walimatul-urus; musim kenduri kendara dh mula dahhhhh!!!

Assalamualaikum kengkawan sume…sahabat & readers!

 

21oct 2011; Walimatul-urus!!!

Wah..diam TAK diam, aku semakin perlahan bergerak di dlm journal sendiri. Yeah…dgn challenges with new job tasks, aku kena sendirinya BIJAK mengisi kelapangan terutamanya utk HOBBY!!! Fuh…ia hanya luahan rasa ajer sbb dh lama TAK dpt main tenis, swimming dan coret2 kat blog. Hikhikhik😉

 

Apapon, we’re managing the time! Back to the track… it all about sharing what in mind!

Walimatul-urus… yeah, musim kenduri-kendara dah mula dahhhh. Sejak berakhirnya sambutan aidilfitri yg lalu (posted seronok jalan-jalan raya)… kini tiba musim bahagia. Ramai yg merancang utk menamatkan zaman bujang pd hujong2 tahun begini. Org kata dh nk dekat cuti skolah….hahaha (lepas dpt “duet poket tambahan” plak). Aku jugak TAK ketinggalan mendpt banyak jemputan drp utara-selatan-timor-barat. Ada yg melalui kad jemputan, ada online invitation & via sms / mms pon ada jugak la. Hahaha… Mana yg ada kesempatan, aku akan cuba utk penohi. InsyaAllah.

..unik kad yanti & faizal!!😉

...online invitation yg semakin popular!

tak sabo nk kecoh kat kenduri dorang nih plak😆

 

 

Seperti yg kita sedia maklum, jemputan walimatul-urus ini hendaklah dihadiri jika tiada keuzuran.


Hadith yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar r.a, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.”

[Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5173]

 

Kengkawan…just to share with all, Walimatul-urus (i.e. majlis santapan makanan or kenduri la…) sunat diadakan dan menerima jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan utk menghebahkan kpd org ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk org ramai sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dpt menyaksikan sendiri pernikahan mereka serta mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

 

Selain itu, keindahan di dlm sunnah Rasulullah s.a.w. adalah mendoakan kebaikan, keberkatan & memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan utk orang yg mengundang ke majlis kenduri (walimah).

 

Di antara doa-doa yg disunnahkan kpd kita utk berdoa dengannya adalah doa-doa yg baik spt yg didoakan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

 

Doa untuk pasangan pengantin

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w jika memberikan ucapan doa kepada seseorang yang berkahwin, beliau akan berkata:

 “Semoga Allah memberikan keberkatan kepadamu, memberikan keberkatan atasmu, dan menyatukan kamu berdua di dalam kebaikan.”

[Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2130. Hadith ini dinilai sahih oleh at-Tirmidzi dan ath-Thusi sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Albani di dalam Adabuz Zifaz]

 

Doa utk orang yg mengundang kita makan kenduri (walimah)

Rasulullah s.a.w mendoakan untuk Abdullah bin Busr r.a dan keluarganya (ayahnya) di ketika dia selesai dijamu makanan:

“Ya Allah, berkatilah mereka pada rezeki yang telah Engkau berikan kepada mereka dan ampunilah mereka serta rahmatilah mereka.”

[Hadith Riwayat Muslim, no. 1615]

 

 

Di samping itu, kita disunnahkan memberi hadiah & membantu melaksanakan walimah. Ia bertujuan untuk membantu meringankan sebarang kesulitan tuan rumah serta meraikan pasangan yg baru berkahwin. Hadiah ini bukanlah utk menunjuk2. Ia cukoplah sekadar mengikut kemampuan kita masing-masing.

 

Dari Anas r.a, beliau berkata:

Setelah Nabi s.a.w menikahi Shafiyah, pada pagi harinya Nabi pun berkata: “Sesiapa yang memiliki sesuatu untuk disumbangkan, hendaklah disumbangkan”. Beliau pun menghamparkan lembaran kulit yang disamak (sebagai bekas). Ada orang yang menyumbang keju, ada yang menyumbang kurma, dan ada yang memberikan minyak samin. Mereka pun membuat hais (campuran kurma tanpa biji, keju, tepung dan minyak).

[Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2048]

 

Pd hari ini, keseronokkan utk memenuhi jemputan perkahwinan nih…bukan shj utk meraikan pasangan pengantin,  tapi kesempatan inilah utk buat small reunion dgn member2 yg dh lama TAK jumpe. Kiranya dptlah dijadikan majlis kenduri ini peluang utk bertemu dgn kengkawan lama serta merapatkan silaturahim sesama kita. Itulah yg slalu wat rioh kat umah kenduri!!! Hikhikhik…😆

 

Hah…dan JANGAN pulak kita lupa utk mengucapkan terima kasih di ats undangan yg diberikan. Maksudnya berbudi bahasa & berakhlak mulia dgn menghormati tuan rumah. Walaupon kita TAK kenal siapa ibubapa pengantin, namun sekurang2nya ucapkanlah terima kasih kpd saudara2 yg memberi layanan kpd kita spjg berada di dlm majlis berkenaan.

 

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak bersyukur kepada Allah, orang yang tidak berterima kasih kepada manusia.”

[Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4811]

To all my friends who will get married, I take this opportunity to congratulate all of u.. Thank you for the invitation that was sent. InsyaAllah, I will jointly attend the auspicious occasion…kalo ada kesempatan!

 

“Semoga Allah memberkati perkahwinan kamu berdua…amin”😎

 

** tak sabarnya nk jupe mid & dote for this weekend events at kenduri-kendara Ab & Na!:mrgreen:

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on October 21, 2011, in notes | nota and tagged , , , . Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. bagus sangat entry ini!

    nanti singgah blog acik, k.

  1. Pingback: Ab & Yana; Selamat Pengantin Baru! « …the view from my chair

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: