Monthly Archives: October 2012

Week before Eiduladha; makan-makan!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

28oct 2012; Masih berkorban?? Salam hari tashrik semua…

 

Aku?? Wah…baru nak update cte2 kat blog! Ermm..as I told before, aku ada byk benda nak cerita. Coretan aku adalah utk mengingatkan aku ttg apa2 kehidupan utk diri aku (& hope manfaatkan kamu jugak). 🙂

Jadi hrni baru aku dpt melawan kemalasan sbb kepenatan. Perghh…ayat tak bley blah 😆

JOM..let photos talk about my day before eidula-adha celebration~! yaw :mrgreen:

 

 

17oct 2012; Birthday celebration…for Lin! *wink*

Inilah dinamakan BFF nite… sbb kalo dah xde masa betol nk kumpol2 dgn 1001 activities, cukuplah dgn kuar makan2 for birthday celebration. This time… birthday gathering utk Lin. Happy birthday darling *muahhh* 😀

 

As request by birthday girl…ktorg makan Nando’s! Lepak kat new Setia City Mall.

And guess what?? kitaorg kasi Lin big birthday card! hahaha… 😆

Hope?! Card birthday expired utk 5 tahun akan dtg. Hahaha…

 

Happy birthday dear Lin. Semoga murah rezeki, panjang umur & jumpa prince charming! :mrgreen:

All above…enjoyed meeting them, d’BFF *loVe*
.

19oct 2012; Annual Awards Dinner 2012 – Celebrating d’ Excellence 😉
Yeah…tahun ni kali ke-2 SDP anjurkan dinner nih. Dah kata awards dinner tentulah ada theme kan?? Night of glitters! Pergh…dinner hall yg malap kerana bermain with lampu2 biru…! hehehe…

 

 

 

 

Bertempat kat KL Convention Center (KLCC). Berkumpul la seluruh warga kerja SD Plantation drp estate, mill hingga ke refinery. Dari seluruh semenanjung Malaysia, East Malaysia, Asia hingga ke Eropah…sumenya datang makan-makan sama-sama.

 

Entertainer? Ada Dayang Nurfaizah, Jamal Abdillah, Alleycat & Uji Rashid. Menari cak leng pong pon ada gaks!

Awards? Ada 7 awards dipertaruhkan utk semua unit operations. 5 for upstream and 2 for refineries. Congrats to all the winners 🙂

Mills? Congrats to Gunung Mas Mill yg mengekalkan awards Best Safety Achievement. Keep it up! And BIG congratulation to Bukit Benut Oil Mill for the Best Performing Oil Mill  2012. 😀

Food? Boleh tahan. Banyak sangat meals..

 

 

 

Attire?? Night of glitters… ikot theme la kot. Cuma HERO nampak formal la kan. Sbb Mr. Fankie mmg suka pakai tie, hikhikhik 😆

.

 

 

 

 

21oct 2012; makan-makan @enstek~! 🙂

Yeah… ni nak kire jempot beraya pon, blom hari raya haji. Actually..nih adalah kesempatan nk jempot Karen & El dtg jalan2 kat umah. Dlu masa raya xde kesempatan.

 

Walaupon hujan lebat, tp dorg tetap meluangkan masa singgah kat enstek.

El & Apis..drp Tanah Merah, PD nk balik ke S.Alam. So kira on the way je. Sonok lagi sbb baby Rayyan first time datang umah aunty kakYan die nih. Hehehe.. 😀

 

Karen & Awin…just married! So dah honeymoon kat motoGP tu. Aku mmg ajak singgah kat enstek ni. Karen ni dh lama x dtg cni. Hah…walaupon hujan, dorg ber2 ni redah je. Smpai enstek – rehat2 dlu sambil makan malam teros. Hikhikhik 😀

 

Alhamdulillah. Seronok dpt menjamu dorang. Walaupon masakan biasa-biasa je.

 

Muhammad Aisy Rayyan – ermm..puaslah melayan si kecik ni. Kirenye Umi & Ahbi die sonok la makan smpai bertambah2. Hehehehe…

 

Alhamdulillah. Inilah cerita aku..utk ingatan di masa depan. Terima kasih Allah atas segala kelapangan.

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Cerita aku; Nabi Ibrahim a.s. outstanding

Assalamualaikum sahabat & readers~!

27oct 2012; Salam eiduladha lagik!! Salam Haji! 😉

Ermm..dah lama tak mencoret! Hari ni sambil2 meng”updet” apa-apa yg perlu… aku terpanggil utk berkongsi 1 cerita. Cerita ini dipetik dr emel drp seorang sahabat. Aku sudah lupa bila ianya terbit kat inbox aku. Namun aku ingin kongsikan cerita ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Ianya artikel yg dipetik dari email yg di”post”kan oleh Ustaz Asraff AlHafiz.

 

Saya ingin berkongsi beberapa info mengapa Nabi Ibrahim layak menjadi IDOLA kita, bahkan Allah s.w.t menyuruh kita SEBUT NAMANYA AS REMINDER dlm solat (tahiyat akhir) berkali-kali sehari.

Hebat betul manusia pilihan bernama Ibrahim ini. Mengapa agaknya?

Berikut yg saya dapati:

1) KEAZAMAN TINGGI: ramai pemuda kita sekarang berani membuat perkara2 kurang bermanfaat seperti melepak, rempit dan sebagainya. Mereka akan malu-alah bila diminta lakukan perkara baik seperti azan, menjadi imam & mengajak rakan2 lakukan kebaikan.

Nabi Ibrahim ketika mudanya sangat berani. Berani hingga ke tahap berdakwah kepada bapanya, Azar yang ketika itu ‘taukeh besar’ industri berhala.

Bayangkan kita nak berkata kpd bapa sendiri ‘Abah, tlg tinggalkan perniagaan jutaan ringgit ini sebab ia
menyesatkan kita dari Allah…’

Sudah punya keazaman tinggi utk berkata begitu? Nabi Ibrahim boleh!

2) 100% IKUT PERINTAH: Sebut tentang korban untuk agama, ramai diantara kita tewas walaupun diminta utk berkorban kecil saja iaitu harta. Ambil contoh infaq wang ringgit utk tabung masjid. Maaf cakap yea, jika yang diseluk dari poket itu keluarnya RM50, barangkali ramai yang menyeluk semua agar RM5 yang keluar.

Itu baru ‘ujian korban Rm50’ kita mudah tewas.

Tetapi Nabi Ibrahim lebih tinggi ujian korbannya.

– disuruh korban nyawa sendiri, beliau O.K sj. Rileks je masuk api dibakar. (peristiwa Namrud membakar baginda)
– disuruh tinggalkan isteri (mesti kita sayang kan?) di tempat yang tiada seorang pun disitu, Baginda RILEKS je.
– diminta korban anak sendiri (sembelih Ismail), baginda kata ‘boleh saja’.

Saya tak tahu adakah ada lagi korban lebih tinggi dari nyawa, isteri tersayang dan anak tercinta. Bila difikirkan,
saya pun tak sekuat Baginda utk ikuti ujian itu. Tapi Alhamdulillah baginda lulus.

PENGAJARAN:  Patutlah Nabi Ibrahim begitu dimuliakan.

– Baginda diberi penghormatan sebagai ‘kontraktor utama’ bina rumah Allah bersama Ismail.

– Namanya harum disebut hingga bergenerasi dlm tahiyat akhir. Kata pujangga, seseorang itu masih ‘hidup’
jika namanya sentiasa disebut2 orang walaupun dia sudah lama meninggal.

– Setahun sekali kita semua akan mengingati sejarah baginda via korban Hari Raya Haji.

– Ketika menunaikan haji, kita akan melontar jamrah, ibadah yg dilakukan bersempena perbuatan Nabi Ibrahim melontar syaitan agar kita pun dapat ‘rasai’ apa baginda rasa.

Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan baginda dan insyaAllah sy akan kongsikannya dlm emel seterusnya.
Moga perkongsian ini bermanfaat utk kita luruskan hidup dan jadikan Nabi Ibrahim (dan sudah tentu Rasulullah juga!) sebagai IDOLA kita & anak isteri.

terima kasih

 

 

Subhanallah. Menangis sebenarnya bila membaca kisah-kisah nabi yang tabah & redha dgn segala ujian Allah. Nabi Ibrahim a.s. terutamanya yg telah menyerahkan seluruh kecintaannya hanya kerana Allah semata-mata.

Menilik diri sendiri, malu rsnya. Sunnah Rasulullah s.a.w. yg mengajar kehidupan seorg Islam yg syumul pon tak terikut 100%, inikan pula pengorbanan besar spt  nabi Ibrahim a.s.

Semoga kemeriahan hari raya eiduladha dgn tumbang lembu, bukan shj melahirkan rs keinsafan kepada diri kita. Tapi aku berdoa semoga pahala ibadah yg kita lakukan ini mendapat berkat Allah s.w.t. dan akan menjadikan kita lebih bersyukur & redha dgn segala apa yg kita nikmati.

Aku juga berdoa semoga semua muslimin & muslimat yg menunaikan ibadah haji di tanah suci mendpt haji mabrur. Bersamalah kita meraikan eiduladha setiap tahun dgn penuh keinsafan.

Salam eiduladha. Selamat berkorban utk berubah menjadi hamba Allah yg lebih baik. Istiqamah yer sahabat. 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

Salam Idul Adha 1433H

Assalamualaikum sahabat & reader~!

25oct 2012; Salam Idul Adha sume…

Wah..serius dh lama aku tak mencoret2 kat journal ni. Sunyi jgk bila hari-hari buka webs ni…takde cte terbaru ttg diri sendiri. Sbnrnya byk cte aku nk kongsi kt cni, tp kekakangan masa btol2 mencuri kelapangan aku utk diri sendiri. Apapon itu bukan alasan utk aku menyepi drp cte2 aku. InsyaAllah.

This time…only short note to all sahabat, muslimin & muslimat that I wish u all happy Iduladha. Semoga kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s. dan anaknya nabi Ismail a.s. menjadi pedoman  utk kita terus istiqamah dlm meningkatkan kecintaan kita kepada Allah.

Have a safe journey to kampong halaman. Enjoy our long festive weekend.

Selamat Hari Raya Iduladha, maaf zahir batin. 🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

Posted from WordPress for Android

%d bloggers like this: