Ramadan 1432H; Selamat berpuasa & beribadah

30july 2011; Ramadan tiba lagi? Kita sudah bersedia?🙂

Marhaban ya Ramadan~!

Alhamdulillah… pejam celik dh nk masok Ramadan yg baru. Semoga Allah pjgkan umur aku (& kamu jugak) agar dpt merebot pahala spjg bulan yg penuh keberkatan ini. InsyaAllah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Dia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar

[Surah Al-Anfal 8 : Ayat 29]

Ramadan bulan kerahmatan & keampunan

Bulan Ramadan ini terlalu INDAH. Bulan Ramadan memiliki keistimewaan dan kemuliaan yg sgt BANYAK.  Bukan sahaja kita (umat Islam) diwajibkan berpuasa di siang hari, tapi setiap tingkah-laku & gerak-geri kita diberikan pahala oleh Allah swt Yang Maha Pemurah. Pd bulan rahmat inilah diturunkan Al-Quran, malam yg lebih baik dari seribu bulan – malam Lailatulqadar, kemenangan tentera Islam dlm Perang Badar dan peluang menggandakan pahala dgn solat terawih hingga 30 hari. Selepas itu, dihadiahkan lagi kita dengan sambutan Aidilfitri bg meraikan kemenangan kita melawan hawa nafsu selama sebulan Ramadan.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.

[Hadith Sahih – Riwayat Bukhari]

Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda,

“Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat… dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah…”

[Diriwayatkan Ibn Khuzaymah]

Bulan Ramadan inilah peluang terbaik utk kita memohon keampunan atas segala dosa-dosa. Allah Maha Pengampun. Bulan puasa ini adalah peluang keemasan bagi kita utk mendekatkan diri kpd Allah dgn penuh keikhlasan. Jadikanlah landasan Ramadan ini utk meningkatkan dan menguatkan iman kita. Melaksanakan perintah Allah dgn bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi medan utk menuntut keredhaan Allah. Melawan hawa nafsu adalah jihad sepanjang Ramadan ini.  Kita hendaklah berusaha dan terus berusaha mencari keredhaan Allah swt.

 

Bersamalah kita meraikan bulan Ramadan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Spjg bulan ini juga, kita pastikan setiap langkah-langkah kita dipenuhi dgn ibadah lillahi’taala selain menunaikan yg diwajibkan. Indahnya, bukan shj menumpukan pd yg wajib, bahkan kita isikan juga ruang utk yg sunat.

 

Marilah kita mempersiapkan diri dlm menyambut kehadiran Ramadan pd tahun ini. Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui. Begitu hebatnya Ramadhan – menyejukkan hati dan membuka taubat buat sume. Semoga kita dpt meraih sebanyak mungkin pahala, keampunan & rahmat Allah.

 

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”

Sabda Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

Dikesempatan ini, aku mengambil kesempatan utk memohon maaf kpd sume andai ada kesilapan yg aku TAK sedari hingga telah menyinggung & mengguris perasaan. Aku mendoakan agar kita sume dapat menjalani ibadah puasa pd tahun ini dengan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

 

Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak 1432H.

Selamat berpuasa & beribadat…😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 30, 2011, in notes | nota and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Jangan lupe niat pose n solat terawih !!! ahaks..
    n jgn ponteng pose plak..

  2. sLAmaT mENjalaNi iBAdah POSE, moGA teGuh dLM menGawal Nafsu & GOdaaN.sABar..SabaR…sABar…

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: