Nikmati Ramadan; BERSAHUR

Assalamualaikum sahabat & readers!

4august 2011; Ramadan 1432H, Alhamdulillah.

 

Pejam celik, pejam celik…tanpa disedari sudah 4 hari kita berpuasa. Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur oleh Allah utk menikmati Ramadan pd tahun ini.

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)

Pd kali ini, aku mengambil kesempatan utk berkongsi dgn kengkawan sume berkenaan keindahan, kehebatan & keseronokan melalui Ramadan. Aku telah pon melancarkan self-mission bagi menghiasi bulan yg penuh keberkatan ini dgn perkara-perkara yg mampu menjadi batu loncatan utk diri aku berubah menjadi lebih baik. Bertemakan “Nikmati Ramadan” bg tahun 1432H ini, aku akn berusaha utk berkongsi coretan yg santai TAPI penuh dgn info2 yg bermanfaat.😀

 

 

Ingatlah, Ramadhan bukan bulan ibadah sahaja, bahkan ia juga bulan jihad menentang kemungkaran dan hawa nafsu. Aku berharap agar Ramadan pd tahun ini juga dpt dimanfaatkan agar menjadi lebih baik drp tahun lalu. Inilah masanya utk tgk report card kita & kembali membetolkan landasan andai ada yg tersasar.😉

 

Hari ini setelah 4 hari berlalunya Ramadan, aku terpanggil utk berkongsi sedikit tentang BERSAHUR. Ia merupakan antara keindahan berpuasa di bulan mulia ini.

|Nikmat SAHUR|

Bersyukur kerana kita berpeluang utk berpuasa lagi. Sebahagian besar drpd kita tentulah sempat bersahur. Mudah-mudahan kita yg sahur pada jam seawal 3.00 pg dan ke atas dipermudahkan utk bangun setiap hari until ke akhir Ramadhan.

 

Namun, bila sebut bab BERSAHUR nih… ramai juga antara kita yg SANGAT SUSAH nk bangun di awal pg sebelum terbitnya fajar. Masa ketika lena dibuai mimpi, plus tidur lewat pula…maka ramai antara kita yg “excuse” utk bgn bersahur.

 

Dari Abdullah bin Al Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w,

Aku masuk menemui Nabi s.a.w ketika dia makan sahur, beliau berkata, “Sesungguhnya makan sahur adalah berkat yang Allah berikan pada kamu maka janganlah kamu tinggalkan.”

(HR An Nasaa`i dan Ahmad).

Lihatlah kengkawan sekalian, amalan bersahur ini adalah berkat kerana dgn makan sahur bererti kita mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Bersahur juga dpt memberikan tenaga dan meringankan beban yg berat (i.e. lapar & dahaga) bagi org2 yg berpuasa.

 

Sedarkah kita bahawa Allah dan MalaikatNya bersalawat kepada orang-orang yang sahur. Subhanallah.

 

Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, Sahur itu makanan yang berkat, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan malaikatNya bersalawat kepada orang-orang yang sahur.”

Selain itu, kita jugak digalakkan utk melewatkan waktu bersahur. Aku pernah terbaca dlm sebuah majalah menyebut berkenaan waktu bersahur ini…

 

Disunnahkan mengakhirkan sahur sesaat sebelum fajar, kerana Rasulullah s.a.w dan Zaid bin Tsabit r.a. melakukan sahur, ketika selesai makan sahur baginda Rasulullah s.a.w bangkit untuk solat subuh, dan jarak (selang waktu) antara sahur dan masuknya solat kira-kira lamanya seseorang membaca lima puluh ayat di dlm al-Quran.

Bersahur ini adalah syiar puasa seorang muslim, dan perbezaan antara puasa ahlul kitab. Wallahua’lam.

 

 

Dari Amr bin Ash r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “Pembeza antara puasa kita dengan puasanya Ahlul Kitab adalah makan sahur.”

(HR Muslim, 1096).

Oleh sbb itu, inilah peluang indah sepjg Ramadan buat kita sume agar TAK mensia-siakan pahala yg besar ini drp Allah yg Maha Pemurah. Marilah sahabat sume…kita bangun bersahur!

 

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 4, 2011, in notes | nota and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Teringat masa sahur zaman budak2 klakar abiss…hahahaha

    • Abg afzan…sy mmg sejak kanak2 lagi TAK pernah mengabaikan sahur kecuali terlajak waktu la. Malahan pernah juga tertdo kt meja makan kerana ngantok sgt. TAPI apa yg penting, amalan bersahur ini hendaklah diamalkan & di didik oleh keluarga sejak drp kecik lagi…hikhikhik🙂

      Smpai hrni, kitaorg mmg bersahur jam 5.15 pagi setiap hari. Alhamdulillah… abah & mama btol2 menjaga amalan bersahur nih.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: