Cerita aku; Nabi Ibrahim a.s. outstanding

Assalamualaikum sahabat & readers~!

27oct 2012; Salam eiduladha lagik!! Salam Haji!😉

Ermm..dah lama tak mencoret! Hari ni sambil2 meng”updet” apa-apa yg perlu… aku terpanggil utk berkongsi 1 cerita. Cerita ini dipetik dr emel drp seorang sahabat. Aku sudah lupa bila ianya terbit kat inbox aku. Namun aku ingin kongsikan cerita ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Ianya artikel yg dipetik dari email yg di”post”kan oleh Ustaz Asraff AlHafiz.

 

Saya ingin berkongsi beberapa info mengapa Nabi Ibrahim layak menjadi IDOLA kita, bahkan Allah s.w.t menyuruh kita SEBUT NAMANYA AS REMINDER dlm solat (tahiyat akhir) berkali-kali sehari.

Hebat betul manusia pilihan bernama Ibrahim ini. Mengapa agaknya?

Berikut yg saya dapati:

1) KEAZAMAN TINGGI: ramai pemuda kita sekarang berani membuat perkara2 kurang bermanfaat seperti melepak, rempit dan sebagainya. Mereka akan malu-alah bila diminta lakukan perkara baik seperti azan, menjadi imam & mengajak rakan2 lakukan kebaikan.

Nabi Ibrahim ketika mudanya sangat berani. Berani hingga ke tahap berdakwah kepada bapanya, Azar yang ketika itu ‘taukeh besar’ industri berhala.

Bayangkan kita nak berkata kpd bapa sendiri ‘Abah, tlg tinggalkan perniagaan jutaan ringgit ini sebab ia
menyesatkan kita dari Allah…’

Sudah punya keazaman tinggi utk berkata begitu? Nabi Ibrahim boleh!

2) 100% IKUT PERINTAH: Sebut tentang korban untuk agama, ramai diantara kita tewas walaupun diminta utk berkorban kecil saja iaitu harta. Ambil contoh infaq wang ringgit utk tabung masjid. Maaf cakap yea, jika yang diseluk dari poket itu keluarnya RM50, barangkali ramai yang menyeluk semua agar RM5 yang keluar.

Itu baru ‘ujian korban Rm50’ kita mudah tewas.

Tetapi Nabi Ibrahim lebih tinggi ujian korbannya.

– disuruh korban nyawa sendiri, beliau O.K sj. Rileks je masuk api dibakar. (peristiwa Namrud membakar baginda)
– disuruh tinggalkan isteri (mesti kita sayang kan?) di tempat yang tiada seorang pun disitu, Baginda RILEKS je.
– diminta korban anak sendiri (sembelih Ismail), baginda kata ‘boleh saja’.

Saya tak tahu adakah ada lagi korban lebih tinggi dari nyawa, isteri tersayang dan anak tercinta. Bila difikirkan,
saya pun tak sekuat Baginda utk ikuti ujian itu. Tapi Alhamdulillah baginda lulus.

PENGAJARAN:  Patutlah Nabi Ibrahim begitu dimuliakan.

– Baginda diberi penghormatan sebagai ‘kontraktor utama’ bina rumah Allah bersama Ismail.

– Namanya harum disebut hingga bergenerasi dlm tahiyat akhir. Kata pujangga, seseorang itu masih ‘hidup’
jika namanya sentiasa disebut2 orang walaupun dia sudah lama meninggal.

– Setahun sekali kita semua akan mengingati sejarah baginda via korban Hari Raya Haji.

– Ketika menunaikan haji, kita akan melontar jamrah, ibadah yg dilakukan bersempena perbuatan Nabi Ibrahim melontar syaitan agar kita pun dapat ‘rasai’ apa baginda rasa.

Sebenarnya ada lagi beberapa kelebihan baginda dan insyaAllah sy akan kongsikannya dlm emel seterusnya.
Moga perkongsian ini bermanfaat utk kita luruskan hidup dan jadikan Nabi Ibrahim (dan sudah tentu Rasulullah juga!) sebagai IDOLA kita & anak isteri.

terima kasih

 

 

Subhanallah. Menangis sebenarnya bila membaca kisah-kisah nabi yang tabah & redha dgn segala ujian Allah. Nabi Ibrahim a.s. terutamanya yg telah menyerahkan seluruh kecintaannya hanya kerana Allah semata-mata.

Menilik diri sendiri, malu rsnya. Sunnah Rasulullah s.a.w. yg mengajar kehidupan seorg Islam yg syumul pon tak terikut 100%, inikan pula pengorbanan besar spt  nabi Ibrahim a.s.

Semoga kemeriahan hari raya eiduladha dgn tumbang lembu, bukan shj melahirkan rs keinsafan kepada diri kita. Tapi aku berdoa semoga pahala ibadah yg kita lakukan ini mendapat berkat Allah s.w.t. dan akan menjadikan kita lebih bersyukur & redha dgn segala apa yg kita nikmati.

Aku juga berdoa semoga semua muslimin & muslimat yg menunaikan ibadah haji di tanah suci mendpt haji mabrur. Bersamalah kita meraikan eiduladha setiap tahun dgn penuh keinsafan.

Salam eiduladha. Selamat berkorban utk berubah menjadi hamba Allah yg lebih baik. Istiqamah yer sahabat.😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on October 27, 2012, in story | kisah and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: