Nikmati Ramadan; Amalan Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

10august 2011; Alhamdulillah telah berlalu seminggu Ramadan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lg dikurniakan kesihatan yg baik spjg Ramadan ini. Dlm diam, dptlah seminggu aku ke masjid berjemaah & berterawih. Dh lama terasa rindu dgn suasana kipas berputar laju di masjid… melepas rindu bila tiba Ramadan nih, hikhikhik…🙂

Sempena mission Nikmati Ramadan 1432H, hari ini aku ingin berkongsi dgn sume tentang amalan Rasulullah s.a.w di bulan Ramadan al-mubarak ini. Semoga dptlah kita mengamalkannya dlm menghiasi hari-hari kita spjg Ramadan pd tahun ini. Mengikuti amalan Rasulullah ini bererti mengikut sunnah & insyaAllah pahala adalah ganjarannya. Walallahua’lam.

Membaca Al-Quran

Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dgn Rasulullah s.a.w setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada bulan Ramadan.

Ditambah lg, memperbanyakkan bacaan al-Quran pd bulan Ramadan ini adalah disunatkan kerana ini adlh bulan al-Quran diturunkan.

Firman Allah yg bermaksud, “…bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”

(Surah al-Baqarah, ayat 185)

Memberi makan kpd org yg berbuka puasa

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)

Kengkawan…berbalik kpd amalan ini, Rasulullah amat menggalakkan kita bersedekah and melakukan amal. Dlm konteks kehidupan sbg seorg wanita…yg uzur & tidak dpt berpuasa juga mendapat pahala apabila dia menyediakan makanan sbg hidangan bagi orang-orang yg berpuasa. Ini amalan yg  disukai oleh Rasulullah s.a.w.

Wahai sahabatku sekalian (bg yg perempuan, hokey…) jgnlah kita menjadikan alasan utk TAK berbuat apa-apa kerana TAK bole berpuasa, dan gunakanlah peluang menyediakan juadah berbuka atau membantu org2 berpuasa menyediakan hidangan di bulan mulia ini utk meraih pahala. InsyaAllah…

Solat terawih

Solat terawih adalah solat sunat yang HANYA dilakukan pd bulan Ramadan. Solat terawih, walaupun boleh dilakukan secara bersendirian, TAPI kebanyakkan kita memilih utk melakukannya secara berjemaah di masjid.

Di sesetengah masjid (spt Masjid al-Ansar taman keramat nih), sebelum solat terawih diadakan tazkirah ringkas bagi menasihati jemaah. In my view…ini adalah satu peluang yg terbaik, terutamanya utk menasihati kalangan generasi muda agar sentiasa berpegang teguh kpd syariat Islam. Malah pd ms inilah sume golongan turun padang berjemaah terawih beramai-ramai di masjid.

Qiamullail

Rasulullah s.a.w sangat gemar mendirikan solat malam pada bulan Ramadan.

Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Mengerjakan umrah

Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah.

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w  yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.”

(Hadis riwayat Bukhari)

Zakat fitrah

Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada bulan Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap individu muslim yg berkemampuan WAJIB membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.

Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri. Tahun ini, aku blom tahu lagi nilai zakat yg dikeluarkan oleh jabatan agama. Sesapa yg tahu, bole la berkongsi di sini…😀

Aku berharap agar aku dpt memanfaatkan Ramadan dgn melakukan amalan-amalan sunat ini spt yg disukai oleh Rasulullah s.a.w. Aku juga berharap agar sahabat sekalian dpt juga bersama-sama melakukannya mengikut kemampuan masing-masing. Apa yg paling penting ialah keikhlasan kita dlm menjalankan ibadah lillahita’ala.

Selain itu, AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan SEDEKAH kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut.

 Ibn Abbas melaporkan: “Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.”

(Hadis riwayat Bukhari)

😎 bersama Nikmati Ramadan~!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 10, 2011, in notes | nota and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 10 Comments.

  1. Tiada ikon yg terbaik melainkan RASULULLAH swt.

    • Betul tuh abg afzan…!
      Rasulullah s.a.w ialah role-model terbaik dlm segala segi utk kita contohi drp sekecil2 tanggunjawab hingga kpd seberat2 tanggungjawab. Teringat akan ketaatan Rasulullah s.a.w yg tak berbelah bagi kpd Allah yang maha Esa, baginda solat taubat memohon keampunan ats kesilapan baginda biarpon rasulullah s.a.w tahu bahawa baginda bersifat maksum. Subhanallah.

  2. Just nk share new info about ZAKAT rates in Malaysia for year 2011, 1432H.

    Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)

    Perlis : RM 6.00
    KedaH:RM 7.00
    Pulau PinanG: RM 7.30
    Perak: RM7.00
    Selangor: RM 7.00
    Negeri Sembilan: RM 6.50
    Melaka: RM 6.30
    Johor: RM 6.50
    Pahang: RM 7.30
    Terengganu: RM 6.00 / 7.00 / 8.00*
    Kelantan: RM7.60
    Sarawak: RM7.50
    Sabah: RM 7.70
    Wilayah Persekutuan: RM7.00

    Kalo ada kesilapan, maaflah la. Bole betolkan jgk…kita sesama share yer🙂

  3. rocky de vibratore

    pasal zakat ni teringat lak cerita JAIS & DUMC. aku sampai skrg tak phm apasal Jais serbu masa org tu tgh mkn? knp tak tggu habis acara? Jais tak belajar operasi dgn pulisi ke? apa tujuan sbnr Jais? risek Jais tak cekap ke? tak ada ke bukti audio video & fotografi lain? Jais tak pikey ke bila serbu org tgh mkn, musti jadi isu? tak pasal2 tgk kesan dia sampai hari ni paper Sinar kena mtk maaf. kot mana2 kita kalah.selalu kalah. mcm dlm politik. kita majoriti tapi suka ambik hati bangsa laen sampai siap bagi I/C & tpt tinggal. aku tak paham. entah2 Jais ada maksud laen kot…..?

  4. rocky d ' v ' corpora cavernosa

    satu lagi, wahai pembaca2 yang diRohmati Allah sekelian & Yanchor,

    tolong aku cari sebab2 kenapa dan dimana istimewanya hamba Allah bernama Siti Khatijah binti Khuwailid ini sehingga dia menjadi kecintaan utama Baginda Rasulullah dan kecemburuan Siti ‘Aisyah binti Abu Bakar bin Abu Quhafah. semua buku2 yang aku baca tak banyak bercerita kelebihan Siti Khatijah (selain tak sosial,janda, cantik, kaya, dermawan dan cerdik tapi cerdik macam mana?), begitu juga dalam kebanyakan kuliah & tazkiroh. aku frust. tapi aku tetap berusaha untuk melengkapkan kajian ini demi Islam.

    • Saudara Rocky… menarik isu kajian nih. Spt kamu jgk, sy byk membaca ttg kelebihan Sadatina Khadijah tentang kekayaannya, dermawan, taat & sentiasa menyokong Rasulullah. Good idea jgk utk sy sama2 menerokai lagi ttg kehebatan sebenar yg ada pada beliau utk dikongsikan bersama.

      walaubagaimanapon, bila dh dpt info2 ttg keistimewaan Sadatina Khadijah nih, bole la kongsikan yer, saudara Rocky😉

  5. rocky d ' v ' corpora cavernosa

    kpd pembaca sekelian & Yanchor (asyik2 aku je tulis)
    marilah kita hidupkan dan teruskan amalan bulan Ramadhan. sedey aku tiap kali masok syawal. masjid kosong lepas maghrib. muslim kembali lepak kat kedai kopi & siam. mana semangat ente2 suma masa Ramadhan lalu? kita kembali membinasakan perut, otak dan kehidupan kita. al Quran letak balik ke rak untuk disalut habuk. kalaulah Allah hidupkan Ramadhan tiap2 bulan….. Yanchor boley kurus macam Lisa Surihani kot

  6. TQVM mr. rocky yg rajin drop by my page. Kalo nk tulis panjang2, banyak2 pon bole…yg penting kita berkongsi ilmu & idea. Mmg terasa pemergian Ramadan…namun masa TAK akn menunggu kita, so…kita kena sentiasa berusaha mencari masa bg teros menghidopkan ramadan di sepjg tahun. Aku stuju, TAPI bab puasa nih…perempuan rajin berpuasa sunat spjg tahun (*insyaAllah)…so bab kuros tuh, bole jadi kenyataan kot…hikhikhik😆

  7. rocky de Vibratore Corpora Cavernosa

    salam pembacha dan Yanchor, sori suka kachau blog ni (tak tau kenapa).
    Minta semua buka you tube & type “white horse egypt”. amenda tuh? takkan malaikat kot? cerita ni akan hot tak lama lagi.apa kata Yanchor buat group email & kita pakat2 kongsi cerita2 best mcm ni. saya sgt berhrp setiap gambar & cerita boley kita tangkis dgn betul utk ngelak ‘aqidah terpesong mcm cerita bunyi neraka di rusia, anak derhaka jadi ikan di indon, anak derhaka jadi babi di arab dan byk lagi cerita2 yang disensasi mampu menggelincirkan iman & ‘aqidah kita yg tak berapa ‘alim ni..(ingat! Rasulullah sabda akhir zaman muslim kuat ibadah tapi jahil!!!)

    • oh…tq mr. rocky!!! sy akan tgk sendiri kat youtube, and mayb bole dicoretkan dlm blog. mmg skrg nih dh berleluasa aktiviti dakyah yg menyesatkan bg org2 yg lemah tembok iman. Sy berdoa smoga kita masih dikuatkan iman utk berusaha mencari kebenaran sblm percaya akan ttg sesuatu tuh. Sbbtu kita amat digalakkan utk menuntut ILMU, kan…???😀

      mr. Rocky…alwiz drop by my page hokey! TQ

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: