Teguran; BERSiH atau BERSiN?

27june 2011; BERSIH?

Secara amnya, dlm bahasa melayu BERSIH itu bermaksud bebas drp sebarang kekotoran. In English which means clear & clean.

Tapi apa yg aku cuba highlight di sini…adalah tentang BERSIH yg hangat dibangkitkan di dada akhbar kat Malaysia hari ini.

“Malahan kita juga hairan kenapakah penganjur menolak sebarang rundingan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan tuntutan mereka dan begitu berani menegaskan akan tetap mengadakan perhimpunan berkenaan biarpun dilarang oleh polis.”

[Rencana “Himpunan haram Bersih ancam keselamatan negara”, Utusan Online, 27/6/2011]

 

Amat menyedihkan segelintir rakyat terpengaruh kepada kumpulan sebegini. Saya fikir, jati diri masih kurang… sistem pendidikan nampaknya perlu lebih agresif memberi input khususnya dalam soal keharmonian negara. Janganlah kerana kepentingan peribadi… negara kacau dan anasir asing mendapat peluang untuk menyusup mengganngu gugat kestabilan negara. Pihak berkuasa perlu tegas. Cegah sebelum parah… [keluhan rakyat; BH Online, 27/6/2011]

 

Apa itu BERSIH?

Kat Malaysia ada definisi BERSIHGabungan Pilihanraya Bersih dan Adil; Coalition for Clean and fair Election.

Apa yg aku tahu (melalui pembacaan), BERSIH adalah sebuah jawatankuasa bertindak bersama bg mendesak sebuah reformasi dlm proses pilihanraya. Dianggotai oleh ahli politik pembangkang & wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

 

Siapa di belakang tabir BERSIH?

Jawatankuasa Induk BERSIH v2.0 (tahun 2011) nih terdiri drp antaranya Dato’ Ambiga Sreenevasan (Pengerusi), Andrew Khoo, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Datuk Yeo Yang Poh, Zaid Kamaruddin, Dr Subramaniam Pillay dan Arul Prakkash.

 

Wah…apakah kita kenal setiap drp pemimpin yg menjadi tunjang gerakan ini? Mereka ada latar belakang mereka masing-masing. Mereka ada idealogi & prinsip kepimpinan masing-masing. Mereka ada hak sbg manusia & rakyat di bumi Malaysia tercinta ini.

 

“Apatah lagi mereka yang menganggotai jawatankuasa penganjur himpunan haram berkenaan mempunyai rekod tersendiri termasuklah pernah membuat pelbagai tuntutan yang mengguris perasaan orang Melayu dan umat Islam.”

[Rencana “Himpunan haram Bersih ancam keselamatan negara”, Utusan Online, 27/6/2011]

 

Namun, apa yg aku lihat di sebalik lensa kasar mata ciptaan Allah ini… kumpulan ini adalah orang yg hanya ingin menegur & TAK bole menerima teguran secara terbuka. Atau, ia satu kumpulan manusia yg hanya bole lihat kesilapan org lain sahaja. Khabarnya, mereka telah diberi teguran utk menghentikan perhimpunan tanpa permit ini, namun mereka semakin mengasak rakyat utk berhimpun. Objektif tersurat mereka ingin menegur SPR , namun mereka TAK mau dengar teguran pihak berkuasa plak. Aish…😦

 

Apakah itu teguran?

Teguran – ia boleh berlaku di mana-mana shj & pada bila-bila masa. Teguran boleh membina & meroboh. Asasnya…ada teguran yg membina dan jumud (statik). Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yg membina &  bukan yg merobohkan. Tetapi tidak kurang juga yg langsung TAK suka ditegur.

Kaitannya? Menjadi lumrah manusia, kita hanya bersedia menerima teguran apabila kita memerlukannya. Erti kata lain, meminta nasihat. Tapi lain pula bagi org2 yg TAK memerlukan teguran & tiba2 ajer ditegur. Tentu skali perasaan terkejut & melenting akn menerjah ke dlm sanubari. Hanya org-org yg berjiwa besar shj yg bole menerima teguran spontan sebegini. Bagi mereka yg berjiwa kecil, tentu skali akan melatah & terseksa hati…

 

Apapon, aku cuma mengingatkan diri sendiri agar TAK terlibat dlm kancah yg bole merosakkan jiwa. Sekadar membaca & menambahkan pengetahuan ttg isu semasa ini agar TAKkan terpengaruh dgn pelbagai anasir kerosakan di luar sana. 😉

 

Aku percaya kita MESTI memilih pemimpin yg baik & menyeru kpd kebaikan. Jadi kengkawan sume, fikirlah…inginkah kita bersama BERSIH ini? Siapakah pemimpin yg baik & menyeru kpd kebaikan? Jgn hanya suka menghangatkan keadaan. Jgn merosakkan jiwa kita. Peganglah pd prinsip diri spt mereka yg berjuang itu. TAPI berjuanglah dgn cara yg berhikmah, kerana Allah sentiasa bersama org-org yg benar.

 

Ingatlah.. Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai org hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Mungkin ramai yg terLUPA, apabila kita menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari telah menuding kepada diri kita sendiri. TAK perasankah?😀

 

Aku BUKAN bercakap ttg org politik, aku juga BUKAN ingin berpolitik, aku hanya INGATkan diri sendiri (& kamu jugak). Hehehe…😎

 

*artikel rujukan @ iLuvislam.com

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on June 27, 2011, in notes | nota and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: