C.I.N.T.A; Hebatnya kerana Allah

Assalamualaikum semua…

1nov 2011; subhanallah🙂

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.”

[Al-Baqarah 2:155]

 

 

 

Hebatnya cinta? Sume org akan sentiasa memberikan berbagai definisi tentangnya.

Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

 

 

Lihatlah Rasulullah s.a.w, betapa sibuknya baginda… tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya… tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta… kerana baginda TAK kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin… dihadapinya dgn sabar kerana di dlm hatinya tetap ada cinta. Baginda TAK pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar… cinta Allah!

 

 

Inilah HEBATnya cinta…subhanallah!

Kadang-kadang,
Kita selalu melihat kehidupan orang lain yang lebih baik.
Kita melihat dia punya segala-galanya.

Kita merasa,
Dia selalu bahagia.
Semata-mata kerana dia punya apa yang tidak kita ada.

Tapi sebenarnya,
Kehidupan kita ada sisi yang lebih baik darinya.
Cuma bila kita tak membuka mata,
Untuk menilai ujian sebagai bonus untuk “top up” nilai-nilai kehidupan,
Maka yang terlihat hanya kekurangan.

Kenapa tidak mengambil peluang,
Agar kekurangan kita membuat kita sedar diri,
Agar keaiban kita membuat kita malu untuk mengumbar aib orang lain,

Kadang-kadang,
Apa yang kita takde itulah,
Yang membuat kita menghargai apa yang orang lain sia-siakan.
Kekurangan kita itulah,
Yang membuat kita mensyukuri perkara2 kecil yang orang lain abaikan.

DIA mengajar kita dengan caraNYA..
Cuma bila kita tak redha, dan tak mahu terima,
Maka kita akan rugi, belajar teros dari tarbiahNYA…

 

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on November 1, 2011, in notes | nota and tagged , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Bersangka baik, sesungguhnya C.I.N.T.A. itu terbit dari lubuk hati yang paling dalam…

  2. cinta itu indah…
    maka perindahkan lagi…
    jgn kita cemari keindahannya….

    • yea..betul Dzul. Btw, manusia yg merendahkan nilai CINTA dgn kejahilan kita. Sesungguhnya CINTA itu wujud di setiap hela nafas kita walaupon kita tidak menyedarinya. Subhanallah.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: