Selami Ramadan; …Puasa, it’s thrilling!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

2aug 2012; Salam 13 Ramadan 1433H😀

 

Kita kini berada di hari ke 13 Ramadan. Ini bermakna, kita telah berada di fasa ke-2 Ramadan. Kita telah meninggalkan fasa “rahmat” manakala kita kini memasuki fasa “maghfirah”. 10 hari yg berlalu, kita berharap rahmat, belas kasihan dari Allah. Di hari mendatang, pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hambaNya.
Kita perlu menilai semula, review pencapaian kita. Utk itu, aku ingin berkongsi kisah yg kita boleh mengambil iktibar darinya yg dinukilkan oleh Sheikh Said Hawa mengenai Al-Hasan bin Abul Hasan al-Bishri.

 

Bahawa beliau ini pd suatu ketika di bulan Ramadan berjalan melalui satu kelompok manusia yg sedang tertawa sambil bersenda-gurau, kemudian al-Hasan berkata: “Sesungguhnya Allah azzawajalla menjadikan Ramadan sebagai bahan ujian yg tersembunyi bagi seluruh makhluk-Nya. Semua orang sama berlumba-lumba, atau dahulu-mendahului utk berbuat ketaatan kpd Allah s.w.t. Kemudian ada golongan yg dpt mendahului golongan lain, merekalah orang-orang yg beruntung & berjaya. Sedang golongan lain ada yg tertinggal di belakang dan mereka itulah orang-orang yg menyesal dan merasa mendapat kerugian yg besar. Oleh sebab itu adalah hairan ketika saya melihat ada org yg tertawa, bermain-main pada hari seperti skrg ini dlm bulan Ramadan, padahal di saat ini adalah hari sebahagian manusia menjadi beruntung dan berjaya , sedangkan ada sebahagian manusia lainnya yg merasa rugi dan menyesal. Yang berbahagia ialah orang-orang yg mendahului kawan-kawannya utk mentaati Zat Yang Maha Pencipta, dan yg rugi ialah orang yg hanya gemar melakukan kebatilan dan kesia-siaan.”

Setelah melalui 1/3 Ramadan, JOM kita menilai prestasi kita dlm 10 hari yg telah berlalu.

 

1. Sudahkah kita memanfaatkan sebaik-baiknya kehadiran bulan Ramadan yg penuh berkat ini?😯
2. Sudahkah kita cuba sedaya-upaya mencantikkan puasa kita?😕
3. Sudahkan kita memastikan anak-isteri-suami atau adik-beradik & seluruh keluarga kita sama-sama menikmati keberkatan Ramadan ini?😮
4. Sudahkah kita mencapai tahap minimum pembacaan al-Quran setiap hari? Jika standard kita ialah 1 juzuk sehari, maka kini sepatutnya kita telah melebihi 10 juzuk.😐
5. Sudahkan kita memastikan sunat-sunat puasa seperti bersahur disempurnakan?😳
6. Sudahkah kita memastikan kita tetap istiqamah dgn solat tarawih dan berazam utk meneruskannya hingga ke hujung Ramadan?😕
7. Sejauh manakah Ramadan kita tahun ini lebih baik dari Ramadan yg lepas?😦

 

 

Apapon, JANGAN berputus asa. Kuatkan tekad utk melipat-gandakan amal dan beristighfar atas ketelanjuran kita.

:mrgreen:

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 2, 2012, in notes | nota and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: