Woman’s Day; 100years anniversary!

8March 2011; Selamat Hari Wanita😉

 

Hari Wanita? Btw, aku x sedar pon ttg sambutan hari wanita sedunia (International Woman’s Day) nih. Aku juga baru tahu sambutan bagi tahun 2011 ini adalah sambutan Hari Wanita Sedunia yang ke-100. Wow…

 

Aku?! Wanita?! …bertuahnya~!!!

aku wanita
aku kaum hawa
yang memang rapuh hatinya
aku wanita
aku punya cinta
selayaknya manusia
** lagu Ct nurhaliza, Wanita~!

 

Apa yg aku rasa bertuah?? sebab aku dilahirkan sebagai wanita

 

Kenapa??…kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan. Alhamdulillah…

DOA wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda,

“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

 

Wahai kengkawan sume, ingatlah…

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

Syurga itu di bawah telapak kaki IBU.

 

“Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.”

 

Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

 

Renungkanlah…

 

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat ‘dorongan’ yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.

Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut di depan matanya.

 

Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran.

Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya.

Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

 

Sesungguhnya…

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah…

Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami..

Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin..

Tanpa wanita, siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita…

 

& seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka..segalanya bergantung kepada agamanya.

 

Akhir kalam,  Wanita itu INDAH, namun kekhilafan wanita jua membawa kepada kerosakan & kemusnahan. Sedarlah… Sambutan & segala keraian ini hanya sia-sia jika kita tidak menuju ke jalan yg diredhai Allah swt. Cukuplah sekadar berkongsi apa yg aku fikirkan…!

..W.A.N.I.T.A; hanya aku & kamu~!😀

 

“seindah hiasan adalah WANITA solehah”😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on March 9, 2011, in event | peristiwa, story | kisah and tagged , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. waaaa… terharu gambo aku pon ado… muaaaaahhhhhhhh

    selamat hari wanita juga…

    • Nor…mereka la wanita terpilih yg ada sekeliling aku!! Termasoklah ko jugak..hikhik🙂
      Wanita besar, kecik…tua, muda…dewasa,remaja & kanak2 jugak~! Huhu..

  2. fullaaweh.. thanks for adding me too and haziq??.hahah. Kamu juga wanita terpilih sekeliling kteorg chek🙂

  3. Ouch, thats me.. Hehe. Selamat hari wanita.

    P/s: Its my Anniversary!!!

  4. Lily….tenkiu! btw…yg haziq tuh, apsal botak?? hahaha…😀
    Aien…anniversary @ SALAM, hukhukhuk🙂

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: