2012 – A begin of new r.E.V.O.L.u.t.i.o.n!

Assalamualikum sahabat & readers😉

2jan 2012; this is my first note in 2012.😉

 

Hari ni sudah lebih 24jam  kita melalui tahun 2012. Alhamdulillah, aku pasti kehidupan dpt diteruskan oleh sume org ikot kemampuan & keizinan masing-masing.

Aku jua merasakan yg sama seperti org lain. Permulaan tahun masihi yg boleh dianggap sebagai batu loncatan utk berubah menjadi lebih baik drp tahun-tahun sebelum ni. InsyaAllah… Allah pasti akan perkenankan doa hamba-hambaNya. Yang penting jgnlah kita berputus asa dgn rahmat Allah.

 

Perubahan susah nk berubah? Hahaha…mmg TAK dpt nk nafikan, berubah menjadi lebih baik terasa berat ujiannya. Kdg2 tertanya-tanya jugak… “nape la susah sgt aku nk berubah?”, “Napelah xde org nk sokong aku bila aku nk berubah?”, “Apa org akan ckp bila aku berubah nnt??“… Sume perkara itulah yg akan menyekat kebebasan kita utk berubah menjadi lebih baik. Tapi sebenarnya baru aku sedar… kita terlupa, perubahan itu kerana adanya HIDAYAH drp Allah. Perlukah kita menerima hidayah itu umpama segulung ijazah (graduate time~!) or dlm bentuk bungkusan yg dibaluti oleh wrapping paper yg comel?? Tentu skali TAK bagi Allah. Dia maha pemurah, akan memberi hidayahNya kepada sesiapa yg dikehendakiNya. Biarlah aku (& kamu jugak) menjadi orang2 yg dikehendaki Allah itu. Utk mendapat rahmat Allah, utk menuju syurga Allah. Itulah matlamat hidup kita sbg muslim di dunia ini... (aik…mcm kasi tazkirah plak…hikhikhik). Ini utk igtkan diri sendiri & utk anda jugak~!!

 

Sedar TAK sedar, kita melalui kehidupan dgn mencari kesempurnaan & kebahagiaan. Dunia kita ketika lahir bagai sebidang kain yg kosong… belum dilukis, dicorak dan diwarnakan. Usia kita makin meningkat dari sehari ke sehari lalu memberi warna pd kain lukisan itu.

Kini… masa silih berganti. Tentulah, setiap kali langkah lukisan kehidupan kita disentak oleh dugaan dan cabaran. Itu perkara biasa. Diri-diri yg mengenali hakikat ini akn mampu tersenyum apabila dugaan itu tiba. Ingatlah, dunia ini cukup luas untuk kita hidup, kesempurnaan dan kebahagiaan seharusnya boleh dicapai.

“No one perfect” TAK seperti dijangkakan. Ia seharusnya boleh dicari dan boleh dikecapi. Semoga kita sume dpt memperbaiki kehidupan kita menjadi lebih baik setiap hari. Kalau hati kita sebesar kolam, masalah TAK akan mengganggu kita.

 

Masa berlalu TAK menunggu kita. Berusahalah… menjadi seorang hamba Allah S.W.T yg sempurna, menjadi seorang rakan yg berpesan-pesan ke arah kebaikan dan menjadi seorang anak yg menyempurnakan kehidupan ibu bapa dgn kebahagiaan serta berkasih sayang.

If your someday was yesterday, learn…

If your someday is tomorrow, hope…

If your someday is today, cherish~! 😎

Selamat menghadapi cabaran baru menuju kejayaan yg diredhai Allah. Wa’allahualam.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on January 2, 2012, in notes | nota and tagged . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Betul tu, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk berubah. =)

    Jemput: http://relicseekerx.blogspot.com/

    • Wan…kita jgn takot utk berubah. TAK rugi kalo kita sentiasa bersedia utk berubah. Ingatlah perubahan itu adalah hidayah Allah. Rugi la bg sapa2 yg takot utk berubah. Wa’allahualam.
      😎

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: