Selami Ramadan; … pengisytiharan Iqra’

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

6aug 2012; Salam Nuzul Quran😉

Alhamdulillah, kita bertemu lagi dlm edisi Selami Ramadan. Kala aku menaip bait-bait coretan, tentu korang sume sedang sibok bersahur. Sahur – amalan sunat puasa yg sering dipandang ringan oleh ramai org kerana terlalu sygkan bantal & buaian mimpi indah. Ayuhlah… hadith riwayat Bukhari & Muslim ada menyebut, “makanlah sahur, sesungguhnya sahur itu berkat.”

 

17 Ramadan, Nuzul Quran… ada dlm kalangan kita di M’sia menikmati public holiday (tapi TIDAK bg aku…jap lg nak bersiap pegi keje). Sama ada cuti ataupon tak, itu bukan keutamaan dlm penghayatan Ramadan.

Keutamaannya, membaca al-Quran adalah satu amalan yg amat digalakkan bagi seorg Islam. Ini ialah kerana al-Quran ialah kitab Hidayah dari Allah yg diturunkan bagi menjawab doa yg kita ulang-ulangkan di dlm surah al-Fatihah:

 

“ Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.”  (surah al-Fatihah: 6)

 

maka di jawab oleh Allah:

Alif, Lam, Mim. Inilah kitab yang tiada keraguan di dalamnya merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.”  (surah al-Baqarah: 1-2)

 
Al-Quran ialah Wahyu suci yg diturunkan kpd Nabi Muhammad s.a.w pd bulan Ramadan di Gua Hira’ merupakan titik tolak penting dlm sejarah umat manusia. Wahyu yg bermula dgn menyuruh manusia membaca, “Iqra’” mempunyai makna yg mendalam. Kita maklum bahawa al-Quran diturunkan oleh Allah di bulan Ramadan. Para ahli sirah menerangkan bahawa pd 1 malam di bulan Ramadan, ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bertahannuth di gua Hira’ turun malaikat Jibrail menyuruh baginda membaca.

 

Pd malam penurunan ayat-ayat awal surah al-Alaq ini, Allah membuat hubungan secara langsung dgn seorang manusia di bumi. Pd malam ini, Allah memberi perhatian terhadap manusia. Pd malam ini, bumi disirami dgn kalimah Allah. Peristiwa besar ini membawa perubahan yg besar kpd kehidupan manusia & dunia. Ia menjadi titik tolak di mana manusia lg sekali diseru kembali utk melihat kpd Allah sebagai sumber hidayah i.e. sumber peraturan kehidupan. Para sahabat Nabi s.a.w tahu bahawa inilah saja tempat mereka mengambil sumber utk setiap hukum, peraturan atau cara hidup yg mereka akan jalani.

 

Sepanjang 23 tahun perhubungan langsung tersebut, Allah telah menurunkan al-Quran secara beransur-ansur.

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.

(Surah al- Isra’: ayat 106)

 

Di sisi Allah, faktor atau dimensi masa tak mempunyai apa-apa makna kerana Dia Maha Mengetahui dan Maha Meliputi. Namun, bagi kita makhluknya yg kerdil, tempoh masa tersebut begitu penting. Sepanjang tempoh tersebutlah kita merasa begitu istimewa kerana kita mempunyai saluran yg langsung kepada/daripada Allah melalui Rasul-Nya.

 

Imbas kembali sebelum peristiwa malam tersebut, dunia tenggelam dlm kegelapan. Tamadun Yunani, Rom dan Parsi berada di ambang keruntuhan. Tamaddun Mesir dan Mesopotamia hanya tinggal kesan sejarah. Tamadun China dan India juga sedang berada di jurang kemusnahan.

 

Peristiwa malam tersebut merubah sejarah umat manusia. Tiba-tiba Allah memberikan cahaya kpd alam semesta, memilih Nabi-Nya dari kalangan bangsa Arab. Orang Arab yg asalnya tak bertamaddun, menyembah berhala, menanam anak perempuan hidup-hidup, kaki judi, kaki perempuan dan kaki arak. Bertenung nasib dan menindas yg lemah adalah budaya seharian mereka. Tetapi setelah mereka menerima siraman cahaya ayat-ayat yg diturunkan sedikit demi sedikit, mereka berubah menjadi orang yg paling mulia, paling bertamaddun sehingga menjadi pemimpin empayar yg meliputi 2/3 dunia.

 

Iqra’” yg diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kpd mereka, memberi semangat waja kpd mereka, memacu mereka menjadi pemimpin dunia.

 

Bermula dari pengisytiharan “Iqra’” oleh Jibrail pd malam yg penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Bahkan, byk kemajuan kini dlm pelbagai bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya boleh dikesan sebagai bersumber drpd usaha-usaha awal umat Islam yg digerakkan oleh wahyu pertama, “Iqra’“.

 

“Bulan Ramadhan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi umat manusia, penerang kepada petunjuk dan pembeza (anatra haq dan batil).”

(surah Al-Baqarah: 185)

 

Marilah kita mengambil semangat dari gugahan “Iqra'” ini dgn kita memacu diri kita ke hadapan, menjalankan perintah-Nya dan membela agamaNya agar kita dpt mengembalikan tamadun yg gemilang.

 

Di mana kita nak bermula?
Kita boleh mulakan dgn diri kita. Marilah kita sama-sama membuat tekad dan azam utk membaca al-Quran – Wahyu Ilahi ini setiap hari sama ada di dlm atau di luar bulan Ramadan. Kita juga akan berusaha memahami kalimah Allah ini melalui terjemahan, tafsir atau kuliah dan majlis Ilmu serta berusaha beramal dan menghayatinya. Utk mendapatkan kesan terbaik dari bacaan al-Quran, kita ikutilah adab-adab membaca al-Quran dan penuh dgn keyakinan, semoga Allah merahmati kita.

Adalah amat digalakkan jika kita boleh mengkhatamkan al-Quran sekurang-kurangnya sekali di bulan Ramadan. Dan alangkah baiknya jika budaya al-Quran ini boleh diteruskan pd bila-bila masa jua.

Alangkah ruginya kita jika kita boleh menghabiskan berpuluh-puluh mukasurat suratkhabar, majalah hiburan dan novel tapi kita enggan menjamah dan membaca beberapa potong ayat al-Quran.

“Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam.”

(surah al-Alaq:1-4)

Semoga Allah memberi kekuatan bagi kita untuk mengikuti tuntutan kita untuk berdampingan dengan al-Quran sepanjang bulan Ramadan ini.🙂

“Ke Arah Ramadan Yang Lebih Bermakna”
…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on August 6, 2012, in notes | nota and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: