Lambaian Kaabah; selamat beribadah my BFFWTFLC

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

Wah...this is the first post in October. Oh, since my last post it almost 2weeks I’m not updating my journal with new story. Btw…banyak je perkara yg berlaku & dilakukan in last weekend, TAPI oleh kerana kurang sihat, so…TAK de la aku meluangkan masa dgn internet.😦

 

Kalo nk cte tentang aktiviti yg aku lakukan, sekarang nih masih TAK larat. Tapi cukupklah kalo dlm entri pembuka di bulan October nih, aku kongsikan bersama kegembiraan melihat ramai org2 di sekeliling aku menerima jemputan menjadi tetamu Allah di tanah suci Makkah.

 

2oct 2011; Diam TAK diam… lambaian kaabah kembali lagi.🙂


“AKU menyahutMu wahai Tuhanku! Aku menyahutMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahutMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahutMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!”

Laungan syahdu talbiah bergema memanggil kumpulan jemaah haji utk check-in di Kompleks TH di Kelana Jaya. Laungan ini jugaklah yg akan bergema di seluruh pelusuk kota Makkah setiap kali kedatangan Zulhijjah. Jemaah memenuhi kota Makkah bersama niat tulus ingin melengkapkan rukun Islam ke5, menunaikan ibadat HAJI.

 

Kesempatan utk menghantar sahabat ktorg a.k.a BFFWTFLC bg menunaikan ibadat rukun Islam ini, benar2 terkesan di hati. Bukan senang utk menjadi jemputan dan tetamu Allah ke tanah suci-Nya. Terdengar laungan “lambaikallah…” hati aku bercampur-baur dgn perasaan insaf, sebak & sayu. Apabila melihat Mimie gagah mengusung luggage terasa sebak & gembira melihat dia melangkah utk menjadi tetamu Allah s.w.t utk menunaikan haji pd tahun ini bersama ayah & bondanya. Subhanallah, Alhamdulillah😉

 

Meraih haji mabrur merupakan idaman setiap orang yg menunaikan ibadah haji. Walaupon begitu apa yg penting nawaitu pelaksanaan ibadah haji yg IKHLAS. Ikhlas beribadah, TAK diganggu dgn niat yg macam-macam, selain semata-mata memenuhi panggilan Allah untuk mengerjakan rukun Islam yg terakhir.

 

 

Firman Allah dlm al-Quran berbunyi: ”Katakanlah: Sesungguhnya salatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya karena Allah s.w.t.”

[surah Al-An’aam; 162]

Demikianlah antara rentetan ibadat haji, ibadat terakhir yang melengkapi 4 rukun Islam yg terdahulu iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu sehari semalam, berpuasa pada Ramadan & menunaikan zakat.
Apa yg aku ingin kongsikan dgn sume… sebenarnya pelaksanaan ibadat haji melalui sejarah panjang dlm tamadun manusia.

 

Sejak zaman Nabi Adam a.s lagi sudah ada ibadat haji, begitu juga pada zaman Nabi Ibrahim a.s. Pelaksanaan ibadat haji secara lengkap dan sempurna spt hari ini bermula pd tahun ke-9 hijrah apabila turunnya wahyu daripada Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab menunaikan haji pertama di Makkah. Dan seterusnya pd tahun ke-10 hijrah, Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai rombongan haji dan ia adalah haji tunggal dan terakhir Baginda sebelum wafat.

 

HAJI juga merupakan satu perhimpunan perdana umat Islam yg datang dari segenap pelosok dunia ke Makkah dgn 1 tujuan, TAK lain adalah utk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar.

Oleh yg demikian, sesungguhnya pelaksanaan segala rukun, wajib & sunat haji adalah utk menyatakan sikap kerdil tersebut, sekali gus utk menggarap pengajaran, rahsia serta hikmah daripadanya. Apabila kita berjaya menjalani ibadat haji & rukun-rukunnya dengan penuh keinsafan, sesungguhnya kita telah berjaya menjalani proses tarbiah yg sedia ada dalam ibadat tersebut. Wa’allahualam.

 

Aku tumpang gembira dgn sume yg mendapat jemputan ke Makkah.

Buat sahabat BFFWTFLC – Mimie… selamat berangkat, selamat beribadah & semoga kembali dgn rahmat & keberkatan Allah. Aku doakan semoga dipermudahkan segala urusan di sana. Sampaikan salam aku & family kpd baginda Rasulullah dan sahabatnya sekalian. Doakan yg terbaik utk aku di dunia & di akhirat. Semoga mendapat HAJI MABRUR. InsyaAllah. Amin.

 

 

Lambaian kaabah…aku menanti jemputan-Mu ya Rabbi.🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on October 6, 2011, in event | peristiwa, story | kisah and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. You completed various good points there. I did a search on the matter and found the majority of persons will consent with your blog.

  2. Thank you so much for giving everyone an exceptionally splendid possiblity to discover important secrets from this blog. It can be very beneficial and packed with amusement for me personally and my office acquaintances to visit the blog at minimum thrice in one week to learn the latest things you will have. And indeed, I am also certainly fascinated for the exceptional strategies you serve. Selected 3 areas in this post are indeed the finest we have ever had.

  3. To Stewart & Karagiannes…
    Thank you for your compliment. God willing I hope to share some knowledge with you all and sharing any feelings & ideas. InsyaAllah😉

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: