Ma’al Hijrah; Salam 1433H

26nov 2011; Persefahaman Asas Perpaduan Ummah – Ma’al Hijrah 1433.

Assalamualaikum sahabat & readers. Dlm kecemburuan masa sejak kebelakangan ini, namun aku tetap mencari kelapangan utk mencoret di sini. Aku TAK mahu pentas utk aku berkongsi sesuatu dgn kengkawan ini hilang ditelan masa sibuk. Ia adalah sesuatu yg TAK patot😉

Rasulullah SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.”

[Hadis Riwayat al-Bukhari]

 

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.”

[Surah at-Taubah, 9: 36]

Pejam celik pejam celik…hari ini kita berada di penghujung tahun calendar Islam. 12 bulan berakhir dgn bulan Zulhijjah…apakah yg telah kita capai?? Tentu skali ramai yg TAK sedar dgn pencapaian yg diri kita telah kecapi melalui bulan-bulan dlm calendar Islam ini. Ermmm…itulah kelemahan kita sume (termasoklah diri sendiri… muhasabah nih). Masa berlalu begitu pantas dan kita seperti membiarkan ia berlalu.

 

Muharam menandakan bermulalah tahun baru dlm calendar Islam. Muharam ialah bulan yg mulia. Di bulan ini jgk, kita digalakkan berpuasa & meningkatkan ibadat-ibadat sunat (i.e. solat di malam hari). Inilah keindahan Islam… memulakan tahun baru dgn melaksanakan amal ibadat yg mana sejurus selepas itu kita berusaha terus melakukannya di bulan-bulan yg akan datang. Subahanallah. Usahlah aku mencoret ttg kelebihan berpuasa serta solat2 sunat malam kerana aku phm dlm kalangan kengkawan sume sudah tahu ttg fadilat amalan tersebut.

 

Disebutkan di dalam al-Quran yg bermaksud: “Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

[al-Baqarah: 218]

Hence…i wish all of muslims SALAM MAAL HIJRAH 1433. Berjuanglah kita utk berHIJRAH menjadi lebih baik daripada tahun yg lepas. Berusahalah memperbaiki diri kita dlm pelbagai aspek termasuklah ibadat, amal & ihsan. Semoga Allah melimpahi kita semua dgn rahmatnya, rezeki yg diberkati, kebaikan di dunia & akhirat serta diberikan kesihatan yg baik sepjg tahun akan datang.

“Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..”

[an-Nisaa:100]

Ingatlah… “bekerjalah kita seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, beribadatlah kita seperti kita akan mati pada esok hari”. Wa’allahualam.

 

**jangan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun yer…

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on November 26, 2011, in story | kisah and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: