Ustazah pilihan atau realiti TV?

7july 2011; bicara hari ini…

Wah, lama rasanya aku TAK mencoret tentang pendapat or idea aku. Sejak 2-3 minggu ini, aku masih lagi diselubungi dgn kenangan2 holiday bersama-sama BFF. Yelah…setahun skali nak pegi bercuti, menjauhkan minda drp memikirkan ttg tugasan & laporan kerja yg berbaris menanti di dlm INBOX. That’s time to self-reward~!😆

 

HARI INIaku sekadar ingin berkongsi ttg program terbaru yg sedang hangat dipromosikan di Astro. “Ustazah Pilihan”… pernah dengar? Rancangan Imam Muda baru shj melabuhkan tirai dgn kejayaan Imam Muda Hassan menewaskan pencabarnya Imam Muda Nazrul. Masing2 mempunyai kelebihan tersendiri & aku berasakan mereka mampu utk memimpin masyarakat dgn saluran Imam Muda ini.

Namun, apa yg aku lihat kini…trend rancangan realiti TV ini semakin menjadi2  kat Malaysia nih. Aku kadang2 smpai TAK terkejar mengikuti perkembangannya di  tv. Baru berakhir rancangan Imam Muda, seminggu sebelum tuh program Maharaja Lawak, & kini yg rancak ditayangkan adlh program Mari Menari. Lpsni??? Ustazah Pilihan?😯 Wehhoooo…rancangan utk wanita muslimah pula. Erk…😕

Tujuan? Aku TAK pasti apa sbnrnya objektif yg cuba diketengahkan oleh pihak Astro apabila memperkenalkan rancangan ini. Mencari ikon pendakwah muslimah – itu yg dicanangkan kpd media.

Aku? In person, aku rasa program ini HANYA bermotifkan keuntungan berbanding kualiti. Kita sume maklum ttg hal ini. Khabarnya ia berkonsep sumenye “dari wanita utk wanita” yg mana drp krew penerbitan, mursyidah, guru-guru hingga kpd penonton di studio – sumenye wanita. Namun, apabila ditayangkan (either secara live or not) di kaca tv, bukankah lelaki juga bole menontonnya? Dimanakah pula letaknya ketetapan aurat, kemurnian peribadi & akhlak wanita muslimah itu sendiri?

 

 

Aku percaya, utk menjadi pendakwah…kita mesti berilmu & beramal dgn ilmu. Aku harap program reality spt ini haruslah dikawal kerana mencari ikon atau melahirkan ikon BUKANlah sesuatu yg MUDAH. Ia ada criteria yg perlu diukur agar ia TAK hanya menjadi pujaan semata-mata & bersifat komersil. Biarlah pendakwah itu lahir secara semulajadi & dipupuk dgn ilmu serta berhikmah.


Sebaliknya, pihak berwajib bole menyediakan saluran terbaik utk pendakwah wanita ini berkongsi ilmu dgn masyarakat. In my view… adalah lebih baik sekiranya pihak berkaitan dpt menyediakan ruang utk lebih byk program khas muslimah di karnival2 i.e. JOMHEBOH, Gempak Astro, Pesta Buku etc. Sekiranya ada slot sebegini, aku rasa pendakwah muslimah ini dpt peluang utk mendekati masyarakat & ianya TAK perlulah dikomersilkan dgn rancangan realiti. Pencarian pendakwah ini bole dilakukan secara tertutup dan dibangunkan secara telus oleh pihak berwajib i.e. melalui Jabatan Agama Islam, Kementerian Pembangunan Keluarga & Masyarakat dsb.

 

 

Aku masih percaya “KEPIMPINAN MELALUI TELADAN”. Rasulullah adalah contoh pemimpin & pendakwah yg terbaik utk kita semua. Teladan dgn akhlak yang terpuji dan kesabaran yg tinggi, baginda s.a.w adalah pemimpin terulung di dunia ini. Sebenarnya, kita pd hari ini jgk mempunyai ikon dgn sumber inspirasi dan teladan yg sesuai serta boleh diketengahkan sbg contoh ikon ikutan oleh masyarakat terutamanya golongan muda.

“Sungguh pada (diri) Rasulullah itu terdapat suri teladan yang baik bagimu,  iatu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah”

(Surah Al-ahzab:21)

 

Apapon, aku TAK berhak utk mengatakan rancangan ini adalah suatu yg totally SALAH. Lumrah hidup masa kini, semuanya adalah perniagaan! Aku cuma mengingatkan diri sendiri (& kamu jugak) agar istilah ikon atau idol ini diletakkan pd tempatnya. INGATLAH, jgn nnt definisi IDOL ini memakan diri sendiri kerana menurut istilah ketika awal era Kristian  & Latin sehingga seluruhnya, IDOL adalah bermaksud gambaran drp dewa yg digunakan sbg objek penyembahan (ala-ala berhala, isn’t it??). Hehehe…

Tepuk dada, tanya hati… TAPI ingat, kalo ikot HATIMATI!!! Wa’allahualam.😎

 

***Oh ya…btw, continue to read my exciting holiday in the next coming episode. Check it out…😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 7, 2011, in notes | nota and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Tu le..byk benda yg kene dibincang2kan…mmmm…bile nak sambung citer jalan2 tuh…da makin mendebarkan heheheh

    • cte jalan2…check it out!!! hahaha…😎

      semalam ada forum hal ehwal islam di tv1, bercakap ttg pemimpin bernama Umar! brape ramai yg tonton & hayati diri utk menjadi pemimpin spt umar?? subhanallah…

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: