Checkmate! – ganggu-gugat melayu-Islam

15july 2011; Salam sahabat & readers! Thanks sbb sudi jugak melayari bahtera minda seorg nakhoda kapal dirinya sendiri.

 

Wah…mukadimah yg formal. Lain drp biasa kan?😆

Rasanya TAK de “ummph” kalo bermula dgn kata-kata yg santai utk coretan kali ini. Aku cuma ingin berkongsi apa yg terbuku di dlm minda. Selepas mendengar coret2 org di sekeliling, selepas membaca pendapat2 melalui pelbagai media…hrni terpanggil utk aku mencoretkan ttg campuran rasa yg terbuku di minda ini. Aku masih kerdil & memiliki kekurangan andai dibandingkan dgn org lain (yg lebih ilmiah), namun aku sekadar ingin melahirkan kegusaran ttg orang2 MUDA yg mengikut rentak tari tanpa tahu iramanya.

Hah…tentu dah ada yg menduga. Yea…ini rentetan drp peristiwa 9 July 2011 yg lalu. Terkesan di hati aku apabila terperangkap lebih 3 jam dlm perjalanan pulang drp keje dek gara-gara langkah awal pihak keselamatan negara. Ramai yg menyuarakan ketidakadilan kerana terpaksa menghadapi situasi ini sedangkan diri TAK terlibat malah jauh sekali memikirkan utk sama-sama melibatkan diri. Ohhhh…inilah yg telah berlaku.

Inikah kepuasan yg kita rakyat Malaysia mahukan?!❓

 

BERSIHpositif bertukar negatif

Apa sebenarnya BERSIH, aku percaya ramai yg telah mengetahuinya. Dari segi tuntutan asal BERSIH itu sendiri, rasanya ramai antara rakyat Malaysia yg bersetuju. Kita ingin menuntut pilihanraya yg bersih & adil. Itu dilihat secara zahir – nampak positif😉

 

Apapun, perhimpunan yg dijamin aman, bertukar menjadi sebaliknya malahan telah mengganggu-gugat hampir keseluruhan aktiviti rakyat msia di KL…termasok kenduri kawen, seminar, jual-beli dan xtvt pelancongan. Menyedihkan & menghampakan. Itulah kesan yg dpt dirasai serta-merta – nampak negative😦

 

Perhimpunan haram berlaku jua… HARAM? Sbb TAK dpt permit drp pihak berkuasa!

Itulah realiti perjuangan BERSIH di Malaysia. Agenda sebenar utk menghantar memorandum kpd YDP Agong hanya menjadi klise sahaja. Agenda utama utk mencetuskan huru-hara di Bandaraya KL menjadi kejayaan. Itulah realiti yg zahirnya dpt dihitung dgn mata kasar kita sama ada di negara ini, ataupon di seantero dunia. Hebatnya rakyat Malaysia hari ini~!😎

 

Aku?! People are based on figures. It’s called statistic. BERSIH telah ditubuhkan sejak pilihanraya yg lalu, dan kita dpt lihat Pakatan Rakyat jgk telah berjaya menguasai bbrp kerajaan negeri. Aku TAK nmpk statistic ttg kekotoran SPR dlm tempoh slps itu. Kini, tiba2 isu ini menggegarkan tanahair tercinta ini. Ohh… itu yg aku dpt lihat – Tiba-tiba menggegarkan…”!

Maka…ramai yg akan pasti menundingkan jari bahawa aku TAK menyokong BERSIH. Hahaha, whatever…😀

Hakikatnya…aku BUKAN org politik. Aku juga BUKAN bercakap tentang politik. Aku adalah pengundi yg memilih pemimpin melalui saluran yg dibenarkan. Malah, aku ialah pemimpin kpd diri aku sendiri. Aku kena jadi pemimpin yg adil spt yg diamanahkan oleh Allah swt. Aku percaya kepada “Kepimpinan melalui teladan”. Rasulullah s.a.w adalah teladan terbaik seorang pemimpin – umat Islam & masyarakat majmuk.

Bercerita ttg isu pemimpin ini adalah perkara yg lumrah (aku pon pernah cte pasal isu nih…post; kepimpinan & hari ini). Keseluruhannya, Islam telah menggariskan ttg pemimpin & kepimpinan itu sendiri. Daripada menjadi pemimpin terhadap diri sendiri, keluarga hingga kepada masyarakat keseluruhannya… sumenye telah ada di dalam al-Quran & hadis. Cerita ttg pelbagai aspek sbg pemimpin – dr sekecil2 tanggungjawab hingga kpd role-model utk dicontohi. Itulah indahnya Islam.

 

Hari ini…kita hidop dlm kelompok kerakusan pemimpin. Kepimpinan telah dipolitikkan. Ramai yg ingin tampil menjadi pemimpin dan mempolitikkan isu. Itu telah menjadi agenda kepimpinan pd ms kini. Malaysia juga TAK terkecuali. Wah…!😉

Lihat saja perhimpunan jalanan yg berlaku baru-baru ini (apalagi… perhimpunan BERSIH la, PATRIOT la, PERKASA la…etc), segalanya bertulang-belakangkan POLITIK. Sebab DEMOKRASI!!! Sedarkah kita bahawa berhimpun ats sbb demokrasi yg sering dicanangkan hanya momokkan semata? Bila kita mengamalkan demokrasi, kita TAK perlu takot kerana kuasa memilih di tangan kita! TAPI kenapa perlu ada perarakan & perhimpunan jalanan spt ini? Perlukah kita mengorbankan keamanan negara ini semata-mata kerana kerakusan pemimpin? Sedarkah kita di luar sana terlalu ramai yg menanti peluang utk campur tgn dlm pentadbiran Negara kita ini? Ingatlah, Malaysia is the golden valley – ini telah tercatat dlm sejarah dunia!!!

Yea…sume org tahu kita di Malaysia mengamalkan demokrasi. Aku shared kat cni, DEMOKRASI secara mudah ialah kerajaan yg dipilih oleh rakyat. Demokrasi menghendaki pemilihan oleh org ramai. Sesiapa saja bole menawarkan diri utk memimpin Negara & rakyat, so wujudlah sekumpulan org yg bekerjasama utk menjadi pemimpin dan mula meraih undi org ramai. Maka utk tujuan propaganda,muncullah parti-parti politik. Sistem ini menyebabkan timbulnya budaya – siapa meraih UNDI paling BANYAK, dialah MENANG. Maka utk menang, ramailah yg mempraktikkan hukum Machiavellimatlamat mengHALALkan cara. Dgn berpegang pd hukum Machiavelli, apa jua cara yg digunakan utk meraih undi paling maksimum adalah “dibolehkan” termasoklah merasuah pihak berwajib, melahirkan pengundi hantu etc. Yang terpenting adalah UNDI & MAJORITI. “Dari rakyat kepada rakyat”TAK kisah dgn cara apa sekalipun tetapi demokrasi menjanjikan seseorg itu mesti memiliki undi secukupnya untuk menang.

Wah… itulah hebatnya demokrasi! Ia ciptaan MANUSIA.😀

 

Kini kita umpama hamba kpd demokrasi. Dengan berlandaskan DEMOKRASI, kita sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan sesuatu. Kita mula bercakap-cakap ttg hak dlm demokrasi – hak bersuara, hak berhimpun, hak itu ini yg berderet2 dlm list!!! TAPI kita lupa, kita yg memilih pemimpin. Kita TAK setuju dgn pemimpin skrg, kita persiapkan diri utk memilih pemimpin yg baru pd ms akan dtg. Or else, kita siapkan diri kita utk tampil menjadi pemimpin yg baru itu. Hak kita dlm demokrasi di Malaysia ini sebenarnya adalah HAK memilih pemimpin kerajaan. Selain drp itu, kita ada perlembagaan utk memacu arah tuju pentadbiran & undang2 negara. Sesungguhnya Allah melindungi kita dgn payung perlembangaan agar TAK berlaku huru-hara di tanahair ini.

 

Aku TAK nafikan ada kekurangan. Malahan Perlembagaan Persekutuan itu adalah hasil persetujuan dgn pihak penjajah. Tentu skali penjajah kita itu bukan seorang muslim. Namun, ingatlah setiap yg terjadi ini adalah dgn keizinan Allah swt. Ada cara berhikmah utk mengubah & mengaplikasikannya sejajar dgn keperluan semasa. Percayalah seandainya kita berjaya menubuhkan kerajaan yg baru (hasil drp pilihanraya nnt…), kerajaan itu tetap akan memerintah Negara Malaysia ini berlandaskan perlembagaan. Namun, sekiranya pemimpin yg kita pilih itu kelak BUKAN dtgnya drp kalangan orang-orang yg memartabatkan Islam, nahuzubillahiminzalik.

“Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam al-Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam jahannam.”

(an-Nisa`: 140)

 

Kita kena belajar drp sejarah. Sedangkan Al-Quran juga menceritakan tentang sejarah – i.e. peristiwa umat masyarakat terdahulu. Tujuannya utk dijadikan iktibar, pengajaran & peringatan kpd kita pd hari ini.

Berbaloikah kita nk gulingkan kerajaan spt negara-negara lain? Pd hemat aku, lihat diri sendiri dlu… “ukur baju di badan sendiri”. Mantapkah ekonomi kita?! Cukupkah bekalan makanan kita?! Siapakah yg mengenali kita di seantero dunia?!  Di tanah manakah kita akan berhijrah bila tanah Malaysia ini dijajah smula? Apakah dunia akan menghormati kita?! Negara mana yg nk back-up kita?? Paling penting George SOROS kenal kita ke?!  Renungkanlah…😆

 

Apapon jawapan kita, yg patot kita sedar… kita (melayu-Islam) sedang DICATURKAN!  Jgn menari dgn rentak politik, andai kita TAK tahu alunannya. Kelak nnt, kita bukan shj membinasakan diri kita, malah kita akan menggadaikan nikmat yg Allah berikan kpd kita – keamanan, kelapangan & kestabilan negara. Semua nikmat keamanan, kelapangan & kestabilan ini adalah utk kita manfaatkan bagi mendatangkan kebaikan kpd ummah, melahirkan syukur kpd Allah & menambahkan amal ibadah utk alam akhirat kelak.

 

Wahai sahabat Melayu-IslamCHECKMATE! – jadilah kita pencatur yg berhikmah! Walallahu’alam.😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 15, 2011, in notes | nota and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: