Kursus Jenazah; ilmu bermanfaat

Assalamualaikum sahabat & readers😉

 

26feb 2012; it’s weekend!!!

Alhamdulillah... kali nih aku manfaatkan masa hujung minggu menghadiri majlis ilmu. Walaupon kecederaan kaki masih blom pulih sepenuhnya, tapi itu tak melunturkan semangat aku utk meluangkan kelapangan dgn aktiviti yg berfaedah.

 

 

Kursus Jenazah… anjuran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah a.k.a Masjid Negeri Selangor. Program sehari bermula jam 9 pagi hingga 4 petang dimulakan dgn kuliah pemahaman & seterusnya disusuli dgn pengisian praktikal. Kursus dimulakan dgn muqaddimah “Pengurusan Jenazah & Permasalahannya” oleh YBhg Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (Pakar Rujuk Mufti bg Neg. Selangor, Terengganu & Johor). Ringkas & berinformasi. Aku tak pasti bagi yg baru belajar, namun bg yg dah ada serba sedikit ilmu pengetahuan, ia amat padat & berkesan.

 

Pengurusan jenazah… inilah penghormatan terakhir kita kpd “si mati”. “Dia” bole drp kalangan orang2 yg kita “sangat” sayang ataupon dlm kalangan komuniti masyarakat sekeliling kita. Selain itu, berkenaan dgn kematian… sunat bagi setiap orang utk selalu mengingati mati. Sunat bersedia utk mati dgn bertaubat serta berterusan taat kpd Allah s.w.t. tak kira apapon umur kita. Ingatlah kematian kita hanya dlm pengetahuan Allah s.w.t.

 

“Manusia yang paling banyak mengingati kematian dan paling banyak menyiapkan diri untuk menghadapi kematian, mereka inilah manusia yang paling cerdik. Mereka pergi dengan kemuliaan dunia dan kemuliaan akhirat”

[Riwayat Ibn Majah, 4259]

 

1) Memandikan mayat – menghilangkan najis dan kemudian meratakan air ke seluruh badannya.

Cara yg paling sempurna mengikut sunnah, kami belajar secara praktikal. Aku mmg hendak kongsikan dgn semua, namun takut aku tersilap perkataan hingga boleh mengakibatkan salah faham. Aku ingin kongsikan di sini bahawa pemandi mayat hendaklah bersifat AMANAH. Buddies… sifat amanah itu ialah sifat terpuji Rasulullah s.a.w.

 

2) Mengkafankan jenazah – membalut seluruh tubuh mayat dgn sehelai kain; menurut pendapat yg lebih sahih, kafan yg wajib ialah sehelai kain yg menutup aurat.

Cara yg lebih sempurna bagi menyediakan kain kafan dan seterusnya mengkafan mayat, kami lakukan secara praktikal. Bagi mayat lelaki dikafankan dgn 3 helai kain putih, bagi mayat wanita sunat dikafankan dgn 5 helai kain putih. Details dan byk hadis yg menyatakan tentang perkara mengkafankan jenazah ini. Harap kawan2 berusaha utk membuat rujukan tambahan.

 

3) Solat jenazah – dilakukan selepas mayat dimandikan. Solat ini dilakukan dgn 4 takbir  dan kemudian salam. Solat jenazah hanya dgn berdiri tanpa rukuk, sujud & duduk.

Cara yg lebih sempurna, aku harap agar kawan2 dpt membuat rujukan yg lebih sempurna.

 

4) Mengebumikan mayat – mengebumikan mayat di dlm lubang yg tak boleh keluar baunya dan tak boleh dibongkar binatang buas, dan mayat dlm keadaan menghadap kiblat.

Cara yg lebih sempurna, bersamalah kita berusaha membuat rujukan lain yg lebih sempurna.

 

Kami juga belajar pelbagai hukum yg melibatkan pengurusan jenazah & permasalahannya. Ini termasuklah hukum meletakkan nisan di kubur, hukum mengiringi jenazah bg lelaki & perempuan, keguguran kandungan etc. Banyak ilmu tambahan yg diperolehi.

 

Sahabat sekalian…ingatlah pengurusan jenazah ini adalah fardhu kifayah atas kesemua orang Islam di tempat kematian. Jika tak ada seorang pon di kalangan mereka yg melaksanakan tugas ini, maka berdosalah semuanya. Nahuzubillahiminzalik. Janganlah kita berada dlm golongan berdosa itu kerana kelalaian kita dlm menuntut ilmu.

 

Malah dlm kursus kali ini, aku berbangga kerana ramai golongan muda yg turut serta. Semoga kita semua tergolong dlm golongan yg diberikan kefahaman dlm agama dgn lebih mendalam. Amin.

 

Terima kasih Allah🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

 

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on February 27, 2012, in event | peristiwa, story | kisah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: