sinari Syawal; kisah Saidina Umar al-khattab & anaknya.

Salam sahabat & readers~!

 

13sept 2011; kehangatan Syawal masih terasa😉

Alhamdulillah…kemeriahan syawal masih terasa biarpun hrni dh masok minggu ke-3. Hujung minggu lepas saja telah dipenuhi dgn pelbagai jemputan keraian & makan2. Seronok dpt berjumpa sahabat handai yg dh lama TAK jumpe. Kesoronokan ditambah lg dgn pelbagai juadah yg disediakan tuan rumah, hikhikhik…ğŸ˜Ž

 

Disamping keseronokkan berhari raya, gempak jugak kita dgn breaking news pasal caj 6% cukai bg pengguna prepaid (Caj 6% kpd pengguna prepaid posted 9/9/2011). Namun, pelbagai pihak DAH beri respon segera berkenaan perkara ini & TAK lupa kerajaan jgk janji akn kaji smula. Kita serahkan aje pada yg berkenaan. Mcm2 hal…aish~!🙂

 

Apapon, hari ini aku ingin berkongsi kisah teladan yg dpt kita jadikan pengajaran dlm kehidupan kita. Marilah kita hayati kisah Saidina Umar al-Khattab dan anaknya.

 

Suatu hari anak Khalifah Umar al-Khattab pulang dari sekolah dengan menangis teresak-esak. Ketika ditanya oleh ayahnya, ia menjawab bahawa teman-temannya di tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dgn tampalan. Di antara mereka mengatakan, “Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumlah tampalan budak ini!” Ia menjadi bahan ketawa teman-temannya, amatlah sedih hatinya.

Pola hidup keluarga Khalifah Umar memang sederhana, teramat sederhana. Walaupun berjawatan sebagai khalifah, tampalannya bajunya ada empat belas. Salah satunya ditampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Umar al-Khattab berhajat utk membelikan pakaian baru utk anaknya di bulan Syawal, kerana ketiadaan wang pergilah Umar ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut . Kerana tidak bertemu Saidina Umar dengan bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya sebagai berikut…

“Kepada bendahara Baitulmal yang terhormat saya memohon pinjaman sebesar empat dirham. Insya-Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan segera melunasinya.”

Si bendahara tidak langsung cemas setelah menerima surat dari Khalifah. Dia juga tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal lalu mengirimnya kepada Khalifah. Dia mengamati surat itu sangat lama. Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan sejenis penguasa yang memanfaatkan amanat rakyat untuk kepentingan peribadinya. Saidina Umar bin Khattab R.A dikenali sebagai pemimpin yang adil dan tegas. Bukan saja dia adil terhadap rakyat sekitarnya, beliau juga bersikap adil terhadap anak-anaknya dan dirinya. Apabila dirinya terbukti salah dalam menjalankan amanat Allah, dia rela dihukum dan didenda walaupun dia mampu menolak penghukuman tersebut kerana jawatannya. Apabila dia dihadapkan kepada dua kepentingan, kepentingan si anak dan kepentingan Islam, maka dia akan mendahulukan kepentingan agamanya.

Sifat Umar al-Khattab seperti ini sudah umum diketahui oleh rakyatnya, tidak terkecuali si bendahara Baitulmal ini. Si bendahara menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan…

Kepada Amir al-Mukminin Umar bin Khattab,

“Telah saya baca surat anda tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal. Aku sekadar ingin bertanya, apakah Tuan berani bahawa diri Tuan pasti tetap hidup sampai akhir bulan sehingga aku dapat menuntut hutang Baitulmal dari Tuan? seandainya ajal menjemput Tuan sebelum bulan ini berakhir, apakah Tuan mampu mempertanggungjawabkanya di hadapan Allah? Wasalam.”

Selesai membaca surat balasan dari pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu melunasi hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya Hari Raya, Umar al-Khattab melihat anaknya memakai baju yang bertampal-tampal dan beliau terus menangis,

“Mengapa engkau menangis, wahai ayahku?” tanya anaknya.

Umar menjawab, “Aku bimbang hatimu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina bajumu yang bertampal-tampal itu.”

Kemudian anaknya berkata, “Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan menderhakai kedua orang tuanya. Sesungguhnya aku berharap agar Allah Azza wa Jalla memberikan redha-Nya kepadaku sebab keredhaanmu kepadaku”.

Semakin deras air mata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

 

Kengkawan sume…inilah contoh didikan seorang pemimpin kepada anaknya. Pemimpin yang sebenar adalah pemimpin yang menjadi pemimpin kpd dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat berlandaskan perintah Allah s.w.t. Wa’allahualam.

 

Pd hari ini… kita juga dpt lihat yang kaya semakin kaya, dan yang miskin terus dihimpit kemiskinan. Fikir-fikirkanlah…😀

 

Semoga dgn berkongsi cerita ini, dptlah kita memperbaiki diri kita utk menjadi insan yg redha & bersyukur.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on September 13, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. de Vibratore Corpora Cavernosa

    halamaak..pandai Yanchor piley cherita kasik aku nanges.
    kalo baca cerita gugur 3 panglima yamamah lagi sedey
    lagi sedey kalo baca cerita ucapan Sayt. Siti Khatijah
    sblm menutup mata selamanya.
    sedey lagi baca cerita orang melayu dari dulu sampai
    sekarang. sampai ahadiat akashah pun tak sggup tulis.
    say. Umar sebenarnya memiliki byk cerita sedey berbanding
    Ammar bin Yasir @ Bilal bin Rabah @ Saad bin Muaz @ Kaab bin Malik.
    cerita aku lagi byk sedeyyy…. aaaaaaa pilunyee

    • mr. cavernosa.. ko mmg kasi saya semangat utk mencari cerita2 ttg saidatina siti khadijah. Kalo ada sumber rujukan..kongsikan la😉

      btw…tq sbb rajin dropped by in here.

  2. Its like you read my mind! You appear to know a lot about this, like you wrote the book in it or something. I think that you could do with some pics to drive the message home a bit, but other than that, this is wonderful blog. A great read. I will definitely be back.

  3. hana zain yusof

    bestlah ..
    doakan sy PMR this year

  4. bolehkah saya ingin tahu sumber kisah ini? kerana ramai yg menanya

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: