Selamat Hari Guru, Cikgu…!

16may 2011; Selamat Hari Guru, Cikgu…!

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:

Nabi s.a.w bersabda: “Sebaik-baik sedekah itu bahawa muslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian dia mengajarkannya akan saudaranya yang muslim”.

[Hadis Riwayat Ibnu Majah ]

Sempena sambutan Hari Guru pd tahun ini, aku nk amek kesempatan utk mengucapkan selamat hari guru kpd sume cikgu-cikgu, ustaz & ustazah, lecturers, Professor, coach, tutor, mentor …& semua yg telah berkongsi ilmu dgn aku spjg hidup ini. Ilmu yg telah diperolehi akan sentiasa dimanfaatkan sebaiknya.

In my heart… “once a teacher, always a teacher”!😎

Tahukah kita?

Hari Guru ini disambut di seluruh dunia. Tujuannya adalah sama iaitu ingin memperingati sumbangan orang-orang yg telah berbakti dlm bidang pendidikan. Bezanya, hari guru disambut pd hari yg berbeza berdasarkan sejarah tersendiri.


Just sharing what I know…

a)      Hari Guru di Amerika Latin diraikan pd 11 September, sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik & ahli politik Argentina.

b)      Di Mexico, tanggal 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918.

c)       Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober.

d)      Di Albania, Hari Guru adalah hari cuti tidak rasmi yg diadakan pd 7 Mac.

e)      Di Amerika Syarikat disambut pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei.

f)       Di India, Hari Guru disambut pada 5 September , sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang ke2 dan seorang pendidik terkenal.

g)      Di China, Hari Guru diraikan pd 10 September semenjak 1985.

h)      Di Korea Selatan Hari Guru adalah disambut pd 15 Mei.

i)        Di Taiwan, Hari Guru diraikan pd 28 September. Ia merupakan hari yang menghargai jasa, keperitan dan juga sumbangan mereka bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tetapi juga kepada seluruh masyarakat.

j)        Bagi Czech Republic, Hari Guru merupakan hari cuti tidak rasmi pd 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský.

k)      Di Russia Hari Guru adalah pd 5 Oktober.

l)        16 Januari ialah Hari Guru di Thailand.

m)    Di Vietnam, Hari Guru dikenali sbg Hari Pendidik Vietnam yg disambut pd 20 November.

                            

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sbg penghargaan kpd para cikgu (Hari Guru Malaysia posted 13/5/2011). Tarikh ini dipilih sbg Hari Guru kerana pd 16 Mei 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sbg Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

My opinion, alangkah baiknya jika sambutan Hari Guru ini tidak hanya di peringkat sekolah sahaja. Malah, ia patut diteruskan ke peringkat pendidikan tinggi i.e. IPTA, IPTS dan juga alumni. Alumni adalah saluran terbaik utk mengekspresi penghargaan pelajar kepada guru-guru.


Guru adalah org yg besar jasanya dlm diri setiap individu. Ilmu yg sedikit mereka smpaikan, pahalanya berpanjangan selama-lamanya (ilmu kebaikan la…& selagi ilmu itu dimanfaatkan utk kebaikan). Semoga kita sentiasa berpeluang utk melahirkan penghargaan buat org yg berjasa ini. Aku mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara kedudukan semua cikgu-cikgu & pendidik serta tempatkan kami dlm kalangan org2 yg diredhai. InsyaAllah.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:

Nabi s.a.w bersabda: “Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manafaat. Ketiga anak yang soleh yang mendoakan baginya”.

[Hadis Riwayat Muslim]

...1 must be a student before 1 can be a teacher...

Tahun ini, bertemakan GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA, diharapkan semua pendidik bersemangat utk terus menyumbang ilmu utk anak bangsa.

To all teacher, and frenz… Selamat Hari Guru!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on May 16, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. arghhhhh,, tetap gak yakin yang cikgu kini lebih pada meminta-minta. mendesak. Ok fine, ganjaran dah diberi sempena pengumuman td oleh gov. u tggu next year puny perayaan plak,,c diorg nye kesatuan, media n sebagainya akan highlight isu lain pulak..

    just berlandaskan dengan tugas guru itu mulia dan tiada tolok bandingnya n guru itu umpama lilin yg membakar bla,bla,bla…..then highlight peranan guru yg serba mencabar finally, ask kerajaan tuk diorg nye group!

    • bro..aku paham sbb attitude meminta2 nih mmg x dpt nk dinafikan. Biarlah…

      INGATLAH cabaran dunia pendidikan hari ini dgn pelbagai ragam pelajar2 (gangsters, ponteng, etc) adalah kerana UJIAN Allah ke ats insan yg pahalanya berterusan andai amanah itu dijalankan dgn sepenuh hati. Guru-guru kena multitasking! Guru-guru kena ada attitude yg baik…namun, materialistic needs menjadikan segala kepentingan ilmu bukan satu priority!

      To all my teachers…i’ll alwiz pray for your happiness di dunia & di akahirat. Amin.

  2. ahaha.. dunia pendidikan kini pelbagai ragam?ponteng, gangster n etc? dah lame kowt mende2 cmtuh menjalar… bukan hari jer bru kuar mende2 tuh.. since aku dibangku skolah lagik dah mende nih.. ;p

    Kpd semua guru, selamat hari guru!🙂

    • bro…tp gejala sosial nih makin meruncing skrg nih. Malah anak2 muda semakin berani bertindak mengikot emosi berbanding akal. Fikirkan la…

      Generasi akhir zaman dh berubah, bro…kita bukan x tau, cuma xmo ckp ajer…hahaha🙂

  3. setuju.. tp kne gak kaji nape yg generasi kini bertindak demikian? haha

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: