Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011

17july 2011; Kuala Lumpur ke Kuala Pilah…!😎

 

Memartabatkan Budaya Adat Pepatih – itulah tema Pesta Persukuan Adat Perpatih 2011 yg telah diadakan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah pd hujung minggu lalu.

Aku TAK melepaskan peluang utk turun padang bersama-sama abah, mama & nekcik. Orang kata…balik kampong la! Hikhikhik…😆

 

Program pesta ini adalah satu inisiatif yg baik utk menyebarkan info-info berkenaannya kpd masyarakat umum esp yg berada di luar Negeri 9. Di Malaysia, budaya Adat Perpatih ini hanya diamalkan di Negeri 9 shj. Khabarnya ia masih kekal diamalkan hingga ke hari ini. Kagum…🙂

 

Pelbagai activity dijalankan. Antara yg sempat aku tgk…program pertandingan memasak masakan lauk-lauk N9, demonstrasi masakan tempatan oleh luak2, demonstrasi peralatan adat,pameran luak-luak dan pameran makanan luak-luak dlm masyarakat adat pepatih. Bab pameran makanan nih, kita sume bole merasa. Uniknya setiap luak ada keistimewaan masakan tempatan masing-masing. Bagi Luak Johol, masakan istimewa ialah kerabu tempoyak pucuk daun – dimana pelbagai pucuk daun digunakan utk masakan ini. Tak silap aku 44 pucuk daun digunakan i.e. pucuk ubi, pucuk mengkudu etc. Satu menu lain yg dipamerkan jugak bg luak johol nih ialah Lawa Bacang – masakan bersantan bacang muda & ranum. Wangi & melazatkan. Wah…bab mknan nih, mmg best.😎

Aku juga TAK ketinggalan merasa sume 8 luak lain yg sama-sama mempamerkan keistimewaan masakan tempatan mereka. Luak jelebu dgn rendang burung puyuh, Luak rembau dgn rendang pucuk ubi & msk lemak ikan puyu, Luak Sg. Ujong dgn masak lemak rebong & kerabu kacang botol (~yummy…my ferevet nih!!!) …aish byk jugak kalo aku nk senarai setiap luak. Yg aku ingat macam2 lagi masakan ada – masak lemak telor itik, rendang kupang, gulai ikn sembilang salai masak cili padi, nasi kerunchang+kledek bakar+pisang bakar+ubi bakar, sambal gesek & gulai umbut kelapa. Sbb aku pon dh hampir TAK ingat gabungan nama masakan & luak mana yg terbabit. Kalo tersilap, mohon maaf la kpd luak2 berkenaan. Rsnye TAK salah yg aku senaraikan nih…ekekeke.

 

Petang itu, ada juga pameran & konvoi moto besar! Sempat juga aku bergaya dgn moto pilihan aku. Hikhikhik…

 

In my personal view, penganjuran program spt ini harus sentiasa diadakan bukan shj sbg tarikan pelancongan, tapi sbg landasan bg menerapkan pengetahuan & kecintaan budaya kpd generasi muda. Generasi muda harus tahu ttg adat ini agar budaya ini mampu dikekalkan biarpon kita merentasi pembangunan dunia berteknologi. Selain itu, ia perlu bg mengekalkan budaya Adat Perpatih ini agar ia tak lapok dek hujan & tak lekang dek panas.

 

And just share about Adat Perpatih nih,
Ada 4 Luak UtamaLuak Sg. Ujung, Luak Rembau, Luak Jelebu, Luar Johol
Ada 5 Luak Tanah MengandungLuak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir & Luak Jempol.
5 prinsip utama

keturunan dikira melalui nasab ibu
tempat kediaman adalah di kawasan ibu isteri
Perempuan mewarisi pusaka, lekaki menyandang saka (jawatan-jawatan dlm adat)
perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang
orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku – utk tujuan perkahwinan dan waris

 

 

Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi.

 

And yg slalu org konfius – bila pewarisan Adat Perpatih ini mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan.Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Bagi harta atau tanah yg diperolehi sbg harta sepencarian (harta yg tiada kena mengena dgn tanah adat yg hanya utk perempuan shj) maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid.

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).

[rujukan: Adat Perpatih; wikipedia]

Just share a few of my snapshot with my gadget d3000! enjoy…😉

istana lama Seri Menanti ~ my best snaphots!

Pameran daripada Luak-Luak- Luak Jempol

Demostrasi Masakan Traditional - Luak Jelebu

Masakan Luak Johol - kerabu tempoyak pucuk daun & lawa bacang🙂

orang ramai tak lepaskan peluang rasa masakan traditional orang asli!

Pengunjung Cina juga tak lepas peluang mencuba anyam ketupat😀

my mom & nekCik *wink*

my favorite snapshot~!😆

aku sudah jatuh cinta dgn ini motobike~! hahaha😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 18, 2011, in event | peristiwa, photography and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. oh! korang la yg buat jam ari ahad lepas nak balik s’ban pun amik masa dua jam! heh.
    btw, pesta persukuan ni diadakan every july setiap tahun, sempena sambutan b’day yamtuam, in fact sepanjang july ada mcm2 activiti scattered throughout the month all over the state N9😉

    • kakLa…this is my first time pegi. Bab rasa makanan tempatan tuh yg x bley blah…orang berebot2! tapi pameran luak tuh nmpk simple sgt. pamphlet pon xde. hikhikhik…

      bab jams tuh…ktorg share keta ok…hehehe😀

  2. kakchek! esei punyo peberet fud tuu gulai ikan sembilang salai masak cili padi. uiihhh sodappppnyolahh aii. lamo dah tak makan. kalo makan compom tambah nasik heheee ;p

    • alamak… adah speaking negori!!! aden x bley nak lawan la oiiii….

      btw, mcm2 ada adah oiii, puas jugak la kChek tawaf kat pameran makanan tuh…ekekeke. Pe kata nextyear kita pegi rombongan reramai??? hikhikhik😀

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: