…kepimpinan & hari ini~!

28feb 2011; era menggulingkan pemimpin semakin berleluasa!

 

Perang sana sini, rusuhan sana sini… ish, ish…ish!

 

Pagi nih terpanggil aku utk mencoret pasal isu “kepimpinan”! Lihat saja la kebelakangan nih, ramai yg berjuang, merusuh & berperang utk menggulingkan pemimpin negara. Sana sini bom meletup & berlaku pertumpahan darah …rakyat berjuang, rakyat jualah yg merana!


Aku baru dgr Presiden Mesir (opss…EX-presiden), Hosni Mubarak tersungkur. Kecoh…berduyun-duyun rakyat msia tdo di lapangan terbang akibat kucar kacir nih…! Sekarang..Muammar Gaddafi pulak berdepan dgn desakan utk berundur. Libya pulak kecoh!

Pendek kata,

Dulu “dialah” yg memimpin gerakan revolusi, Kini “dialah” mangsa gerakan revolusi…

Dulu “dialah” yg memimpin golongan muda, Kini “dialah” yg ditolak oleh generasi muda…

 

Hidup berputar seperti roda, huh?

 

Aku?! kepimpinan melalui teladan.

Sabda Baginda yang bermaksud:

“Tiap-Tiap seorang dari kamu adalah pemimpin dan akan diminta bertanggungjawab kepada orang-orang yang berada di bawah jagaannya. Seorang ketua negara bertanggungjawab ke atas rakyatnya dan akan disoal oleh Allah akan kepimpinannya. Seorang isteri bertangungjawab di rumahnya dan akan disoal berkenaan tanggungjawabnya, seorang anak bertanggungjawab ke atas harta bapanya dan dia juga akan disoal, begitu juga seorang hamba atau yang bekerja dengan majikan, bertanggungjawab kepada majikannya, setiap kamu adalah pemimpin, dan bertanggungjawab kepada apa yang dipimpinnya”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

 

Apa yg kita tak sedar?

Kepimpinan itu adalah kewujudan pemimpin yg bole memberi pengaruh kpd org lain & berada dalam komuniti yg mempunyai struktur yang tersendiri dgn mewujudkan hubungan 2 hala bagi mencapai kecemerlangan. Kepemimpinan ibarat suatu seni.

 

Pengaruh?

Hendak memimpin, kena ada pengaruh? Sbbtu pengaruh bapa dlm keluarga lebih besar berbanding pengaruh ibu. Kata pon, bapa adalah pemimpin keluarga. Pengaruh nih, ibarat Ketam mengajar anak berjalan lurus” ! As simple as that, rite?😀

Faktor PENGARUH inilah yg menjadikan kehidupan seseorg itu sgt signifikan kpd manusia lain. Sebagai muslim, Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaek. Pengaruh baginda s.a.w adalah pada KUALITI dirinya… kualiti Al-Amin, kualiti integriti & kualiti ilmu.


Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

Baginda Rasulullah melakukan sesuatu lebih baik drpd orang lain. Dia menyuruh orang lain sembahyang 5x sehari, sedangkan baginda sendiri berbuat lebih daripada itu. Dia menyuruh orang lain berpuasa sebulan dlm sthn, sedangkan baginda saban hari berpuasa. Asas kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. terletak pd 4 perkara:

1.       Memimpin dengan berbuat, tidak cuma bercakap. Dia tidak hanya memerintah orang lain berbuat sesuatu, tetapi dia sendiri melaksanakannya.

2.       Memegang prinsip keadilan. Kepentingan orang-orang yang dipimpin adalah yang utama.

3.       Penggunaan pendekatan yang tepat; cara inividu & cara kelompok. Berhikmah!

4.       Ketiadaan benteng pemisah; tidak ada sekatan antaranya dengan orang ramai. Persaudaraan lebih diutamakan. Perhubungan tidak terlalu formal.

 

In my view…kita sume adalah pemimpin, bukan pemerintah. Setiap individu ada ciri-ciri pemimpin dlm diri masing-masing. Pengaruh akan datang sendiri seiring dengan pembangunan kualiti diri kita. Itulah…kepimpinan melalui teladan!!


Apa yg aku pasti…pemerintah lama bole ditumbangkan, namun pemerintah baru BELOM tentu dpt mengembalikan keamanan & memenuhi tuntutan rakyatnya.

 

Bila pemimpin mula memerintah… di akhir kalam, renungkanlah!

Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud, “Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti yang telah dipertanggungjawabkan”.

 

…bila aku rajin menulis (“,)

 

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on February 28, 2011, in story | kisah and tagged , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: