Hari Pekerja; “rehat sebenar adalah mati”

2may 2011; rehat sebenar adalah mati~!

 

Pernahkah kita mendengar ungkapan ini? Rasanya kebykkan drp kita sering kali terdengar ungkapan ini keluar drp mulut sapa2 jua…apatah lagi pada masa diri tengah merungut keletihan.

Aku?

Yea…aku pernah terbaca artikel, seorang Ustaz berkata, “rehat sebenar adalah mati”. Simbolik…tanpa huraian, namun ianya tersirat di dlm artikel penulisannya (sebuah nota/cerpen…aku dh x igt, ekekeke…).

Sempena Hari Pekerja kali ni, aku terpanggil untuk berkongsi tentang istilah ini pd sudut perspective AKU sendiri. Adakalanya kita sendiri akibat terlalu asyik dgn tuntutan kerja, atau terlalu “workaholic”, ada smpai tergadai masa utk diri sendiri, keluarga & terabai kesihatan diri. Ada hingga 1 ketika, kita TAK sedar kualiti kerja kita semakin menipis, emosi menjadi tdk menentu & otak menjadi letih. Apakah kalo kita berpegang pd istilah “rehat sebenar adalah mati” ini, kita harus bekerja dan teros bekerja???

In my view…all is about t.i.m.e. ~!😉

Sekiranya “time is GOLD”, ia terlalu MAHAL. Sedaya upaya kita ingin setiap saat diisi dgn byk perkara yg bermanfaat. Masa yg berlalu, kita TAK kan dpt kembalikan semula. Allah berikan kita 24jam sehari, xkan hendak di abeskan sumenye dgn keja, keje…& keje?? Dlm sehari 5 waktu utk solat, itu PASTI. Yang WAJIB mesti diutamakan dr segala segi. Selebihnya masa utk kita isikan dengan ibadah! Allah maha indah!

IBADAH?

One of self-life key…work is business, enjoy is reward”😀

Hey, mencari rezeki di muka bumi Allah, itu IBADAH.

“Work is business…berpegang prinsip inilah, aku berusaha bersungguh pd masa bekerja utk mendapat keberkatan Allah. Usaha, learning, initiate, hardworking, sabar, doa & tawakal. Then, “work alwiz come first” is taking place pada ms bekerja (hamboi…dedikasi~! Hikhikhik). Btw, bila aku melakukan sesuatu utk berniaga (market my skills, served the company), tentu aku akan mendapat keuntungannya (gaji), wonderful…Allah maha pemurah.

Sabda Nabi saw, “9/10 rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji.”

…bagaimanapun, (look in positive view) sekiranya kita sentiasa meletakkan diri kita dlm perniagaan (selaras dgn kesukaran/risiko yg kita hadapi..makan gaji & berniaga sendiri tentu x sama), insyaAllah kita akan menikmati pendapatan yg diredhai & diberkati.

Namun, menghambakan masa dgn bekerja adalah TAK perlu.🙂

“Enjoy is reward. Allah juga reward setiap ibadah hambaNya dgn pahala, yang kelak akan jadi token kita utk menjejaki syurga Allah.

Reward itulah cara utk bermuhasabah diri. Hargai diri kita dgn melakukan ibadah (enjoy it~!). Diri perlu ada masa utk bermuhasabah. Bermuhasabah utk sihat (badan sihat, otak cerdas), bermuhasabah utk bersederhana (membazir itu sifat syaitan), bermuhasabah utk cantek (cantik luar, cantik dalam, cantek sana sini…), bermuhasabah utk dunia (seolah-olah kita akan hidop beribu tahun – esok mesti lebih baik drp hari ini) & bermuhasabah utk akhirat (seolah-olah esok kita akan mati – pergi takkan kembali). 8)

Jadi…masa bermuhasabah inilah aku “reward” myself~!! Reward dgn melakukan aktiviti yg bermanfaat, moga2 menjadi ibadah & mendapat pahala (enjoy & reward). Aktiviti manfaat akan menjadikan kita sihat fizikal, mental & rohaniah… reward time with al-quran, menambah ilmu, bersukan, jalan-jalan etc… Selain itu, tidurlah kita secukup yg diperlukan sahaja. Subhanallah, Allah maha besar.

Maka berusahalah kita memanfaatkan masa dengan ibadah, itulah maksud yg aku huraikan (tafsiran aku sendiri) dgn istilah Ustaz! (mungkin Ustaz ada maksud lain yg lebih formal & jelas…)🙂

Hahaha… Ingatlah setiap perkara yg kita lakukan kerana Allah adalah satu IBADAH (selagi ia tidak melanggar hukum syarak, & berlandaskan syariat Islam). InsyaAllah.

The end of labor is to gain leisure.

[Aristotle]

|.work is business, enjoy is reward.|

Dan sempena memperingati sambutan Hari Pekerja ini, bersamalah kita tingkatkan prestasi & kualiti kerja kita selaras dgn niat “lillahi ta’ala” kita.  Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dariNya.

Selamat Hari Pekerja“Pekerja Merealisasi Transformasi Negara”😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on May 2, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: