Bersama Ustaz Don…caya tak?

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

29feb 2012; Ustaz Don in d’house!

Wassup?? Rentetan sambutan Maulidur Rasul 1433H yg lalu, HR company aku buat 1 program ceramah dgn menjemput Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Aku pon masa tgk poster kat sekeliling bangunan ofis nih mcm tak caya je!

 

 
Ok…back to the story, aku cuma nk berkongsi intipati ceramah dgn tajuk “Rasulullah s.a.w model sepanjang zaman”.

 

Intro dgn selawat ke ats Rasulullah s.a.w menjadi mukadimmah terbaik oleh Ustaz Don. Tertarik utk aku kongsikan…

“Awat yg dok memuji Nabi s.a.w. muka dok sedih?! Tuh dia…pakat dok terharu la…” ujar Ustaz Don sinis.

Begitulah realitinya kita. Bila berselawat ke ats Nabi s.a.w., kita sedar mahu memuji Rasulullah s.a.w. tapi kita berselawat dgn muka yg serius dan jarang benar tersenyum. Cuba kalau kita memuji orang?? hamboi..bukan main senyumnya smpai ke telinga. Aish..kena betulkan nih.

 

Bermula lah sesi berkongsi ilmu..Ustaz pandai mencuri tumpuan khalayak dgn menceritakan tentang keistimewaan seorang utusan Allah s.w.t. bernama Muhammad s.a.w.

Firman Allah dlm Surah al-Anbiya’ ayat 107: “….dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. “

Kita sedar (atau kita tak sedar)… kelahiran baginda Rasulullah s.a.w membawa rahmat utk sekalian alam. Seperti kata ustaz, rahmat utk sekalian alam termasuklah kpd manusia, binatang dan tumbuhan. Kelahiran kekasih Allah ini bagaikan cahaya yg menyinari segenap alam. Rasulullah s.a.w. menjadi contoh kpd kita sehinggakan sekecil-kecil perkara disampaikan oleh baginda kepada kita.

 

Memetik kata ustaz…sekecil-kecil perkara itu termasuklah cara utk berkasih sayang sesama manusia. Greeting!!! ;)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak akan masuk syurga engkau semua sehingga engkau semua beriman dan tidak akan dinamakan beriman engkau semua sehingga engkau semua saling mencintai. Mahukah engkau semua jika aku tunjukkan kepada engkau yang jika engkau semua lakukannya nescaya engkau akan saling cinta mencintai? Iaitu sebarkanlah ucapan salam sesama kamu!”

[Riwayat Muslim]

Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a. berkata, Seorang bertanya kepada Nabi s.a.w, “Apakah yang terbaik dalam Islam?” Jawab Nabi s.a.w., “Memberi makanan dan memberi salam terhadap orang yang kau kenal atau tidak kenal”

[Hadis Riwayat Bukhari, Muslim]

  

Rasulullah s.a.w juga lahir membawa rahmat akhlak sepertimana ungkapan baginda: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”  

 

Baginda diutuskan untuk membentuk manusia. Daripada berakhlak binatang kepada akhlak manusia. Daripada akhlak Jahiliah kepada akhlak Islam. Oh, apakah yg lebih bererti bagi seorang manusia daripada menjadi seorang manusia itu sendiri? Pengutusan baginda merupakan rahmat yg menaikkan taraf manusia menjadi manusia yg sempurna yg berakhlak degn akhlak-akhlak Islam. MasyaAllah.

Sahabatku… teringat aku satu tazkirah tentang kasih sayang Rasulullah s.a.w. kpd kita semua;

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w menangis maka para sahabat baginda bertanya, “Apa yang membuat engkau menangis wahai Rasulullah?” Maka jawab baginda, “Aku sangat rindu kepada ikhwanku.” Maka sahabat pun berkata, “Bukankah kami ini ikhwanmu wahai Rasulullah?” Jawab baginda, “Tidak, kalian ialah sahabatku. Manakala ikhwanku ialah segolongan manusia yang hidup selepasku, mereka mengimaniku padahal mereka tidak pernah melihat aku.”  [Hadith Riwayat Muslim]

 

 

Kengkawan sume, marilah kita semua bersama-sama mengukuhkan keimanan kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Moga-moga kita tergolong dlm golongan yg menjadi ikhwan Rasulullah s.a.w ini. Ingatlah, kalau kita rindu Rasulullah, Rasulullah rindu kita.

..amek berkat bersalam (bagi lelaki) & bergambar (bagi wanita) dgn ustaz

.

“Sebesar rahmat seorang anak diketemukan dengan ibunya, besar lagi rahmat seorang hamba dan makhluk diketemukan dengan Penciptanya.” Subhanallah.

8-)

…bila aku rajin menulis (“,)

About these ads

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on March 3, 2012, in event | peristiwa, story | kisah and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 9 Comments.

  1. Ustaz Don…he’s look rawk. Sempoi la ;)

    • aah…sempoi btol. Masa Ustaz baru smpai, aku pon smpai x kenal. Yg penting penampilannya sederhana & matlamat utk berkongsi ilmu berjalan dgn lancar. Ala-ala Amy search skali aku tgk…phewwwitttt! ;)

  2. boleh tahu cara nak hubungi ustaz don utk jemput dia ceramah?

  3. as salam. camana saya nk hubungi ust don:kami d uum nk jmput dia

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 802 other followers

%d bloggers like this: