J.O.D.O.H; siapakah dia?

Ketika aku remaja
Sesaat selepas mendengar kisah Adam dan Hawa
Terbit satu pertanyaan dalam diri ku
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

 

Bagaimana rupanya,
Tinggi atau rendah,
Kurus atau gempal,
Cerah atau gelap,
Tampan atau jelek.

Puas aku membayangkan,
Impikan jejaka rupawan,
Persis seorang pahlawan.

 

Ketika aku menganjak dewasa
Dikala sedang menuntut di menara
Timbul semula persoalan itu,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

 

Bagaimana hartanya,
Motor atau kereta,
3310 atau Iphone,
Selipar atau Adidas,
Miskin atau kaya,
Puas aku mencari
Impikan lelaki hartawan
Persis seorang jutawan.

 

Ketika aku akhirnya dewasa
Dikala sedang berusaha berkerja
Bertanyaku sekian kali,
Aku ini tulang rusuk kiri siapa?

 
Bagaimana akhlaknya,
Malas atau rajin,
Baran atau sabar,
Dungu atau pintar,
Jahat atau baik,
Puas aku berdoa
Impikan lelaki budiman,
Persis seorang beriman.

 

Ku tanya lagi pada diri,
Aku ingin jadi tulang rusuk kiri siapa,

Pentingkah rupa?
Cukuplah yang sedap di mata,
Pentingkah harta?
Cukuplah yang mampu menyara,
Pentingkah iman?
Terdiam aku seketika.

 

Kerana diriku melihat diri sendri,
bagai tak layak untuk disunting oleh pencinta Ilahi,
Diriku lemah sekali,
Penuh dosa dan layak dicaci,
Bagaimana kalu pemilik tulang rusuk ini ketahui,
Bertapa hinanya si rusuk kiri
Pasti dia menyesal sekali

 

Lalu ku tanamkan azam,
Tuhan masih memberiku peluang
Akan ku berusaha membaiki diri,
Bagi melayakkan diri pada yang terbaik.
Semoga pemilik tulang rusuk kiri,
Akan bahagia bersamaku di dunia dan di akhirat nanti.

[Karya: Aku Ini Tulang Rusuk Kiri Siapa? oleh Naziha Khorlid]

 

Assalamualaikum sahabat & readers~!

6apr 2012; Salam Jumaat yg indah.

Dikala kelapangan waktu rehat kat ofis hrni, aku hanya ingin merehatkan fikiran. Kesibukan mula mencelah dlm hari-hari aku, schedule tugasan jgk sudah penoh hingga hampir 3 months. “Ya Allah, berikan aku kekuatan utk menjlnkan amanah-Mu ini dlm kerjayaku. Aku takot aku menjadi lemah di pertengahan jalan. Semoga Allah sentiasa bersamaku. Amin.”

 

And… I found this sweet poem in iluvislam webs. Very beautiful words. Just aku shared utk kengkawan yg blom pernah membacanya.

Aku? Persediaan kita sbg muslimah, hendaklah kita berusaha memperbaiki diri semoga dipertemukan dgn seorg  imam yg mendayung kita ke syurga Allah. Doaku semoga aku (& kamu jugak) dpt meraih cinta Allah s.w.t. yg Teragung & menemui cinta Rasulullah s.a.w yg Terindah dalam kita mencari cinta utk menuju syurga Ilahi. Aku percaya Allah menjanjikan yang terbaik utk aku (& kamu jugak) di dunia & di akhirat. Amin.

 
Jodoh itu rahsia Allah. Wa’allahualam.🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on April 6, 2012, in story | kisah and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: