Kursus Bahagia dengan Solat

Assalamualaikum sahabat & readers!

Fuh… memang agak lama aku tak update blog. Bukan sengaja, tapi peluang utk mengomel lama-lama tak ada. Namun itu bukan alasan utk aku membisu dgn cerita-cerita aku. Apa cerita aku kali nih??!😉

 

Flashhhhhh back to >>>> ….

7apr 2012; Bahagia aku dengan bersolat!

 

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya. Baginda s.a.w mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda: “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”.

[Riwayat Ahmad dengan sanad yang hasan].

 

Sahabat… brothers and sisters!

Hari nih aku terpanggil utk berkongsi tentang majlis ilmu yg aku sempat luangkan masa pd hujung minggu lepas. Kursus Bahagia dengan Solat. Alhamdulillah… program ini biarpon berlangsung dgn penyertaan yg kecil, tp manfaatnya amat lumayan. Kursus ini berkonsep praktikal disamping kita mencari kunci kekusyukan dlm menunaikan solat.

seronok dengar celoteh pak Setiyo Purwanto😉

Selesai je program sehari ini… baru timbul kesedaran betapa solat yg didirikan terlalu rendah kualitinya. Bagaimana solat berkenaan diterima Allah…? Umur dah lanjut mcmni pon solat masih di peringkat mediocre, itupon kalau boleh dikategorikan begitu… astarifullallah’azim. Alhamdulillah, peluang yg Allah beri utk aku singgah di taman syurga ini terasa impaknya. Jom aku kongsikan tips hasil drp program kursus ini.

 

Sebelum berniat utk solat… 2 perkara yg elok dilakukan sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat,

1) Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dalam diri kita. Kenangkan kembali dosa-dosa kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah-olah tak layak untuk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, muhasabah dan menyesal la.

2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepada-Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba-hambanya yg hina ini lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya.

 

Fasa ini boleh dikatakan sbg menyediakan diri sebelum menghadap Allah yang maha Esa.

Ketika kita dlm rukun solat… THOMAKNINAH. Inilah perkara yg kita sering lupa dlm solat.

Rasulullah s.a.w. melarang solat yg dikerjakan seperti burung yg mematuk makanan iaitu pantas berdiri dan sujud dlm waktu yg singkat.

 

Dalam hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud, “Allah s.a.w. tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara rukuk dan sujud.”

[Riwayat Thabrani]

 

Apakah thomakninah?? Ia bermaksud berhenti sekejap. Dlm rukun solat jgk ada menyatakan dlm setiap rukuk, iktidal, sujud… semuanya disertai dgn thomakninah.

 

Bagaimanakah caranya thomakninah nih?? Dlu yg kita tahu… diam sekejap sebelum melakukan pergerakan rukun seterusnya, tak gtu? Namun setiap perkara itu ada metodologinya… contoh yg aku bole shared kt cni ketika RUKUK, lepas pergerakan tunduk berhenti 3 saat, diikuti bacaan pujian dlm rukuk & diam 3 saat lg sblm bangun utk iktidal. Cara thomakninah dlm iktidal, sujud, duduk di antara 2 sujud hingga salam secara tertib ada jgk dikongsikan. Namun rasa sukar plak utk aku coretkan. Takot nnt maksud yg cuba disampaikan berlainan plak.

 

Apapon, kita kena sentiasa kuncikan dlm hati kita bahawa solat ini bukan senaman fizikal semata-mata, tapi hati kita pon turut sama bersolat. Utk letakkan focus pd solat & buang jauh-jauh sume perkara2 ttg dunia memang bukan mudah. Tapi kita kena berusaha. Setiap perkara ada caranya. InsyaAllah… Rasa kusyuk itu adlh milik Allah. Dan bg org2 yg kusyuk maka berbahagialah dia. Semoga Allah memberi rasa kusyuk kpd aku (& kamu jugak) agar dpt kita bahagia di dunia & di akhirat. Amin.

 

Sahabat… saudaraku sumenye, pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah SOLAT kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Wa’allahualam.

 

Abu Hurairah menceritakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. masuk masjid, lalu ada seorang lelaki datang ke masjid, kemudian dia bersolat. Setelah itu dia datang memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menjawab salamnya dan bersabda: “Solatlah semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat”. Lalu lelaki itu pun pergi bersolat sebagaimana yang dia lakukan tadi. Kemudian dia datang berjumpa Nabi s.a.w. dan memberi salam. Rasulullah menjawab salam dan bersabda: “Solatlah semula, kerana sesungguhnya kamu belum bersolat”. Lalu dia lakukan sehingga tiga kali. Akhirnya lelaki itu berkata: “Demi Allah, hanya ini yang paling baik yang mampu aku lakukan. Ajarkanlah daku.”  Baginda bersabda:

“Bila kamu bangun untuk bersolat, maka sempurnakanlah wudhuk, kemudian hadapkanlah kiblat, kemudian kamu bertakbirlah. Bacalah apa sahaja yang kamu ingat daripada al-Qur’an (Surah al-Fatihah), kemudian rukuklah sehingga tenang (thomakninah) dalam keadaan rukuk, kemudian bangunlah iktidal sehingga tenang berdiri (iktidal), kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah (untuk duduk) sehingga tenang duduk, kemudian sujudlah sehingga tenang bersujud, kemudian bangunlah berdiri. Dan lakukanlah semua ini dalam setiap (rakaat) solatmu”.

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim].

 

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on April 13, 2012, in event | peristiwa, story | kisah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: