wonderful friendship! 😀

…bila aku rajin menulis (“,)

Sempoi raya; …gathering!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

24aug 2013; …feeling great! 😀

WhatApps platform tautan bicara,
Group “USMKKj yg Best” macam-macam cerita,
Nak bertemu muka tak tahu bila,
So aku jemput yg dekat-dekat datang beraya.

.

geng1

Aku ni busy mengalahkan menteri,
Nak plan program itu ini sangatlah susah,
Erna, Pah, Kay, Sue, Fida, K.Awien, Pie, Nurul & Alifah hani,
Gelak mereka je dah mcm nak pecah rumah.

. 
geng3
.
geng4
Nak gather-gather bukannya senang,
Masing-masing ada banyak hal,
Erna & hubby nya lepak sampai petang,
Ni sume nak reunion punya pasal.
 .

Kay,Pah, k.Awien & sue berkongsi kereta,
Kononnya nak kurangkan traffic di kota,
Konvoi plak dgn si Fida,
Sonok melepak gelak ketawa,
Kena mengena pon ada juga,
Mmg btol la kitorang ni dah lama tak jumpa.

 .

Uyul & alifah lambat sekali,
Pie pon sanggop dtg walaupon puasa hari ni,
Bila dah kumpol ramai-ramai cenggini,
Berposing tentu tak kan dilupai.

.
geng2

Kuih raya tunjuk-tunjuk saja,
Maklumla aku kan wanita bekerjaya,
Sibok hari2 sbb takmo makan gaji buta,
Terima kasih la kengkawan semua,
Sbb sudi meluangkan masa dtg beraya,
Mana yg tak datang… tolong jgn jeles ya!

. 

Berdentum-dentum mercun berbunyi,
Tanda meriahnya hari lebaran,
Aku nak ucapkan Salam Aidilfitri,
Segala salah silap,aku mohon kemaafan.

 

Terima kasih Allah. Semoga persahabatan kami berkekalan & mendapat keberkatan. 🙂

…bila aku rajin menulis (“,)