Selami Ramadan; …do extras, get more!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

4aug 2012; Salam Ramadan ke 15😉

 

Pejam celik…pejam celi, kita kini berada dlm fasa “maghfirah”. Inilah fasa di mana pintu maghfirah Allah terbuka luas menunggu kepulangan hamba-hambaNya. Subahanallah.

 

Hah…refer to my previous post, “Sudahkah kita cuba sedaya-upaya mencantikkan puasa kita?” 😕

 

Utk mencapai darjat tertinggi yg dianugerahkan kpd orang yg berpuasa, kita perlu memenuhi syarat fizikal iaitu menahan diri dari makan, minum dan perkara lain yg membatalkan puasa. Kita perlu juga menghidupkan amalan sunat dan adab puasa seperti bersahur, segerakan berbuka, bertarawih, bersedekah & membaca al-Quran.

 

Cukupkah dgn amalan-amalan ini sahaja di bulan yg mulia ini? Tentu skali itu saja tak mencukupi.

 

Menurut Sheikh Said Hawwa di dalam kitabnya al-Mustakhlas fi Tazkiyatun Nafsi, terdapat 6 syarat tambahan yg perlu diberi perhatian oleh orang yg benar-benar berhajat meninggikan kualiti puasanya:-

 

a) Memejamkan mata serta mengekangnya jgn sampai memperluas, atau memperdalamkan penglihatan, yakni melihat dgn berlebih-lebihan kpd segala sesuatu yg tercela, tidak baik dan dibenci oleh agama. Demikian pula melihat apa saja yg menyebabkan hati terpesona, sehingga lalai daripada mengingati Allah.

b) Menjaga lisan dari perkataan yg tidak masuk akal atau senda-gurau yg melampaui batas, atau berkata kotor, atau berkata yg sia-sia, atau berdusta atau mengumpat, atau mengadu domba atau berkata jijik, atau bertengkar atau mempamerkan diri sendiri (berhias). Sebaliknya hendaklah diam, mengurangkan bicara yg tak perlu dan menyibukkan diri dgn berzikir kepada Allah, gemar membaca al-Quran atau kitab-kitab agama.

 

c) Menahan diri dari mendengar apa yg tak disenangi dari sudut agama, sebab setiap perkara yg haram diucapkan maka menjadi haram mendengarnya.

 

d) Menahan anggota-anggota tubuh yg lain dari perbuatan dosa khususnya tangan dan kaki; jangan sampai melakukan hal-hal yg terlarang menurut syariat agama. Begitu juga menahan perut dari makan apa-apa yg bukan sahaja haram tetapi juga yg syubhat, terutama di saat berbuka puasa.

 

e) Menahan diri dari terlalu banyak makan atau menyediakan pelbagai makanan ketika berbuka, sekalipun makanannya halal, sehingga perut sekan-akan tak mampu dimuatkan lagi. Sebab tiada wadah yg lebih dibenci oleh Allah daripada perut yg penuh terisi. Sewajarnya, sediakanlah makanan dan makanlah sekadar seperti mana hari-hari biasa di bulan lain, tanpa berlebih-lebihan atau mengistimewakannya sehingga merangsang lagi nafsu.

 

Beringatlah… puasa ialah utk mematahkan segala macam kesyahwatan, maka adakah orang yg puasa itu wajar memupuk kembali syahwatnya ketika berbuka? Sepanjang hari ia menekan nafsu maka ia adakah bermaksud membalas dendam nanti di waktu berbuka? Pada siangnya, masih ketika berpuasa, ia membeli ini dan itu yg berupa makanan dan waktu berbuka akan dihabiskan semua sekali. Maka tujuan puasa utk melemahkan nafsu syahwat tetap tak berhasil.

 

f) Hendaklah hatinya menggantung harap dan takut mengenai diterima atau tidak puasanya hari itu. Hatinya berdebar-debar dan tidak tenteram kerana belum ada kepastian. Jika diterima, pasti termasuk dlm golongan al-muqarrabin yg mempunyai pelbagai keistimewaan. Jika tak, maka pasti tergolong ke dalam golongan yg tertolak amalannya, lagi dimarahi dan dimurkai-Nya. Orang yg tertipu oleh dirinya sendiri mengira ibadatnya pasti diterima, padahal ada kemungkinan tak demikian. Nanti pada hari kiamat ia akan terkejut mengapa Allah tidak menerima amalannya! Nahuzubillahiminzalik.

 

Semoga Allah s.w.t. menerima membantu kita mengamalkan dan istiqamah dgn ke6-6 perkara di atas ke arah meningkatkan kualiti puasa kita. InsyaAllah.

 

Abu Said al-Khudri berkata bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda,

“Barangsiapa yg berpuasa pada bulan Ramadan dan mengetahui batas-batasnya dan ia menjaga diri dari segala apa yang patut dijaga, dihapuskanlah dosanya yg sebelumnya.”

[Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi]

 

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 4, 2012, in notes | nota and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: