Monthly Archives: July 2012

Selami Ramadan; …orang Berpuasa, orang Istimewa

Assalamualaikum sahabat & readers~!

26july 2012; Salam 7 Ramadan 1433H 🙂

Alhamdulillah, hari ni sudah 6 hari kita berpuasa. Penat berlapar di siang hari tak terasa kerana semakin hari makin seronok rsnya menempuhi bulan Ramadan. Korang sume mcmne?? Ermmm…

Sedarkah kita…orang berpuasa adalah orang yg istimewa?
Ketahuilah bahawa puasa yg sedang kita jalani ini merupakan jalan singkat utk mendapat rahmat, pahala dan keberkatan dari Allah. Orang-orang yg berpuasa merupakan golongan yg terpilih, special dan mempunyai keistimewaan pd hari qiamat.

Sahal bin Sa’ad berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”. Akan diseru pd hari qiamat, “Mana orang yg berpuasa?”. Lalu bila orang yg terakhir dari mereka telah masuk, maka pintu itupun ditutup”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Puasa ini juga bakal menjadi pembela dan pemberi syafaat kepada kita. MasyaAllah.

Menurut Abdulah bin Umar r.a, Nabi s.a.w bersabda,
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat.

Berkata puasa, “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”.

Dan berkata pula al-Quran, “Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafaat padaku mengenai itu”.

Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.

[Hadis riwayat Ahmad]

Orang yg berpuasa akan bergembira apabila bertemu dgn Tuhannya nanti.

 

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda,
“Dan orang yg berpuasa itu beroleh dua kegembiraan yg menyenangkan hati, di kala berbuka, ia akan bergembira dgn berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya nanti, ia akan gembira kerana puasanya”

[Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i]

 
Subhanallah. Begitu besar nikmat Allah pd kita semua… bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa, tapi ganjaranNya jgk berganda-ganda. Inilah status atau kedudukan orang-orang yg berpuasa. Memang dlm mengerjakan puasa itu ada kesukaran, keletihan dan kesusahan. Memang puasa memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Tetapi yakinlah dengan janji Allah melalui lisan Nabi-Nya ini. Puasa bakal memohon syafaat bagi kita. Kita mempunyai keistimewaan dgn pintu khas utk masuk ke syurga. Dan kita akan bergembira bukan sahaja ketika berbuka tetapi juga apabila kita bertemu dengan Allah nanti. Inilah kegembiraan yg hakiki.

Semoga Allah menggabungkan kita ke dalam orang-orang istimewa dan memperoleh syafaat dari puasa yg kita kerjakan. Amin.

INGAT… orang berPUASA, orang ISTIMEWA :mrgreen:

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

Selami Ramadan; …JOM berlumba meraih pahala

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

22july 2012; Salam 3 Ramadan 1433H.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. ats limpahan kurniaNya, kita dipanjangkan umur utk melangkah ke bulan Ramadan pd thn nih. Semoga Allah memberikan kita kelapangan di bulan yg mulia ini utk meraih pahala berlipat kali ganda. 🙂

 

Ramadan ialah bulan yg penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka. Subhanallah.

 

Igtkah lagi sahabat sume…pd tahun 2011, dgn coretan bertemakan “Nikmati Ramadan”, aku berkongsi pelbagai info berkisarkan doa-doa yg boleh diamalkan sepanjang 30 hari berpuasa (boleh la rujuk di archive my previous posts).  Aku berdoa semoga ilmu yg dikongsikan dpt menjadi ilmu bermanfaat yg dpt dibawa bersama-sama ketika aku meninggal dunia kelak.

Pd tahun nih, aku tak mahu mensia-siakan Ramadan yg mulia ini. Kali ini bertemakan “Selami Ramadan”, aku akan cuba berkongsi renungan-renungan yg bole dijadikan panduan dlm memperbaiki diri kita sehari-hari. InsyaAllah. Ini merupakan satu medan utk berkongsi ilmu dan ingat memperingati diri aku sendiri (& kamu jugak).

 

Sesuai dengan firman Allah bermaksud: “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kpd orang-orang yg beriman”

(Surah Azzariyat: 57)

 

Sekali lagi… kita bersyukur kerana malam nih kita dpt bersama menunaikan solat terawih, salah satu sunnah yg amat diberatkan di bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dgn iltizam dan komitmen kpd solat terawih.

 

Rasulullah s.a.w diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

 

Demikian bunyi pengumuman yg dibuat oleh Rasulullah s.a.w setiap kali menjelangnya Ramadan. Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yg amat bermakna bagi mukmin. Puasa pd siang harinya adalah salah satu syi’arnya yg penting. Tetapi adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yg begitu banyak di dalamnya.

 

Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa Ramadan bukan shj bulan kita berpuasa tetapi ia datang dgn penuh keberkatan, yg mana jalan utk beramal begitu luas terbentang, jalan utk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

 

MasyaAllah.. Cuba kita tanyakan diri kita pd malam awal Ramadan ini, “Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini?”, “Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun..yg mungkin melampaui kadar umur kita?” Ohhh…

 

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis di ats, “Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

 

Maka pd malam ini, marilah kita tetapkan niat kita utk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadan. Kita berazam meningkatkan komitmen kita utk rakus & tamak mencari pahala. Malam nih juga kita pasang janji kita utk berlumba memanfaatkan masa yg begitu terhad utk beramal dan beribadah. Pd malam nih juga kita bulatkan tekad utk tak tergolong dlm golongan yg rugi.

 

Semoga kita dpt membetulkan semula landasan kita dlm menuju syurga Allah di bulan mulia nih. Masih belum terlambat. Kita masih baru bermula…insyaAllah, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Yakinlah & berusahalah. Sama-samalah kita yer. 😉

 

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

Sumber: Renungan Ramadhan oleh Dr. Hj. Omar bin Yaakob

Salam Ramadhan 1433H

“Allahumma sallimni ila ramadhan wa sallim li ramadhan wa tasallumahu minni taqabbalan”

Ya Allah selamatkanlah kami hingga bulan Ramadhan ke depan, dan pertemukan untuk bulan Ramadhan dan terimalah seluruh amal kami pada bulan Ramadhan.

 

Assalamualaikum sahabat & readers~!

17july 2012; Hilal Ramadhan 1433H 🙂

 

Alhamdulillah… pejam celik sedar tak sedar kita kembali bertemu dgn Ramadhan al-mubarak bg tahun 1433H, 2012. Seronoknya rasa hati ini tak dapat digambarkan. Persiapan nak sambot Ramadhan nih… tak kurang hebatnya. Maklumlah persiapan utk meraih pahala berganda drp Allah yang Maha Pemurah. Sonok… !

Kita sume sedia maklum… Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yg dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pd bulan nih syaitan dirantai oleh Allah.

Perasankah kita? …apabila kita membuat kesilapan sering kali kita menyalahkan syaitan/iblis yg menggoda kita. Tapi mengapakah kesilapan yg sama turut berlaku dlm bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yg membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dpt mencapai bahu kita agar kita tertunduk pd instruction mereka?  No, no, no… ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela di jiwa kita masing-masing (muhasabah diri..ermmm).

Sabda Rasulullah s.a.w. “Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.”

 

Semoga dgn keberkatan Ramadhan tahun  ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yg pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yg bertahta di hati selama ini (azam aku & harap kamu jugak). Inilah masa yg perlu digunakan sebaik mungkin utk mendidik kembali nafsu kita yg selama ini dikongkong oleh syaitan. Ingatlah… berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yg maha besar yg perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda,

“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”

 

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sbg lambang kasih sayang kpd hamba-hamba Nya. Allah tak mensia-siakan keletihan umatnya yg berpuasa sampaikan tidur di waktu siang juga dapat pahala (tidur lebih baik drp berkata yg sia-sia tau…). Begitu besarnya kasih sayang Allah pd kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. InsyaAllah. Aku tak mahu termasuk dlm golongan yg menganiayai diri sendiri (& harap kamu jugak).

Sabda Rasulullah sa.w., “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu.”

 

Di kesempatan ini jugak…aku ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan sbg hamba Allah yg kerdil dlm perhubungan persahabatan, komunikasi yg keterlaluan dan setiap tingkah laku yg mengguris perasaan sama ada disengajakan atau yg tak disedari. Semoga kita dpt menempuh Ramadhan tahun ini dgn penuh keinsafan dan mendapat ganjaran pahala yg berlipat ganda.

 

Marhaban yaa Ramadhan 😀

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: