Selami Ramadan; …JOM berlumba meraih pahala

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

22july 2012; Salam 3 Ramadan 1433H.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah s.w.t. ats limpahan kurniaNya, kita dipanjangkan umur utk melangkah ke bulan Ramadan pd thn nih. Semoga Allah memberikan kita kelapangan di bulan yg mulia ini utk meraih pahala berlipat kali ganda.🙂

 

Ramadan ialah bulan yg penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka. Subhanallah.

 

Igtkah lagi sahabat sume…pd tahun 2011, dgn coretan bertemakan “Nikmati Ramadan”, aku berkongsi pelbagai info berkisarkan doa-doa yg boleh diamalkan sepanjang 30 hari berpuasa (boleh la rujuk di archive my previous posts).  Aku berdoa semoga ilmu yg dikongsikan dpt menjadi ilmu bermanfaat yg dpt dibawa bersama-sama ketika aku meninggal dunia kelak.

Pd tahun nih, aku tak mahu mensia-siakan Ramadan yg mulia ini. Kali ini bertemakan “Selami Ramadan”, aku akan cuba berkongsi renungan-renungan yg bole dijadikan panduan dlm memperbaiki diri kita sehari-hari. InsyaAllah. Ini merupakan satu medan utk berkongsi ilmu dan ingat memperingati diri aku sendiri (& kamu jugak).

 

Sesuai dengan firman Allah bermaksud: “Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kpd orang-orang yg beriman”

(Surah Azzariyat: 57)

 

Sekali lagi… kita bersyukur kerana malam nih kita dpt bersama menunaikan solat terawih, salah satu sunnah yg amat diberatkan di bulan Ramadan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadan dan mengekalkan kita dgn iltizam dan komitmen kpd solat terawih.

 

Rasulullah s.a.w diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadan bermaksud:

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

 

Demikian bunyi pengumuman yg dibuat oleh Rasulullah s.a.w setiap kali menjelangnya Ramadan. Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadan adalah satu peristiwa yg amat bermakna bagi mukmin. Puasa pd siang harinya adalah salah satu syi’arnya yg penting. Tetapi adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yg begitu banyak di dalamnya.

 

Rasullullah s.a.w menegaskan bahawa Ramadan bukan shj bulan kita berpuasa tetapi ia datang dgn penuh keberkatan, yg mana jalan utk beramal begitu luas terbentang, jalan utk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

 

MasyaAllah.. Cuba kita tanyakan diri kita pd malam awal Ramadan ini, “Mahukah kita menerima tawaran dan pemberian Allah ini?”, “Mahukah kita menjadi hamba-Nya yang mendapat keberkatan lailatul qadr yang lebih baik dari seribu bulan yang bersamaan lebih 83 tahun..yg mungkin melampaui kadar umur kita?” Ohhh…

 

Sebaliknya ingatlah pesanan di hujung hadis di ats, “Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi”.

 

Maka pd malam ini, marilah kita tetapkan niat kita utk menimba sebanyak mungkin keberkatan di bulan Ramadan. Kita berazam meningkatkan komitmen kita utk rakus & tamak mencari pahala. Malam nih juga kita pasang janji kita utk berlumba memanfaatkan masa yg begitu terhad utk beramal dan beribadah. Pd malam nih juga kita bulatkan tekad utk tak tergolong dlm golongan yg rugi.

 

Semoga kita dpt membetulkan semula landasan kita dlm menuju syurga Allah di bulan mulia nih. Masih belum terlambat. Kita masih baru bermula…insyaAllah, sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji. Yakinlah & berusahalah. Sama-samalah kita yer.😉

 

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

Sumber: Renungan Ramadhan oleh Dr. Hj. Omar bin Yaakob

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 22, 2012, in notes | nota and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: