IFTAR; Kenangan Ramadan 1432H

Assalamualaikum sahabat & readers~!

Dalam kemeriahan menyambut kedatangan Syawal selepas berpuasa selama sebulan Ramadan…sedih terasa hati ini utk melepaskan Ramadan berlalu pergi. Itulah lumrah kehidupan, masa TAK akan menunggu kita. Hari semalam hanya tinggal kenangan pd hari ini.

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda:

“Bagi orang yang melaksanakan ibadah puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua ketika menghadap Ilahi”

Dalam keasyikan memenuhi tuntutan merebut pahala-pahala yg berlipat ganda drp Allah s.w.t, TAK terlepas jgk utk kita menikmati keindahan berbuka puasa spjg Ramadan. Aku jgk TAK melepaskan peluang utk meraikan waktu berbuka sama ada bersama ibubapa, keluarga & sahabat handai. Alhamdulillah…kenangan ini amat bermakna tambahan pula apabila dpt merapatkan lg silaturahim dgn berkumpul bersama & menikmati juadah berbuka secara bersederhana. Alhamdulillah.

 

JOM kongsi kenangan IFTAR aku spjg Ramadan tahun ini.

6 Ramadan; Fiesta berbuka puasa bersama ATOK di hujung minggu.

Ini adalah program khusus Ramadan buat my BIG family. Pd tahun nih, keluarga kami yg menjadi pembuka majlis bg minggu pertama Ramadan. Mcm biasalah… menu kami tentu skali mama yg masak. Tahun nih kami bawa ikn tenggiri masak taucu, sayur pecal & bubur lambok (drp Masjid Al-ansar). Selain tuh ada jugak beli kuih muih sbg tambahan. Dan spt tahun lalu, gang terjah TAK ketinggalan memeriahkan suasana. Ada makteh & family, pakcik dan Ain & family. Ain jugak ada bawa lauk tambahan drp dapor barunya, hikhikhik…tenkiu 😉

...Fiesta Berbuka Puasa bersama ATOK di hujung minggu...

...juadah berbentuk kesihatan, hikhikhik 😉

TQ ya...inilah lauk dari dapor baru, ngehngeeee 😀

 

Program fiesta berbuka puasa ini diteruskan hingga ke penghujung Ramadan. Aku lihat ATOK gembira dgn kehadiran cucu, cicitnya. Semoga kegembiraan ini menjadi seribu kenangan. Thanks to my BIG family yg melapangkan masa pada giliran masing-masing. Tahun depan kita buat lagi yer…insyaAllah. 🙂

Inilah semangat “Satu Hati Keluarga Harmoni” 😎

10Ramadan; treated by sahabat 😉

Firstly nk wish TQVM kpd puan sahabat yg sudi memasak utk berbuka bersama dgn aku. BIHUN goreng plus ada byk sotong & sayur…yay, sedap! Alhamdulillah…lepas berbuka puasa bersama, ktorg pegi jln2 kat Kompleks PKNS s.alam. Kemudian…sbb dh lama TAK berborak, kami lepak kat MURNI Discovery, USJ. Seronok la dpt spent time together and bercerita 1001 kisah. Walaupon esok adalah hari bekerja, itu BUKAN penghalang utk kami meluangkan masa bersama. Inilah masa pertemuan yg berkualiti, huhuhu 😀

MURNI Discovery; lepak with puan sahabat...

  

19Ramadan; enjoyed meeting the Bangkok girls!

Wah…lama kot TAK jupe dorg sejak balik drp holiday hrtuh. This was the best time to reunion!!! Kali nih, Sue TAK dpt join TAPI Ain dpt join skali, yahoo…lama jugak aku TAK jupe Ain nih. Masing2 busy kan. Hahaha… 😀

Tahun nih, program ktorg dimulakan dgn berkumpul & berbuka bersama kat SURAU dekat dgn PKNS office. Best tuh makan dlm surau dgn berselera skali…ada kurma (mana bole xde kan), popia basah & goreng (yg sedap…), murtabak, kuih & kami sume berkongsi air. TQ la kat PKNS-ian yg tlg belikan juadah awal berbuka. Maklumlah SD-ian umpama tetamu jempotan la, sbb kami bukan tuan rumah. Ekekeke… Slps selesai solat maghrib, kami ke tempat yg telah dirancangkan. Restoren Asli Kampung Siam, Seksyen 13, s.alam.

 

Restoren Asli Kampong Siam~! (eh..LEMANG tuh TAKde dlm menu tau. TQ Lin yg belikan lemang nih) 😉

 

..aksi kitaorang..

...bangkok gurlz 😉

Alhamdulillah…keseronokan berborak & menikmati makanan bersama. Sambil2 tuh berkongsi la xtvt terbaru ktorg. Dan TAK lupa jugak dok berposing sakan. Hahaha… Seronok dpt jupe korang sume! 😀

Semoga persahabatan yg terjalin akan berkekalan. Rindu nk jupe Sue…tapi xpe, lps raya nnt kita jupe kat swimming pool yer  😉

26Ramadan; breaking fast with loved ones!

It was a memorable! Inilah masa kami adik beradik nk bawa mama berbuka kat tempat yg istimewa. As what we did in previous year, tahun nih ktorg bawa mama makan kat restoren Bangkok House, d’Palma S.Alam. Bertambah istimewanya tahun nih sbb diraikan skali sempena ulangtahun hari lahir aku yg akan tiba in 2 days. Thanks to dikyah yg belanja!

Restoren Bangkok House, d'Palma Shah Alam 🙂

What I can say…? Bangkok House nih mmg menyediakan juadah asli Thailand yg bersesuaian. Buffet style nih…meriahnya dgn mcm2 makanan la. Pelbagai juadah disediakan & sedap. Best… 🙂

27Ramadan; breaking fast with my beloved family!

Walaupon sebulan Ramadan, aku lebih byk meluangkan masa berbuka bersama abah & mama, namun hari nih bertambah istimewa. Hari nih ktorg berbuka bersama-sama 5 beranak kat umah. Mama tentu ada mcm2 sbb nk masak yg special, TAPI bg ktorg sume (aku, abah, dikyah & adik) masakan mama la yg SANGAT SEDAP dan terbaik! Walaupon semalam ktorg bawa mama berbuka kat luar, TAPI kenikmatan berbuka puasa 5 beranak TAK dpt ditandingi. Adik baru balik bercuti sempena raya nih. Jadi inilah kesempatan yg terbaik utk berbuka puasa bersama-sama… plus bergelak tawa & borak ttg mcm2. Disamping itu…bersempena dgn ulangtahun hari lahir aku jugak! I love my family so much!

 

Tapi yg nih TAKde gambo la…cukoplah aku hanya kongsikan cerita ajer 😆

 

Inilah antara memori berbuka puasa pd tahun nih. Aku akan sentiasa menyimpan kenangan ini dlm hati. Semoga Allah memberkati rezeki ini & melimpahi rahmat buat kita sume.

 

Kian berlabuh tirai Ramadan,

Lambaian Syawal kian dinanti…

nikmat IFTAR tinggal kenangan, semoga silaturahim kekal abadi.

 

 

Apapon…menjelang hari lebaran nih, ingatlah kita utk BERSEDERHANA yer 😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 28, 2011, in event | peristiwa, food | citarasa and tagged , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)