Monthly Archives: January 2013

Cerita aku; Rasulullah s.a.w. & pengemis

Assalamualaikum sahabat and readers~!

 

24jan 2012; …aku sayang Rasulullah s.a.w. 🙂

 

Sempena hari peringatan Maulidur Rasul 1434H, aku terpanggil utk berkongsi cerita tentang hebatnya Rasulullah s.a.w. sbg role model kita. Begitu banyak kisah hidup baginda dipahat menjadi sejarah agung yg tak mungkin kita lupakan. Di kesempatan ini, mari kita renungkan kembali sebuah kisah baginda dengan seorang pengemis Yahudi..

 

Aku pasti ramai yg pernah mendengar or membaca tentang kisah ini, namun tak salah utk aku coretkan di sini. Ia utk memanfaatkan diri aku (& kamu jugak!).

 

“Wahai saudaraku, jangan engkau dekati Muhammad. Dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.” kata seorang pengemis Yahudi yang buta di suatu sudut pasar Madinah al-Munawwarah.

 

Ungkapan tersebut dilontarkan oleh si pengemis yg cukup benci dgn Baginda s.a.w. Setiap saat, pengemis itu tak henti-henti menghamburkan kata-kata kesat tersebut di hadapan semua yg mengunjungi pasar itu. Berbeza pula dgn tindakan Baginda s.a.w. Setiap pagi, Baginda s.a.w. mendatanginya dgn membawa makanan. Tanpa berkata walau sepatah pun, Rasulullah s.a.w. menyuapi makanan ke mulut pengemis itu. Rutin harian Rasulullah s.a.w ini dilakukan sehinggalah menjelang ajal Baginda s.a.w.

 

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, maka tiada lagi orang yg menyuapi makanan kpd pengemis tersebut sebagaimana kebiasaan. Bersendiri si pengemis tanpa ada yg menemaninya utk merasa sesuap makanan.

Suatu hari, Abu Bakar r.a, mengunjungi rumah anaknya Aishah.

 

“Wahai anakku, masih adakah lagi sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” tanya Abu Bakar.

“Wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah. Hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan melainkan satu sunnah sahaja.” ujar Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya.

“Apakah itu?” tanya Abu Bakar.

Aisyah menjawab pertanyaan ayahnya, “Setiap pagi Rasulullah s.a.w. selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana.”

 

Keesokan harinya Abu Bakar r.a. ke pasar tersebut dgn membawa makanan utk diberikan kpd pengemis itu. Abu Bakar r.a. mendatangi pengemis itu lantas memberi makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mula menyuap makanan kpd pengemis tersebut, si pengemis marah sambil berteriak,

 

“Siapakah kamu?”

“Aku orang yang biasa” ujar Abu Bakar membalas pertanyaan si pengemis.

“Bukan! engkau bukanlah orang biasa yang mendatangiku. Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yg biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya. Setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”  pengemis itu melanjutkan perkataannya berkenaan orang yang biasa menyuapinya kepada Abu Bakar r.a.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata kerinduannya terhadap Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a. menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang menyuapimu makanan. Aku adalah salah seorang daripada sahabatnya. Orang mulia yang selalu berbuat baik kepadamu itu telah tiada. Dia adalah Muhammad, utusan Allah s.w.t.”

 

Abu Bakar r.a. menceritakan perkara yg sebenarnya kpd si pengemis.

Setelah mendengar cerita Abu Bakar r.a., pengemis tersebut sambil menangis berkata, “Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.”

Selepas meluahkan segala kekesalannya, pengemis Yahudi tersebut akhirnya melafazkan syahadah di hadapan Abu Bakar r.a.

 

SUBHANALLAH.

 

“Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”
(Hadith Sahih yg diriwayatkan oleh Malik, Ahmad, Hakim, At-Tabrani dan Bukhari)

 

Sesungguhnya budi pekerti yg baik dan sempurna itu hanyalah ada pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w. walaupun cukup mengetahui pengemis buta itu selalu menghamburkan kata-kata yang menghina Baginda s.a.w., Baginda s.a.w tetap memperlakukan pengemis tersebut dengan akhlak yang baik dan terpuji.

 

Sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, kita seharusnya mengambil pengajaran di sebalik kisah kasih yg telah ditunjukkan oleh Baginda. Walaupun kita tak mampu utk mengikuti keseluruhan sunnah Baginda s.a.w, tiada alasan utk kita tak berusaha meneladani sedikit sebanyak sunnah Baginda s.a.w.

 

Jadilah kita seorang yg berbuat baik. Bersamalah kita mencontohi Rasulullah s.a.w.

Happy reading~!

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Konvensyen FIQH Wanita & Islam 2013

Assalamualaikum sahabat & readers~!
20jan 2013; …Wanita Itu Cantik~!

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

 

Aku mulakan warkah ini dgn bait indah yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w kpd seisi alam. Wanita SOLEHAH!

 

Idaman semua muslimin di alam maya ini. Muslimah terbaik haruslah bergerak mencari  “role model”  terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah r.a.

 

Selaras dgn tuntutan masa kini yg dahagakan ilmu & jua memerlukan sesuatu proses bg menimbulkan kesedaran diri utk menjadi yg terbaik di antara yg terbaik, aku mulakan tahun 2013 ini dgn menyertai KONVENSYEN FIQH Wanita & Islam. Ia adalah pembuka tirai kamus baru serta pengisian awl terbaik buat dairi baru aku. Yeah.. menjejaki taman syurga adalah menyertai majlis ilmu.  Alhamdulillah. 🙂

 

Konvensyen ini adalah julung kali diadakan anjuran K-Fiqh & Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID).

Berlangsung selama 2 hari… ia lebih menjurus kpd pembentukan muslimah sejati & terbaik dlm masyarakat. Aku melihat menyertai konvensyen spt ini… umpama REFRESHMENT utk diri sendiri. Ini adlh usaha yg terbaik utk memperbaiki diri serta melengkapkan diri dgn perisai2 akhlak muslimah sejati. Wow… aku memang hendak menjadi SOLEHAH. 😉

Konvensyen ini diadakan di MAEPS, Serdang. Pembentangan slot2 yg bermanfaat memang mengujakan. Tetapi masa yg diperuntukkan bg setiap slot amat terhad. Apakah ia sepatutnya diadakan hingga pertengahan malam seperti konvensyen yg pernah aku sertai sebelum ini?! Kekangan masa telah menjadikan slot2 yg hebat seperti slot Ustazah Norhafizah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, Prof Madya Dr. Harlina Siraj dan Oki Setiana Dewi bagai terhenti dipertengahan jalan.

Bagi Q&A session..penggunaan SMS adalah yg terbaik. Masa masih lg menjadi halangan bg setiap sesi.

 

Apapun, aku bersyukur kerana berpeluang menyertai konvensyen kali ini. Walaupon aku baru jer balik drp program leadership selama 1week, tp itu tak mematahkan semangat aku utk terus melapangkan dada bg menimba ilmu di taman syurga seperti ini.

 

JOM tengok snapshots aku yer…it was a phone snaps by S3 😉

KfiqhW

Ready muslimat memenuhi segenap ruang MAEPS. Muslimin pon ada jugak yg hadir beri sokongan.

.

session1

Pembukaan sesi dgn pembentangan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin.

Sesi 1: Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh UZAR, Pengerusi MURSHID

Sesi 2: Kedudukan Wanita dalam Islam – Antara Liberal dan Ekstrim oleh Dr Sukki Othman & Dr Zahazan Mohamed.

Kata Abdul Wahab al-Sya’rani, ulamak hadis & ulama Mazhab Shafie, “Kata-kata yg baik akn terangkat ke langit. Imbangkan maksiat dgn kebaikan di tempat maksiat itu terlakukan.” – Dr Zahazan Mohamed (secara mafhum)

 

Q&A session 1: Bagaimana mengatasi krisis pertembungan antara tggungjawab di rumah dengan penglibatan dalam NGO?

UZAR (mafhum): Berdasarkan hadith sahabat meminta izin untuk berjihad sedangkan ada ibu yang masih sakit, Rasulullah menegaskan yang di rumah dahulu mesti diselesaikan.

Begitu juga dengan antara suami dan NGO, hendaklah hak-hak suami dan anak-anak dipastikan tidak terabai terlebih dahulu kemudian barulah tanggungjawab terhadap NGO boleh ditunaikan.

Namun jika komitmen yang lebih tinggi dituntut terhadap NGO seperti menjadi Presiden contohnya, dan muslimah itu pula dihargai kerjanya, dia juga bahagia begitu, maka opsyen poligami boleh dipertimbangkan. Isu ini akan lebih dibincangkan dalam forum esok, Insya Allah.

Isu ini hampir sama dengan doktor Muslimah yang mungkin kurang masanya di rumah maka opsyen poligami boleh menjadi pilihan selain keredhaan dan tolak ansur suami juga PERLU di peringkat pertama. Wallahua’lam.

[Sumber k-Fiqh]

.

special OKIBefore lunch break… penampilan istimewa Oki Setiana Dewi  yg berkongsi kisah hijrah dirinya. Semoga Allah memberikan aku kekuatan seperti dia. 🙂 

.

session2

Sesi 3: Rumahtangga & Kerjaya: Celik Mata & Hati oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad

Sesi 4: Wanita Jangan Teraniaya-Celik Undang-Undang oleh Dr. Hj Naim Hj Mokhtar

Sesi 5: Disiplin & Prinsip Kewanitaan dalam Surah al-Nur oleh Dr Sofiah Samsudin

“Selagi kita tak celik undang-undang, selagi tu penganiayaan akan berlaku.” – Dr Hj Naim Hj Mokhtar

“Sejauh mana kita mengulang al-Quran kita sedangkan Rasulullah mengulangkaji al-Quran bersama Jibril sejak Ramdhan 2 Hijrah sehingga baginda wafat” – Dr Sofiah Samsudin berkenaan prinsip hidup berdasarkan Nur Qurani.

 

Q&A session 2: Bagaimana dengan perkembangan anak yang dibesarkan oleh amah akhirnya menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua?

Prof Muhaya (mafhum): Dampingi anak-anak ketika dalam gelombang alpha mereka; ketika sebelum tidur, selepas mandi, ketika gembira, sampaikan embedded message kepada minda bawah sedar mereka yang ibu bapa sayang mereka, beri mereka rasa kasih sayang kita. Biar pembantu rumah kita buat tjawab fizikal anak-anak tetapi yang rohani dan kasih sayang datang daripada anak-anak.

Betapa ramai ibu yang berhenti kerja alasannya ingin menjaga anak namun akhirnya merasakan masa mereka sangat lapang sehingga kemudiannga membuang masa melayani drama semata-mata!

Berapa ramai dalam kalangan kita yang ucap terima kasih kepada pembantu rumah mereka. Betapa manusia amat suka jika mereka dihargai.

Sayangi pembantu rumah kita supaya akhirnya nanti sayang itu akan mengalir turun kepada anak-anak kita yang mereka jaga. Wallahua’lam.

[Sumber k-Fiqh]

.

Day 1 berakhir.

Day 2 dimulakan dgn sesi khas wanita. Sesi perkongsian khas bersama isteri asatizah Murshid. Istimewa kerana tulang belakang ustaz2 sudi berkongsi rahsia kekuatan mereka utk terus menyokong dakwah suami2 mereka yg tercinta. Subhanallah.

Tips para isteri asatizah Murshid –  banyakkan ucap ALHAMDULILLAH & suami-isteri perlu saling lengkap melengkapi… jd para isteri2 jgn sesekali bandingkan suami anda dgn suami2 org lain. Yakinlah dgn ketetapan Allah. 😉

.

session3

Sesi 6: Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender oleh Ustazah Norhafizah Musa

Perkataan yang baik umpama sebatang pohon yang teguh. Ayuh berazamlah untuk menjadi sebatang pohon tauhid.

“Wanita yang keluar bekerja perlu meninggalkan sebahagian hatinya di rumah agar sentiasa ingat bahawa masih ada tanggungjawabnya di rumah sebagai suri rumahtangga.” – Ustazah Norhafizah Musa.

Sesi 7: Srikandi Sahabat dlm hati gadis semasa oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

“Orang perempuan perlu berperanan sama ada di peringkat domestik mahupun di luar. TETAPI, apabila wanita keluar, keluarlah dengan ilmu, dengan kemahiran, dengan profesionalisme BUKANNYA dengan perhiasan, fizikal dan perangai.” -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

.

session4

Sesi 8: Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya oleh Ust Pahrol Mohd Juoi.

Ustaz Pahrol jugak menegaskan ttg ‎3 komponen penting utk penyatuan dua hati dalam rumahtangga:-

1. Akidah: niat/tujuan mendirikan rumahtangga utk mendpt redha Allah
2. Syariat: Rujukan dalam rumah tangga
3. Akhlak: berlandaskan al-Quran.

“Kita boleh berkahwin atas dasar cinta tetapi cinta itu hendaklah diisi, disusuli dan dipenuhi dengan tanggungjawab!” – Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Sesi 9: Kesihatan Holistik menjamin Kesejahteraan Hidup oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

“Kajian terbaru mengatakan untuk mendapat perlindungan daripada terkena kanser payudara, seseorang wanita perlu menyusukan seorang anak secara terus selama 9 bulan. If the women breastfeed for 2 years as been mentioned in the Quran, she will enjoy the protection, In sha Allah.” -Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Q&A session 3: al-Quran menyebut lelaki yg baik utk perempuan yg baik, bagaimana dgn yg biasa-biasa saja?

Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya.

Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya.

Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir.

Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!

[Sumber k-Fiqh]

.

forum

Slot Forum: Monogami dan Poligami: Antara Sunnah, Keperluan dan Kemahuan.

Kapten Hafiz Firdaus berkongsi pengalaman hidup beliau yang mengamalkan poligami.

“Yang salah bukan poli atau mono, tetapi soleh atau tidaknya suami itu.” – Dr Khairuddin Aman Razali

“Apabila masyarakat ATAU wanita menentang kerana sebab yang haram ini, janganlah mudah-mudah melabel mereka sebagai menolak al-Quran! Kerana yang ditentang itu sebenarnya pelaku poligami itu.”  – Ustazah Fatimah Syarha.

Forum dipengerusikan oleh Ustazah Nurul Suhadah Shuib.

.
Dah abes..alhamdulillah.

Semoga Allah memberi peluang utk aku terus menuntut ilmu & berkongsi ilmu. Aku ingin bijak di sana nnt. Terima kasih Allah.

ain&aku

Ain pon join. Dikyah jugak… bagos *thumbs up*

.

Last but not least…pesan Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, “Ladies, there’s no prince charming that will save you!” 😆

Semoga manfaat.

…bila aku rajin menulis (“,)

Durian; …pekena kat Keningau!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

Tetiba malam nih rasa nak makan DURIAN!!! ohhh.. 😮

 

Flash back…flash back….. memory be a hunter!

 

5dec 2012; durian hunting!

Ini cerita bulan December tahun lepas i.e. 2012.

Last 2 weeks aku di Bintulu…layan durian Sarawak sorang2. Kali nih… walaupon mood aku nak balik makan durian kat rumah (maksudnya kat semenanjung la), tp disebabkan ada colleagues drp Head Office yg dtg wat analysis kat mill adalah 1st time datang Tenom…so aku pon tumpang sekaki bila dorang nk rasa durian di Sabah. 😆

 

It was a hectic day in mill. We went back around 8pm (kat Sabah dh mcm jam 9.30pm daa..) teros dropped for dinner. Captain kata kena isi perot dlu before makan durian…hehehe 😀

 

Then… JOM layan my snap with Galaxy SIII 😉

pasar malam Keningau

 

Inilah Pasar Malam Pekan Keningau. JOM kita carik durian…jeng jeng jeng 🙂

durian

Yay..dah jupe DURIAN! Captain la yg otai pilih durian nih… 😉

ohh durian

Yummy…this is my favorite! Memang suker *muahhh*

IMG_20121205_204104

Kwan yang belanja. TQ Kwan… *wink*

———

Abes sudah cerita makan durian kat Keningau.

Malam ni…aku teringin plak nak makan durian. Ohhh… *sigh*

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: