Maulidur Rasul: how do I give an appreciation?

Tanya sama hati

Apa asal sayang

Adakah tandanya nampak dipandang

Kumbang rayu bunga

Bulan dan bintangnya

Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati

Pernahkah merindu

Ingat masa lena apa mimpimu

Masa berjauhan

Apa nan dikenang

Bila difahamkan itulah sayang

 

12 Rabiulawal1432H; …itulah bait-bait lagu “Itulah Sayang” nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Bila dihayati secara mendalam… maknanya sungguh indah. Indah lagi jika kita meletakkan sayang itu pada tempat yg sepatotnya.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Demi jiwaku berada di bawah kekuasaan Allah, seseorang kamu tidak beriman sehinggalah dia mencintaiku (Rasulullah S.A.W) lebih daripada kecintaannya kepada anaknya, ayahnya dan manusia keseluruhannya.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Yea kengkawan…setiap tahun, di Malaysia…pd tarikh 12 Rabiulawal tahun hijrah, mesti CUTI UMUM (public holiday la…)!

Masa inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid, surau, dewan orang ramai, stadium ataupon mana-mana tempat yg bersesuaian utk menyambut Maulidul Rasul. Macam-macam aktiviti diadakan spt membaca al-Quran , berceramah, beselawat serta berzanji & pelbagai acara lagi. Perarakan? hah…boleh dikatakan setiap tahun mesti ada perarakan sambil berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. di pelbagai peringkat drp peringkat sekolah hingga ke peringkat nasional.

 

Aku?!… Walau apapon pengisiannya, apa yg kita mahu lahirkan… adalah ummah yg sentiasa mengingati, mengasihi & mencintai Rasulullah s.a.w. Bahagianya kita pd hari ini adalah kerana kecintaan baginda terhadap umatnya & di akhirat kelak, syafaat baginda jualah yg dpt menyelamatkan kita drp azab Allah yg amat berat. InsyaAllah.

 

Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Surah al-Ahzab: ayat 56)

 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Orang yang bakhil ialah mereka yang disebut namaku akan tetapi ia tidak berselawat kepadaku.

(Riwayat al-Baihaqi)

 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali maka Allah akan selawat kepadanya sepuluh kali.

(Riwayat Muslim)

 

Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. tanpa mengira waktu (x perlu tunggu ada perakakan ramai2 baru nk berselawat…).

Dan sbg umat yg menyayangi baginda Rasulullah s.a.w, hendaklah kita mengikuti segala suruhannya & meninggalkan segala larangannya. Jadikanlah baginda role model kehidupan kita. Akhlak baginda adalah akhlak terunggul. (bukan ikot bab yg nk kawen lebey tuh je erk….). Jadikanlah amalan mengikuti ajaran baginda SAW pd setiap masa & bukan sekali dalam setahun.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan sunnah daripada sunnahku yang telah ditinggalkan selepas aku maka sesungguhnya baginya pahala seumpama pahala orang yang melakukannya tanpa sedikitpun berkurangan sementara sesiapa yang mengadakan bidaah yang sesat yang tidak diredhai Allah dan rasul-Nya baginya dosa seumpama dosa-dosa yang dilakukan mereka di mana tidak sedikitpun berkurangan.

(Riwayat al-Tarmizi dan Ibnu Majah)

 

To all muslim, I wish selamat menyambut Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432 H / 2011 M”. Semoga kita sentiasa dapat merasa kasih sayang Rasulullah s.a.w hingga ke akhirat kelak. Wallahualam.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain…

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on February 14, 2011, in story | kisah and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: