Monthly Archives: August 2011

Salam Aidilfitri & Selamat Hari Merdeka

Assalamualaikum sahabat & readers,

29august 2011; Happy celebration!!! 😆

 

Just a short note… I would like to wish everyone Salam AIDILFITRI & Selamat menyambut Hari Kemerdekaan. Kengkawan yg balik kampong, I wish you guys a safe journey back home to your kampong and have a great time celebrating this Aidilfitri with your loves one.

 

Semoga Aidilfitri tahun ini disambut dgn penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya. Aku berharap kita TAK menjadikan kedatangan Syawal ini utk membalas dendam  ats segala apa yg kita dok tahan selama sebulan Ramadan. Bersamalah kita menyambut Aidilfitri dgn kesyukuran dan kegembiraan yg berpada-pada. Salam LEBARAN! 😉

 

TAK lupa jgk, dalam kemeriahan berhari raya, semangat patriotic kpd negara Malaysia ini TAK diabaikan. Keamanan, kebebasan serta segala keharmonian yg kita rasai ini adalah nikmat Allah utk kita manfaatkan. Jgnlah kita menjadi lalai dan leka hinggakan kita menggadaikan kemerdekaan ini. Jadilah kita bangsa yg merdeka jiwa, pemikiran dan mempertahankan kebebasan bernegara yg kita miliki hari ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kemakmuran ini dan melimpahi kita dgn rahmatnya serta menjadikan kita hamba-hamba yg bersyukur. Salam MERDEKA! 😎

 

Akhir kalam, semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yg terbaik bagi kita semua. Insya-Allah 🙂

 

SALAM AIDILFITRI & SELAMAT HARI MERDEKA! :mrgreen:

…bila aku rajin menulis (“,)

IFTAR; Kenangan Ramadan 1432H

Assalamualaikum sahabat & readers~!

Dalam kemeriahan menyambut kedatangan Syawal selepas berpuasa selama sebulan Ramadan…sedih terasa hati ini utk melepaskan Ramadan berlalu pergi. Itulah lumrah kehidupan, masa TAK akan menunggu kita. Hari semalam hanya tinggal kenangan pd hari ini.

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda:

“Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi”

Dalam keasyikan memenuhi tuntutan merebut pahala-pahala yg berlipat ganda drp Allah s.w.t, TAK terlepas jgk utk kita menikmati keindahan berbuka puasa spjg Ramadan. Aku jgk TAK melepaskan peluang utk meraikan waktu berbuka sama ada bersama ibubapa, keluarga & sahabat handai. Alhamdulillah…kenangan ini amat bermakna tambahan pula apabila dpt merapatkan lg silaturahim dgn berkumpul bersama & menikmati juadah berbuka secara bersederhana. Alhamdulillah.

 

JOM kongsi kenangan IFTAR aku spjg Ramadan tahun ini.

6 Ramadan; Fiesta berbuka puasa bersama ATOK di hujung minggu.

Ini adalah program khusus Ramadan buat my BIG family. Pd tahun nih, keluarga kami yg menjadi pembuka majlis bg minggu pertama Ramadan. Mcm biasalah… menu kami tentu skali mama yg masak. Tahun nih kami bawa ikn tenggiri masak taucu, sayur pecal & bubur lambok (drp Masjid Al-ansar). Selain tuh ada jugak beli kuih muih sbg tambahan. Dan spt tahun lalu, gang terjah TAK ketinggalan memeriahkan suasana. Ada makteh & family, pakcik dan Ain & family. Ain jugak ada bawa lauk tambahan drp dapor barunya, hikhikhik…tenkiu 😉

...Fiesta Berbuka Puasa bersama ATOK di hujung minggu...

...juadah berbentuk kesihatan, hikhikhik 😉

TQ ya...inilah lauk dari dapor baru, ngehngeeee 😀

 

Program fiesta berbuka puasa ini diteruskan hingga ke penghujung Ramadan. Aku lihat ATOK gembira dgn kehadiran cucu, cicitnya. Semoga kegembiraan ini menjadi seribu kenangan. Thanks to my BIG family yg melapangkan masa pada giliran masing-masing. Tahun depan kita buat lagi yer…insyaAllah. 🙂

Inilah semangat “Satu Hati Keluarga Harmoni” 😎

10Ramadan; treated by sahabat 😉

Firstly nk wish TQVM kpd puan sahabat yg sudi memasak utk berbuka bersama dgn aku. BIHUN goreng plus ada byk sotong & sayur…yay, sedap! Alhamdulillah…lepas berbuka puasa bersama, ktorg pegi jln2 kat Kompleks PKNS s.alam. Kemudian…sbb dh lama TAK berborak, kami lepak kat MURNI Discovery, USJ. Seronok la dpt spent time together and bercerita 1001 kisah. Walaupon esok adalah hari bekerja, itu BUKAN penghalang utk kami meluangkan masa bersama. Inilah masa pertemuan yg berkualiti, huhuhu 😀

MURNI Discovery; lepak with puan sahabat...

  

19Ramadan; enjoyed meeting the Bangkok girls!

Wah…lama kot TAK jupe dorg sejak balik drp holiday hrtuh. This was the best time to reunion!!! Kali nih, Sue TAK dpt join TAPI Ain dpt join skali, yahoo…lama jugak aku TAK jupe Ain nih. Masing2 busy kan. Hahaha… 😀

Tahun nih, program ktorg dimulakan dgn berkumpul & berbuka bersama kat SURAU dekat dgn PKNS office. Best tuh makan dlm surau dgn berselera skali…ada kurma (mana bole xde kan), popia basah & goreng (yg sedap…), murtabak, kuih & kami sume berkongsi air. TQ la kat PKNS-ian yg tlg belikan juadah awal berbuka. Maklumlah SD-ian umpama tetamu jempotan la, sbb kami bukan tuan rumah. Ekekeke… Slps selesai solat maghrib, kami ke tempat yg telah dirancangkan. Restoren Asli Kampung Siam, Seksyen 13, s.alam.

 

Restoren Asli Kampong Siam~! (eh..LEMANG tuh TAKde dlm menu tau. TQ Lin yg belikan lemang nih) 😉

 

..aksi kitaorang..

...bangkok gurlz 😉

Alhamdulillah…keseronokan berborak & menikmati makanan bersama. Sambil2 tuh berkongsi la xtvt terbaru ktorg. Dan TAK lupa jugak dok berposing sakan. Hahaha… Seronok dpt jupe korang sume! 😀

Semoga persahabatan yg terjalin akan berkekalan. Rindu nk jupe Sue…tapi xpe, lps raya nnt kita jupe kat swimming pool yer  😉

26Ramadan; breaking fast with loved ones!

It was a memorable! Inilah masa kami adik beradik nk bawa mama berbuka kat tempat yg istimewa. As what we did in previous year, tahun nih ktorg bawa mama makan kat restoren Bangkok House, d’Palma S.Alam. Bertambah istimewanya tahun nih sbb diraikan skali sempena ulangtahun hari lahir aku yg akan tiba in 2 days. Thanks to dikyah yg belanja!

Restoren Bangkok House, d'Palma Shah Alam 🙂

What I can say…? Bangkok House nih mmg menyediakan juadah asli Thailand yg bersesuaian. Buffet style nih…meriahnya dgn mcm2 makanan la. Pelbagai juadah disediakan & sedap. Best… 🙂

27Ramadan; breaking fast with my beloved family!

Walaupon sebulan Ramadan, aku lebih byk meluangkan masa berbuka bersama abah & mama, namun hari nih bertambah istimewa. Hari nih ktorg berbuka bersama-sama 5 beranak kat umah. Mama tentu ada mcm2 sbb nk masak yg special, TAPI bg ktorg sume (aku, abah, dikyah & adik) masakan mama la yg SANGAT SEDAP dan terbaik! Walaupon semalam ktorg bawa mama berbuka kat luar, TAPI kenikmatan berbuka puasa 5 beranak TAK dpt ditandingi. Adik baru balik bercuti sempena raya nih. Jadi inilah kesempatan yg terbaik utk berbuka puasa bersama-sama… plus bergelak tawa & borak ttg mcm2. Disamping itu…bersempena dgn ulangtahun hari lahir aku jugak! I love my family so much!

 

Tapi yg nih TAKde gambo la…cukoplah aku hanya kongsikan cerita ajer 😆

 

Inilah antara memori berbuka puasa pd tahun nih. Aku akan sentiasa menyimpan kenangan ini dlm hati. Semoga Allah memberkati rezeki ini & melimpahi rahmat buat kita sume.

 

Kian berlabuh tirai Ramadan,

Lambaian Syawal kian dinanti…

nikmat IFTAR tinggal kenangan, semoga silaturahim kekal abadi.

 

 

Apapon…menjelang hari lebaran nih, ingatlah kita utk BERSEDERHANA yer 😎

…bila aku rajin menulis (“,)

Lebaran semakin tiba!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

27august 2011; Lebaran kunjung tiba…

 

Alhamdulillah kengkawan sume, sedar TAK sedar kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadan. Setiap malam berasa sayu mengenangkan selepas ini tiada lg kemeriahan malam-malam kita dgn berjemaah solat terawih di masjid serta menikmati keindahan berbuka puasa. Walau apapon, masa TAK akan menunggu kita.

Di samping kita terus berusaha utk malam-malam terakhir Ramadan ini serta dlm kesibukan menyediakan persiapan berhari raya, JOM kita lihat sunnah amalan sambutan Aidilfitri yg bakal tiba agar ia menjadi sambutan yg berlandaskan agama dan beribadah. Kita TAK mahu hari raya nih sekadar sambutan budaya semata-mata.

 

 

|Meneruskan qiamullail|

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dgn pelbagai ibadah terutamanya solat tarawih. Ia seharusnya diteruskan juga pd hari-hari berikutnya dgn mengerjakan solat-solat sunat yg lain spt solat tahajjud. In other word, ini bermaksud semangat mengerjakan qiyam Ramadan haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya selepas berakhirnya bulan Ramadan.

 

|Makan sebelum solat Aidilfitri|

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

 

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yg ganjil pada pagi hari raya. Namun, TAK bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Kita bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itukan lebih baik.

 

Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”

Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

[Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.]

 

Kebanyakan daripada kita selalunya menyediakan juadah spt ketupat, rendang, kuah kacang & kuih muih utk juadah ringkas sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. Apapon TAK salah utk memulakan santapan pagi raya dgn beberapa biji kurma spt yg kita lakukan spjg bulan Ramadan semasa berbuka puasa. Kurma juga telah jelas khasiatnya.

 

 

|Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri|

Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

 

Spt yg kita sume sedia maklum, kegembiraan sambutan Aidilfitri dapat dilihat dgn memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan macam-macam lagi. Tidak terlepas juga yg menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak sbg meraikan mereka yg telah berjaya berpuasa selama sebulan. Disamping itu sbg peluang utk berkongsi rezeki dgn org lain. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dgn tuntutan syarak.

 

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata:

Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

[Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.]

 

Namun kita digalakkan utk berSEDERHANA dlm melakukan persiapan utk menyambut hari raya ini. JANGAN lah kita berbelanja BERLEBIHAN. Maklumlah.. jualan penghabisan stok rancak bila menjelang penghujung Ramadan nih, ditambah lg dgn SALES sambutan berkembar dgn Hari Kemerdekaan, maka…paham-paham la sendiri yer. Tepok dada, tanya selera 😎

 

|Puasa 6 hari bulan Syawal|

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadan dgn puasa 6 hari dalam bulan Syawal,

 

Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”

[HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]

 

Dalam hal ini, puasa 6 hari di bulan Syawal ini bole dilakukan pd bila-bila dlm bulan Syawal bermula 2 Syawal kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli Ramadan.

 

Bagi wanita, kita JANGAN lupa QADHA puasa Ramadan (if any). Namun, sepengetahuan aku (apa yg aku pernah belajar) seseorang wanita boleh berpuasa 6 hari Syawal kerana hendakkan kelebihannya dan TAK mengapa untuk dia mendahulukan puasa itu dari qadha Ramadannya iaitu melewatkan kepada waktu lain yang mudah baginya untuk qadha puasanya. Wa’allahualam.

 

 

Aku rs cukop setakat ini yg dpt aku kongsikan tentang persediaan kita menjelang Aidilfitiri. InsyaAllah semoga kita berdiri di landasan yg terbaik spjg Ramadan & meraikan Syawal dgn penuh kesyukuran.

 

Di kesempatan ini jugak, aku ingin bersama-sama ingatkan kpd sume supaya BERHATI-HATI semasa memandu pulang ke kampong. INGATlah orang-orang yg tersayang. Hikhikhik 😉

 

🙂 bersama nikmati Ramadan 1432H~!

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: