Lebaran semakin tiba!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

27august 2011; Lebaran kunjung tiba…

 

Alhamdulillah kengkawan sume, sedar TAK sedar kita semakin menghampiri ke penghujung Ramadan. Setiap malam berasa sayu mengenangkan selepas ini tiada lg kemeriahan malam-malam kita dgn berjemaah solat terawih di masjid serta menikmati keindahan berbuka puasa. Walau apapon, masa TAK akan menunggu kita.

Di samping kita terus berusaha utk malam-malam terakhir Ramadan ini serta dlm kesibukan menyediakan persiapan berhari raya, JOM kita lihat sunnah amalan sambutan Aidilfitri yg bakal tiba agar ia menjadi sambutan yg berlandaskan agama dan beribadah. Kita TAK mahu hari raya nih sekadar sambutan budaya semata-mata.

 

 

|Meneruskan qiamullail|

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dgn pelbagai ibadah terutamanya solat tarawih. Ia seharusnya diteruskan juga pd hari-hari berikutnya dgn mengerjakan solat-solat sunat yg lain spt solat tahajjud. In other word, ini bermaksud semangat mengerjakan qiyam Ramadan haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya selepas berakhirnya bulan Ramadan.

 

|Makan sebelum solat Aidilfitri|

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya.

 

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yg ganjil pada pagi hari raya. Namun, TAK bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Kita bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itukan lebih baik.

 

Anas bin Malik r.a berkata: “Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.”

Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: “Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.”

[Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.]

 

Kebanyakan daripada kita selalunya menyediakan juadah spt ketupat, rendang, kuah kacang & kuih muih utk juadah ringkas sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri. Apapon TAK salah utk memulakan santapan pagi raya dgn beberapa biji kurma spt yg kita lakukan spjg bulan Ramadan semasa berbuka puasa. Kurma juga telah jelas khasiatnya.

 

 

|Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri|

Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.

 

Spt yg kita sume sedia maklum, kegembiraan sambutan Aidilfitri dapat dilihat dgn memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan macam-macam lagi. Tidak terlepas juga yg menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak sbg meraikan mereka yg telah berjaya berpuasa selama sebulan. Disamping itu sbg peluang utk berkongsi rezeki dgn org lain. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dgn tuntutan syarak.

 

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata:

Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: “Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.”

[Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.]

 

Namun kita digalakkan utk berSEDERHANA dlm melakukan persiapan utk menyambut hari raya ini. JANGAN lah kita berbelanja BERLEBIHAN. Maklumlah.. jualan penghabisan stok rancak bila menjelang penghujung Ramadan nih, ditambah lg dgn SALES sambutan berkembar dgn Hari Kemerdekaan, maka…paham-paham la sendiri yer. Tepok dada, tanya selera😎

 

|Puasa 6 hari bulan Syawal|

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadan dgn puasa 6 hari dalam bulan Syawal,

 

Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”

[HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah]

 

Dalam hal ini, puasa 6 hari di bulan Syawal ini bole dilakukan pd bila-bila dlm bulan Syawal bermula 2 Syawal kerana hari-hari dalam bulan Syawal itu semuanya menyusuli Ramadan.

 

Bagi wanita, kita JANGAN lupa QADHA puasa Ramadan (if any). Namun, sepengetahuan aku (apa yg aku pernah belajar) seseorang wanita boleh berpuasa 6 hari Syawal kerana hendakkan kelebihannya dan TAK mengapa untuk dia mendahulukan puasa itu dari qadha Ramadannya iaitu melewatkan kepada waktu lain yang mudah baginya untuk qadha puasanya. Wa’allahualam.

 

 

Aku rs cukop setakat ini yg dpt aku kongsikan tentang persediaan kita menjelang Aidilfitiri. InsyaAllah semoga kita berdiri di landasan yg terbaik spjg Ramadan & meraikan Syawal dgn penuh kesyukuran.

 

Di kesempatan ini jugak, aku ingin bersama-sama ingatkan kpd sume supaya BERHATI-HATI semasa memandu pulang ke kampong. INGATlah orang-orang yg tersayang. Hikhikhik😉

 

🙂 bersama nikmati Ramadan 1432H~!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 27, 2011, in notes | nota and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. de Vibratore Corora Cavernosa

    salam pembaca budiman.
    apa kata mula thn ni kita cuma belanja max RM200 satu rumah sekadar beli utk persiapan hidangan utk tetamu?
    simpan $ atau guna bli buku2 atau emas. kalo kata ada sale, cuba tgok, cth: Jayajusko brp kali sale setahun. aku rasa thn ni JJ cuma lat 3 x je dalam 2 mggu. itupn psl nak kira stok, tkr stok & stock-in, lps tu sale balik.
    Pikey laa.. tiap kali Melayu nak raya atau cuti sekolah, mesti harga barang basah naek, lepas tu tak turun dah. Sebab? Kita melayu konsumer terbesar apa lagi dalam soal makan dan bermeriah. Hidup la cara nabi wooi.. mari kita ajar sikit peniaga di malaysia ni. trend mereka sekarang setiap alasan kenaikan, margin kenaikan mesti dibagi pada pengguna. kenapa kita tolong bayar cukai eniaga ni? tak ke bodo kita ni.

    • Wa’alaikumussalam mr. Cavernosa!🙂
      Bab bersederhana nih sy betol2 sokong. MEMANG benar setiap kali menjelang perayaan terutamanya perayaan bagi bangsa melayu, rege brg mesti nak naik. DAH naik, susahlah nk turun kan. Ermm…

      Sebenarnya kita yg kena pikir sendiri. Sbb yg berbelanja nih kita. Jadi TAK semestinya kena hadkan perbelanjaan, cuma bersederhana. JANGAN berlebihan.

      Mr cavernosa, kalo max rm200, rsnye jamu air kosong je kot. Sbb sebalang kuih pon dh RM25++, kalo beli 4 jenis dh RM100. Kordial pon RM12…ermm blom tambah dgn hidangan tambahan lain. hikhikhik😀

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: