Konvensyen Bidadari Dunia 2012

Bidadari dunia itu adalah ‘Bidadari Impian’ yang punya ‘Cahaya Kemanisan Iman’ yang bersinar indah. Bidadari dunia itu bukan sahaja diangkat sebagai ‘Wanita Penyejuk Jiwa’ idaman para Mujahideen Islam malahan bidadari dunia itu adalah seorang ‘Wanita Berkarisma’ yang tidak gentar untuk menghadapi isu ‘Wanita vs Kerjaya.’ Mereka itu adalah bidadari dunia yang setia menyoal diri akan persoalan ‘Fesyen : Yes or No?’ setiap kali mereka menyarung pakaian takwa ke tubuh mereka kerana mereka tahu apa yg ‘Bahagia dan Membahagiakan’ adalah redha Tuhan, bukan redha insan mahupun redha sang syaitan. ‘Setulus Kasih Ibu’ , setulus itu jugalah qalbu seorang bidadari dunia. ‘Sesucinya Mawar Putih’ , sesuci itu jualah niat mereka membesarkan mujahid dan mujahidah yang bakal lahir daripada madrasah tarbiyah mereka. Bidadari dunia itu adalah bakal bidadari akhirah yang sedar bahawa ‘Solehah itu Indah’ , bahawa tanggungjawab ‘Wanita dan Dakwah’ tiada boleh berpisah kerana apa yang diidam serikandi Islam ini bukanlah dunia dan seisinya yang sekecil cuma tetapi sesuatu yang bisa membawa mereka ke ‘Titian Syurga’-Nya.

[iluvislam.com]

 

24-25mac 2012; Wanita seindah hiasan.

 

Alhamdulillah..! Besarnya rahmat Allah yg memudahkan perhimpunan kami sepanjang hujung minggu lalu di PICC. Konvensyen Bidadari Dunia 2012 anjuran iluvislam.com.my ini merupakan program yg julung kali diadakan di Malaysia. Tambahan pula, program berskala mega ini diterajui oleh gen-Y… salute la!

 

wah... meriahnye bila bidadari berhimpun, alhamdulillah

 

Terima kasih Allah.

 

Keseronokannya masih berbahang di minda aku. Dikala aku mencoret ini (dok menaip bait-bait perkataan)… banyak intipati konvensyen yg membuah2 di minda. MasyaAllah, sukar utk aku luahkan “in a word” betapa besarnya nikmat dpt menempatkan diri dlm majlis ilmu begini. Alhamdulillah.

 

“Mcmne aku boleh join program begini?” soalnya hati😉

Actually ini bukan utk tanya kat diri sendiri. Tp utk menjwb persoalan org2 sekeliling aku… (bila join program beginilah org tanya. Kalo g konsert org tak tanya pon, hehehe)


What I can share…1st thing in my mind was the opportunity. This was an opportunity to be an excellent! Aku mahu jadi BIJAKSANA… bijak di sana nanti (akhirat). Walaupon aku berfikir-fikir, bercongak-congak… Allah dekatkan aku dgn jalan menuju ke platform ini. Alhamdulillah… nikmat ini besar rasanya. Terima kasih ya Rabbi.

Biarpon sakit kaki aku belom pulih sepenuhnya…keazaman utk menyertai konvensyen ini tak pernah terbatas. Jauh sekali melemahkan semangat aku utk mengisi masa dgn menggapai peluang yg Allah datangkan ini. Allah telah permudahkan perjalanan aku dgn izinNya. And.. guess what?? I’m driving hokey😉 After 2 months in rest mood…it felt so fresh!!! Kesakitan ini rasa terbenam dek semangat utk berkonvensyen. Aura ilmu lebih hebat hinggakan menjadi penawar kpd segala rasa kesakitan. Seronok..!😀

 

Back to the story…hehehe

Spt yg aku jangkakan, walaupon diganggu oleh kelemahan yg boleh diperbaiki (di masa akn dtg la)… pengisiannya PADAT & berMANFAAT. Ilmu, tips and pengalaman yg dikongsikan oleh BIDADARI dunia yg senior/veteran tak terbanding nilainya. Dlm ketawa yg mengiringi celoteh penyampaian & usikan nakal panel, mesej yg disampaikan tetap jelas & konsisten. Ia adalah utk ummah wanita… utk kita menjadi du’at yg membantu berjihad ke jalan Allah.

 

JOM aku kongsikan sedikit resepi konvensyen utk kita manfaatkan bersama. Sisters BIDADARI… wanita muslimah semua, kita adalah wanita hebat dengan…

 

1) Beriman; menjaga hubungan kita dgn Allah.

BIla kita menjaga hbgn kita dgn Allah, maka berpeganglah kita kpd al-Quran & as-Sunnah. Kita mentaati semua perintah Allah & menjauhi segala laranganNya. Dan dgn berpegang kpd al-Quran, maka kita akan menjaga pandangan kita, aurat, akhlak dan menjauhi ikhtilat.

2) Berilmu; tekun menuntut ilmu.

Hah…Muslimah kini haruslah bergerak mencari Bidadari Impian terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah s.a.w. Sebagai insan biasa kita tak mungkin dpt menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah s.w.t, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.

3) Bijaksana; Solehah itu indah… impian menjadi bidadari syurga.

Ingat firman Allah dalam Surah An-Nur [24:31]

“Katakanlah kepada wanita yang beriman :”Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke DADAnya dan janganlah menampakkan perhiasannya”

 

Ada banyak yg aku ingin sama-sama kongsikan dgn semua… tips utk menjadi wanita penyejuk jiwa, tabiat wanita berjaya, bahagia & membahagiakan, fesyen?…oh sungguh tak terhitung ilmu yg ditimba spjg konvensyen ini. Namun banyak lagi yg aku (&kamu jugak) kena belajar. Ilmu Allah ini luas… subhanallah. InsyaAllah aku akan kongsikan tips2 ini dlm coretan yg lain. Semoga aku tak dilupakan.🙂

 

Bukan setakat ilmu..aku juga dpt bertemu ramai ukhti. Paling indah adalah dpt solat fardhu berjemaah dgn semua sahabat-sahabat konvensyen. Seronok sgt jemaah ramai2 dgn smua sister’s, almost semua ruang dipenuhi utk solat, smpai ke kaki lima pon solat, subhanallah.. Inilah nikmat ketenangan yg indah bila dpt duduk dlm majlis ilmu begini. Best!

 

All above… konvensyen was really beneficial  and I really enjoyed it so much. TQ to team  iluvislam. Semoga usaha kalian semua akan mendapat rahmat drp Allah. Di masa akan datang, pastinya aku akn join program2 imu begini lagi, insyaAllah.

 

Puas! ALHAMDULILLAH.

Seronok bersama BIDADARI dunia di taman syurga ini!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on March 26, 2012, in event | peristiwa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: