Lambaian Kaabah; nikmat Aidiladha

Assalamualaikum sahabat & readers…

4nov 2011; Salam Baitullah…!

 

Diam TAK diam…rasanye sekejap je dh menjelang aidiladha. Semakin menjelang aidiladha… semakin aku merindui Allah dgn segala nikmatnya. Dalam diam jgk, aku rindu kat mimie the BFFWTFLC yg kini telah berada di Mekah. Didoakan dia berada dlm keadaan sihat di sana bersama ayahanda-bondanya serta dipermudahkan Allah utk menjalani ibadah di sana.

 

Bila bercerita tentang aidiladhabanyak sejarah & peristiwa yang tersingkap dalam sorotan sejarah Islam. Malahan, wahyu supaya Nabi Ibrahim a.s menyembelih puteranya itu juga menjadi titik tolak ibadat KORBAN yg dilakukan sempena haji atau Aidiladha. Seperti juga semangat dan keimanan Nabi Ibrahim a.s, ibadat korban memberi maksud simbolik betapa manusia itu perlu mensyukuri nikmat Allah dan sanggup berkorban apa saja demi menunaikan perintah-Nya. Subhanallah.

 

Dlm kemeriahan menjelang aidiladha…yg mana slalunye kebanyakannya kita TAK sabar2 nk cuti public holiday, terpanggil utk aku berkongsi tentang peristiwa HAJI. Semoga kita dapat mengambil IKTIBAR drp peristiwa HAJI ini.

Haji merupakan satu perhimpunan dgn 1 tujuan, TAK lain adalah utk menyatakan segala kekurangan dan kekerdilan di hadapan Allah Yang Maha Besar. Setiap 1 persatu drp pelaksanaan rukun ibadat haji mampu mendidik hati-hati manusia yg telah mati, sekali gus menjadikan kita umat agung, hebat & berwibawa dlm menyelesaikan pelbagai masalah dlm kehidupan kita.

 

Ihram

Menzahirkan rasa persamaan di kalangan umat Islam dgn pemakaian pakaian ihram berwarna putih yg TAK berjahit, TAK ada yg merasakan dirinya sbg VVIP, ketua negara atau rakyat biasa, semuanya sama di depan Allah swt, seolah-olah mereka sedang berada di pdg Mahsyar menanti giliran utk dihisab segala amalan.

Ini mendidik kita akan kepentingan amalan serta bekalan utk hari akhirat & mengharapkan keampunan, rahmat serta kasih sayang Allah.

 

Talbiah (seruan haji)

“ Labbaikallahumma Laka Labbaik, Labbaikala Syarika Laka Labbaik, Innal Hamda Wan Nikmata Laka Wal Mulk, La Syarika Laka.”

Maksudnya: Aku penuhi panggilan-Mu Wahai Allah! Aku penuhi panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.

 

Ia merupakan satu seruan utk disahut oleh setiap Muslim/Muslimah yg sedang mengerjakan haji, utk menyatakan rasa takut dan mengharap segala amalan diterima di sisi-Nya, utk menyatakan bahawa TAK ada satu kerajaan pun di dunia ini yang mampu menandingi kerajaan Allah di akhirat, iaitu kerajaan yg mendaulatkan Islam dgn pelaksanaan al-Quran sbg hukum-hakam yg tertinggi dlm negara, kerana Allah adalah Raja segala kerajaan.

 

Tawaf

Tawaf merupakan tindakan pusingan mengelilingi Kaabah (rumah Allah) bersama-sama para Malaikat yg mengelilingi Rumah Allah, ia bukan hanya bermaksud mengelilinginya dengan hati, malah dengan roh, perasaan dan hati yang amat mengharapkan kasih sayang Allah, ia merupakan amalan Nabi Ibrahim a.s yg disambung oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Para Malaikat mencatat segala amalan manusia yg sedang mengelilingi Kaabah dgn rasa rendah diri, TAK kire siapa pon kita… apa yang dicatat itu akan dibaca di hadapan Allah di akhirat dengan kitab sebalah kanan, iaitu golongan ahli Syurga.

 

Sa’i

Sa’i adalah rukun haji dan merupakan satu perbuatan bagi mengingati peristiwa Siti Hajar yang berulang-alik antara Bukit Safa dan Bukit Marwah mencari air (Zam Zam) untuk dirinya sendiri dan anaknya Nabi Ismail a.s. Ketika itu dia telah ditinggalkan di situ oleh suaminya Nabi Ibrahim a.s.

Ia mengajar kita erti kesabaran hingga diberikan Allah nikmat yg TAK terhingga iaitu dgn pancutan air Zam Zam yg merupakan makanan dan minuman utama buat Nabi Ismail a.s dan ibunya bagi kelangsungan amal ibadat yang difardukan Allah ke atas setiap Muslim.

 

Wukuf di Arafah

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yg ke2 tetapi yg utama daripada rukun-rukun haji itu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Dari Abdul Rahman bin Ya’mur r.a. katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan: “Haji itu ialah “Arafah”. Barang siapa datang pada malam 10 Zulhijah, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah”

[Riwayat – Ahmad dan Ashabus Sunan]

 

Ia utk menyatakan seolah-olah manusia sedang menghadapi satu perhimunan yg getir di padang Mahsyar, menantikan amalan dihisab, terutamanya ibadat solat yang merupakan amalan pertama yang akan disoal oleh Allah SWT.

 

Lontaran 3 Jamrah

Melontar Jamrah pula berkait dengan kisah ketika Nabi Ibrahim menerima wahyu supaya menyembelih Nabi Ismail. Nabi Ibrahim mengajak Nabi Ismail ke sebuah lereng gunung di Mina dan di situ, muncul iblis yang menyamar sebagai manusia untuk menggoda Ibrahim supaya membatalkan niatnya. Nabi Ibrahim kemudian mengusir iblis itu.

 

Ia merupakan ikutan kpd amalan Nabi Ibrahim a.s. yg mengisyaratkan bahawa lontaran itu simbolik kpd lontaran Syaitan dan Iblis yg banyak mengganggu manusia dlm melaksanakan amal ibadat. Justeru, manusia perlu belajar daripadanya agar sentiasa melawan Syaitan yg berusaha menyesatkan bangsa manusia seluruhnya.

 

Penyembelihan Korban

Ia juga pengajaran pengorbanan yg dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. yg diperintahkan Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.

Ini membuktikan bahawa dlm urusan agama perlu ada pengorbanan, sama ada masa, harta, idea, tenaga dan sebagainya bagi kesinambungan Islam, tanpa berkorban utk agama, Islam TAK akan berada di puncak jaya spt yg dilakukan oleh baginda Rasulullah, para Sahabat dan tokoh-tokoh Islam.

 

Banyaknya pengajaran yg bole dijadikan panduan dlm menjalankan ibadat kita seharian. Selain drp keseronokan melakukan persiapan sempena Hari Raya Korban… jgn kita lupa utk insaf dan mengambil iktibar dgn peristiwa Haji ini.

 

Aku juga mendoakan kpd sume muslimin yg kini berada di Tanah Suci, semoga mendpt haji yg mabrur.

To all… wishing you “Selamat Hari Raya Qurban 1432H”!😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on November 4, 2011, in story | kisah and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: