Monthly Archives: June 2012

EURO 2012; still fever?

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

19june 2012; perang bola lagi!!!

Wah…lama gtu aku tak updet blog. Bukan aku tak mahu, tapi keutamaan lain perlu utk diri sendiri. Apa nak share kat cni?? Ada banyak cte, tapi blom ada mood nak mencoret2 lg. Maklumlah dalam kepala skrg nih sibok dgn definitions of hot work, internal water treatment, annealing, tempering, eddy current, strain, stress bla…bla…bla… erkkk, tau ke per benda terms yg aku sebot td tuh? takpe lah… 🙂

 

Nah…tengoklah hebatnya Karen (fb: Norain Ennaeem a.k.a KK) & Ain (fb: Nurul’Ain Baharudin a.k.a cik NAB) serta konco-konco mereka i.e. Ina Lahm (NS), Yang (YHS), El (ENI) dll yg menyampok itu ini menyerang aku atas kekalahan terok team Oranje. 😛  Walaupon aku berada di zone quarantine (jauh kat Salvador, state of Brazil…berangan jauh la drp M’sia & tak de broadband celcom coverage)…tapi dorang teros meledak bom-bom atom mereka kat dinding muka buku (a.k.a fb’s wall) aku. Cett…

 

Walaupon aku dah mention kat wall post yg aku “Quarantine smpai nextweek”, dorang tetap jgk tembak aku bertubi-tubi. Cett takde belas ihsan langsung, takpe…. *erkkk*

.

Bila Holland tumpas 1-2 di kaki Christiano Ronaldo a.k.a Portugal, memang aku kena bungkos la dgn Karen & Ain… adoyaiiii *erk*

Walau apapon…aku masih blom kalah lagi. :mrgreen:

 

So…pray for SPAIN!!! Go RED, go SPAIN 😆

…bila aku rajin menulis (“,)

Kisah Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Ketika Tangan dan Kaki Berkata

Akan datang hari
Mulut dikunci
Kata tak ada lagi

Akan tiba masa
Tak ada suara
Dari mulut kita

Berkata tangan kita
Tentang apa yang dilakukannya
Berkata kaki kita
Kemana saja dia melangkahnya

Tidak tahu kita
Bila harinya
Tanggung jawab, tiba

Rabbana
Tangan kami
Kaki kami
Mulut kami
Mata hati kami
Luruskanlah
Kukuhkanlah
Di jalan cahaya
Sempurna

Mohon karunia
Kepada kami
HambaMu
Yang hina

 

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

12june 2012; masih demam EURO 2012? 😆

Cerita hangat masih tentang football EURO yg sdg berlangsung skrg. Tapi kehangatannya pada aku tak mcm World Cup fever. Dan…aku tetap menjadi diri aku sendiri.

Lama rasanya aku tak mencoret tentang kerohanian. Takot juga bila jiwa rohani ini semakin merundum ke belakang. Yang sebenarnya eloklah kita membawa jiwa rohani ini seiringin dgn jasmani kita agar setiap langkah yg kita aturkan tak akan tersasar drpd landasannya.

 

Bila aku bermuhasabah diri, membelek2 nota dan rujukan ttg ilmu jiwa ini… aku terjumpa lirik lagu di atas nih. Di saat aku mencoret ini, adalah ketika aku terimbas kenangan mendengar kak Nora menyanyikannya secara live di Konvensyen Bidadari Dunia pd 25 March 2012 yg lalu. Subahanallah. Bukan kelunakkan suara kak Nora yg menerjah ke telinga aku, tapi lirik lagu yg dilontarkan oleh lidahnya benar-benar menusuk jiwa raga aku. Kekuatan spiritual di setiap liriknya benar-benar meluluhkan perasaan aku di kala pertama kali mendengarnya.

 

And guess what?! Aku tentu skali tak akan berhenti di waktu itu. Memang dah aku mcm tu…so, I work hard to find the song. 1stly aku ingat nih lagu terbaru kak Nora (maklumlah kata album baru “the voice of ummi” nk dipasarkan)…tapi rupa-rupanya aku silap.

Lagu Ketika Tangan dan Kaki Berkata ini adalah lagu lama. Dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia. Aku sendiri pon tak kenal. Wah…aku kagum dgn penulisan liriknya yg bersahaja. Penghayatan penulis lirik ini terhadap Pengadilan Hari Akhirat sungguh sensitif dan extraordinary. Aku tak sangka sedemikian mendalam penghayatannya terhadap makna pengadilan di hari kiamat kelak hanya dengan sebaris ayat dalam surah Yaasin. MasyaAllah.

 

“Lirik yang dibuat Taufiq Ismail adalah satu-satunya lirik dahsyat sepanjang karier, yang menggetarkan sekujur tubuh saya. Ada kekuatan misteri yang tersimpan dalam lirik itu. Liriknya benar-benar mencekam dan menggetarkan.”

[Kata-kata Penyanyi Chrisye dalam Sebuah Memoar Musikal 2007 oleh Alberthiene Endah]

“Saya mendapatkan ilham lirik itu dari Surat Yasin ayat 65…” [Taufiq Ismail, Penulis Lirik]

 

Aku? Sesungguhnya kita semua sedar setiap amalan yg kita lakukan di dunia ini akan dihisab di akhirat nnt. Allah melihat akan setiap perbuatan kita dan Allah maha Mengetahui tiap-tiap yang nyata dan tersembunyi.

 

“Ketahuilah! Sesungguhnya Allah jualah yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada padanya (wahai umat manusia) dan pada hari umat manusia itu kembali kepadaNya, maka Dia akan menerangkan kepada mereka segala yang mereka kerjakan, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.”

[Nur:64]

Aku mengingatkan diri aku (& kamu jugak), kita mestilah menjaga akhlak, tingkah laku dan perkataan kita. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yg sentiasa mendapat keampunan & hidayah Allah.

😎

…bila aku rajin menulis (“,)

.seLf.styLe; Cekodok Roti

Assalamualaikum sahabat & readers~! 🙂

 

9june 2012; yummy… “sedapnye cekodok aku masak nih” 😆

Hari nih pagi2 dah bangon, teros fikir lebih baik aku masak cekodok roti la sbb roti yg ada nih expired sudah 4 days (…kot). wallaaweh… menjadi gaks cekodok roti aku. Bukan shj menyelerakan dan baunya harum (cett..perasan la sket kan), tp rangop dan sedap pon. Cukop sume rasa – pedas, manis, masin secukop rasa. Alhamdulillah.

 

Actually, dah lama gler aku tak masak cekodok ala-ala bodo2 gni. Dlu masa dok sendiri membujang (kat mill/estate dlu..), mmg masak cekodok jelah bila tak tau nak makan apa. Today, sbb aku dok dgn abah & my bro je… so kenalah tunjukkan bakat terpendam kan. Hikhikhik… betullah kata-kata, “perempuan yg mengurus kerja-kerja di rumah”. And all manageable for me!  😉

 

Mudah je…

Resepi?! just tepong gandum, roti (rendam dlu dlm air utk lembutkan), ikan bilis, bawang besar (utk rasa manis bawang), telur dan sedikit blended chili (utk rasa pedas..). Masakan aku mmg kena ada rasa pedas sket, baru la uhmmppp (cili padi takde stock, kalo tak aku letak hirisan cili padi hokey) :mrgreen:

 

yummy… my home-made CEKODOK Roti.

All above, rindunye kat mama & my sis *wink*

Semoga mereka serombongan selamat menjalani ibadah umrah di Tanah Suci. Allah sentiasa bersama kita semua. Terima kasih Allah.

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: