16 mei; Hari Guru Malaysia

12may 2011; ada sesuatu dalam minda yg ingin aku coretkan…~!

Tanggal 16 Mei semakin tiba. Maka maknanya semua guru-guru di Malaysia akan diraikan sbg tanda penghargaan dlm perkhidmatan. Pelbagai acara & program pasti diaturkan esp di sekolah-sekolah & kementerian Pelajaran.

Pernahkah kita mendengar ungkapan “Guru ibarat lilin”, “Guru umpama pelita menerangi kegelapan”?? Tentu skali YA!!!

Aku?!

In my view, once a teacher, always a teacher! Guru adalah org yg amat besar nilainya dlm kehidupan setiap manusia di dunia ini. Sejak zaman para Nabi & Rasul… guru adalah seorg yg disanjung & diletakkan di kedudukan yg tinggi & dihormati.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Semoga Allah memberikan kebaikan dan keindahan akan seorang yang mendengar daripada kami sesuatu lalu ia menyampaikannya kepada orang lain. Maka barang kali orang yang mendengar itu lebih mengambil manafaat daripada orang yang menyampaikannya”.

[Hadis Riwayat Bukhari At  Tarmizi]

| Hari Guru |

Setiap tahun, bagi orang-orang sudah tamat pengajian di peringkat persekolahan nih…tarikh keramat ini semakin dilupai. Even, aku sendiri pon… adakala teringat, adakala (bila smpai tarikh tuh) terlupa pulak. Maklumlah dek sbb kesibukan dgn urusan harian…hari sambutan khas ini seakan-akan dilupakan. Tapi TAK pula bagi tarikh-tarikh hari lahir, anniversary and special celebration like mother’s day, father’s day!

Nape?

Pd aku…keadaan spt ini berlaku kerana kehadiran guru dlm hidup kita. Bila semakin dewasa, semakin jauh kita dgn alam persekolahan…makin jauhlah kita dgn guru-guru yg dahulunya telah mendidik kita dgn pelbagai pengetahuan utk menjadikan kita spt hari ini. Oh tidak…

Sepatutnya…

As I told…guru adalah selama-lamanya. Hakikatnya… perdana menteri, engineer (walau berpangkat IR), doctor (walau dgn kepakaran skalipon), akauntan, lawyer & semuanya, satu ketika dlm hidup mereka telah diajar oleh guru.

Istilah guru berubah mengikut institusi. Kebanyakan guru kita panggil cikgu. Guru yg mengajar agama dipanggil Ustaz or ustazah. Di universiti dinamakan pensyarah. Apapon mereka adalah guru. Guru adalah pendidik & pengajar, or in other meaning… setiap orang yg mengajarkan suatu hal yang baru dapat juga dianggap seorang guru.

Sekali dia telah mencurahkan ilmu pada kita…ilmu itu akan selamanya ada dlm diri kita. Setiap hari kita mengamalkan ilmu & berkongsi ilmu itu dgn yg lain, pahalanya akan dipanjangkan pd guru yg mengajar kita. Alangkah indahnya nilai ilmu seorg guru. Apakah profesion yang lebih mulia dari seorang guru?

Aku sendiri dpt melihat kebenarannya bahawa profesion guru merupakan satu profesion yang mulia… kerana “underrated, underpaid & overworked”.  Ibubapa saudara aku sendiri (e.g paksu, makngah, maksu, arwah pakNgah, & arwah pakLang – sebelah kampong) merupakan orang2 yg aku rasakan telah ditakdirkan Allah to born as a teacher. Ini dapat dibuktikan apabila mereka sentiasa dihormati, malah kerana komitmen mereka kpd profesion perguruan ini, mereka dikenali & disanjungi. Walaupon ada dlm kalangan mereka telah kembali kerahmatullah,  mereka sentiasa disebut & diingati. Pd hemat aku, mereka TAK melihat profesion ini sbg 1 career tapi memberi pendidikan ini sbg satu tanggungjawab kpd ummah.

Masa kini…

Hari ini, guru hanya sekadar profesion sj. Guru bukan lagi ibarat lilin, malah telah ada yg melihat guru umpama garam. Penah dengar? Hahaha…

Guru ibarat garam…

Harga murah, mudah didapati di mana-mana (harga gula naik, harga garam mcmtu jugak). Kalo terlalu masin (dlm masakan)… akan dikutuk, dimaki hamun or dibuang sj mknan itu. Kalo terlebih garam pulak…ayam pon bole keras (mcm cte bujang lapok arahan arwah P.Ramlee tuh…hihihi), manusia pulak bole terkena penyakit darah tinggi (bahaya tuh)!! Huh…smpai mcm tu skali perumpamaannya.

Nape?!

Kini, kebanyakan yg menjadi guru hanya sekadar career semata-mata or cari makan saja. Bukannya atas minat & bakat semulajadi.

In my point of view, keperluan utk memiliki pendapatan yg stabil & tetap… dgn peluang pekerjaan yg terhad telah merubah segala-galanya. Maka setelah abes pengajian di Universiti, ramai yg “terpaksa” memilih bidang perguruan semata-mata hendak dapatkan kerja. KPLI, DPLI etc… Hendak mencari guru sejati amatlah sukar pd ms skrg…dan disebabkan oleh kehimpitan materialistic… pihak2 berwajib terlupa akan kemurnian nilai seorang pendidik anak bangsa. Sistem pendidikan yg semakin berorientasikan peperiksaan juga seakan-akan menggugat nilai profesion perguruan kini.

Btw, aku percaya bukan semua guru spt itu, tapi kebanyakkannya mmg kerana tiada pilihan kerjaya lain yg lebih baik. Tepok dada, tanya minda!

Hey kengkawan, ingatlah… guru kencing berdiri, murid kencing berlari!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on May 13, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Stuju sgt mereka yg menceburi bidang perguruan disebabkan himpitan untuk mendapatkan kerja. Tak nk jd penganggur dan tak berpeluang untuk dpt kje len. Then, bile dipilih jd guru, mcm2 pulak songehnye.. nek meluat aku dan muak aku hari2 tibe je hari guru, mcm2 isu/masalah dr guru dibangkitkan. Mcm golongan yg kurang perhatian dan asik meminta2..

  2. tu lah…kebykkan drp masyarakat skrg (terutamanya golongan muda) slalu memikirkan ttg security career..! jadi nilai keje yg dilakukan menjadi perkara terakhir. Kalo kita lihat, cabaran menjadi guru pd hr ini lebih mencabar…mungkin kerana UJIAN ALLAH utk mereka yg pahalanya sentiasa dipanjangkan. hikhikhik…😀

  1. Pingback: Selamat Hari Guru, Cikgu…! « …the view from my chair

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: