Konvensyen FIQH Wanita & Islam 2013

Assalamualaikum sahabat & readers~!
20jan 2013; …Wanita Itu Cantik~!

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”

 

Aku mulakan warkah ini dgn bait indah yg ditinggalkan Rasulullah s.a.w kpd seisi alam. Wanita SOLEHAH!

 

Idaman semua muslimin di alam maya ini. Muslimah terbaik haruslah bergerak mencari  “role model”  terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina Khadijah r.a.

 

Selaras dgn tuntutan masa kini yg dahagakan ilmu & jua memerlukan sesuatu proses bg menimbulkan kesedaran diri utk menjadi yg terbaik di antara yg terbaik, aku mulakan tahun 2013 ini dgn menyertai KONVENSYEN FIQH Wanita & Islam. Ia adalah pembuka tirai kamus baru serta pengisian awl terbaik buat dairi baru aku. Yeah.. menjejaki taman syurga adalah menyertai majlis ilmu.  Alhamdulillah.🙂

 

Konvensyen ini adalah julung kali diadakan anjuran K-Fiqh & Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID).

Berlangsung selama 2 hari… ia lebih menjurus kpd pembentukan muslimah sejati & terbaik dlm masyarakat. Aku melihat menyertai konvensyen spt ini… umpama REFRESHMENT utk diri sendiri. Ini adlh usaha yg terbaik utk memperbaiki diri serta melengkapkan diri dgn perisai2 akhlak muslimah sejati. Wow… aku memang hendak menjadi SOLEHAH.😉

Konvensyen ini diadakan di MAEPS, Serdang. Pembentangan slot2 yg bermanfaat memang mengujakan. Tetapi masa yg diperuntukkan bg setiap slot amat terhad. Apakah ia sepatutnya diadakan hingga pertengahan malam seperti konvensyen yg pernah aku sertai sebelum ini?! Kekangan masa telah menjadikan slot2 yg hebat seperti slot Ustazah Norhafizah, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol, Prof Madya Dr. Harlina Siraj dan Oki Setiana Dewi bagai terhenti dipertengahan jalan.

Bagi Q&A session..penggunaan SMS adalah yg terbaik. Masa masih lg menjadi halangan bg setiap sesi.

 

Apapun, aku bersyukur kerana berpeluang menyertai konvensyen kali ini. Walaupon aku baru jer balik drp program leadership selama 1week, tp itu tak mematahkan semangat aku utk terus melapangkan dada bg menimba ilmu di taman syurga seperti ini.

 

JOM tengok snapshots aku yer…it was a phone snaps by S3😉

KfiqhW

Ready muslimat memenuhi segenap ruang MAEPS. Muslimin pon ada jugak yg hadir beri sokongan.

.

session1

Pembukaan sesi dgn pembentangan oleh Ustaz Dr. Zaharuddin.

Sesi 1: Wanita Solehah Pendamai Dunia oleh UZAR, Pengerusi MURSHID

Sesi 2: Kedudukan Wanita dalam Islam – Antara Liberal dan Ekstrim oleh Dr Sukki Othman & Dr Zahazan Mohamed.

Kata Abdul Wahab al-Sya’rani, ulamak hadis & ulama Mazhab Shafie, “Kata-kata yg baik akn terangkat ke langit. Imbangkan maksiat dgn kebaikan di tempat maksiat itu terlakukan.” – Dr Zahazan Mohamed (secara mafhum)

 

Q&A session 1: Bagaimana mengatasi krisis pertembungan antara tggungjawab di rumah dengan penglibatan dalam NGO?

UZAR (mafhum): Berdasarkan hadith sahabat meminta izin untuk berjihad sedangkan ada ibu yang masih sakit, Rasulullah menegaskan yang di rumah dahulu mesti diselesaikan.

Begitu juga dengan antara suami dan NGO, hendaklah hak-hak suami dan anak-anak dipastikan tidak terabai terlebih dahulu kemudian barulah tanggungjawab terhadap NGO boleh ditunaikan.

Namun jika komitmen yang lebih tinggi dituntut terhadap NGO seperti menjadi Presiden contohnya, dan muslimah itu pula dihargai kerjanya, dia juga bahagia begitu, maka opsyen poligami boleh dipertimbangkan. Isu ini akan lebih dibincangkan dalam forum esok, Insya Allah.

Isu ini hampir sama dengan doktor Muslimah yang mungkin kurang masanya di rumah maka opsyen poligami boleh menjadi pilihan selain keredhaan dan tolak ansur suami juga PERLU di peringkat pertama. Wallahua’lam.

[Sumber k-Fiqh]

.

special OKIBefore lunch break… penampilan istimewa Oki Setiana Dewi  yg berkongsi kisah hijrah dirinya. Semoga Allah memberikan aku kekuatan seperti dia. :) 

.

session2

Sesi 3: Rumahtangga & Kerjaya: Celik Mata & Hati oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad

Sesi 4: Wanita Jangan Teraniaya-Celik Undang-Undang oleh Dr. Hj Naim Hj Mokhtar

Sesi 5: Disiplin & Prinsip Kewanitaan dalam Surah al-Nur oleh Dr Sofiah Samsudin

“Selagi kita tak celik undang-undang, selagi tu penganiayaan akan berlaku.” – Dr Hj Naim Hj Mokhtar

“Sejauh mana kita mengulang al-Quran kita sedangkan Rasulullah mengulangkaji al-Quran bersama Jibril sejak Ramdhan 2 Hijrah sehingga baginda wafat” – Dr Sofiah Samsudin berkenaan prinsip hidup berdasarkan Nur Qurani.

 

Q&A session 2: Bagaimana dengan perkembangan anak yang dibesarkan oleh amah akhirnya menghantar ibu bapa ke rumah orang-orang tua?

Prof Muhaya (mafhum): Dampingi anak-anak ketika dalam gelombang alpha mereka; ketika sebelum tidur, selepas mandi, ketika gembira, sampaikan embedded message kepada minda bawah sedar mereka yang ibu bapa sayang mereka, beri mereka rasa kasih sayang kita. Biar pembantu rumah kita buat tjawab fizikal anak-anak tetapi yang rohani dan kasih sayang datang daripada anak-anak.

Betapa ramai ibu yang berhenti kerja alasannya ingin menjaga anak namun akhirnya merasakan masa mereka sangat lapang sehingga kemudiannga membuang masa melayani drama semata-mata!

Berapa ramai dalam kalangan kita yang ucap terima kasih kepada pembantu rumah mereka. Betapa manusia amat suka jika mereka dihargai.

Sayangi pembantu rumah kita supaya akhirnya nanti sayang itu akan mengalir turun kepada anak-anak kita yang mereka jaga. Wallahua’lam.

[Sumber k-Fiqh]

.

Day 1 berakhir.

Day 2 dimulakan dgn sesi khas wanita. Sesi perkongsian khas bersama isteri asatizah Murshid. Istimewa kerana tulang belakang ustaz2 sudi berkongsi rahsia kekuatan mereka utk terus menyokong dakwah suami2 mereka yg tercinta. Subhanallah.

Tips para isteri asatizah Murshid –  banyakkan ucap ALHAMDULILLAH & suami-isteri perlu saling lengkap melengkapi… jd para isteri2 jgn sesekali bandingkan suami anda dgn suami2 org lain. Yakinlah dgn ketetapan Allah.😉

.

session3

Sesi 6: Menjawab Salah Faham Kesaksamaan Gender oleh Ustazah Norhafizah Musa

Perkataan yang baik umpama sebatang pohon yang teguh. Ayuh berazamlah untuk menjadi sebatang pohon tauhid.

“Wanita yang keluar bekerja perlu meninggalkan sebahagian hatinya di rumah agar sentiasa ingat bahawa masih ada tanggungjawabnya di rumah sebagai suri rumahtangga.” – Ustazah Norhafizah Musa.

Sesi 7: Srikandi Sahabat dlm hati gadis semasa oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

“Orang perempuan perlu berperanan sama ada di peringkat domestik mahupun di luar. TETAPI, apabila wanita keluar, keluarlah dengan ilmu, dengan kemahiran, dengan profesionalisme BUKANNYA dengan perhiasan, fizikal dan perangai.” -Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

.

session4

Sesi 8: Perkahwinan Bukan Sekadar Aku Terima Nikahnya oleh Ust Pahrol Mohd Juoi.

Ustaz Pahrol jugak menegaskan ttg ‎3 komponen penting utk penyatuan dua hati dalam rumahtangga:-

1. Akidah: niat/tujuan mendirikan rumahtangga utk mendpt redha Allah
2. Syariat: Rujukan dalam rumah tangga
3. Akhlak: berlandaskan al-Quran.

“Kita boleh berkahwin atas dasar cinta tetapi cinta itu hendaklah diisi, disusuli dan dipenuhi dengan tanggungjawab!” – Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Sesi 9: Kesihatan Holistik menjamin Kesejahteraan Hidup oleh Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj

“Kajian terbaru mengatakan untuk mendapat perlindungan daripada terkena kanser payudara, seseorang wanita perlu menyusukan seorang anak secara terus selama 9 bulan. If the women breastfeed for 2 years as been mentioned in the Quran, she will enjoy the protection, In sha Allah.” -Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Q&A session 3: al-Quran menyebut lelaki yg baik utk perempuan yg baik, bagaimana dgn yg biasa-biasa saja?

Ust Pahrol: Baik tiada hadnya. Seseorang boleh jadi baik, lebih baik, excellent, better than the best dan seumpamanya.

Namun, apa maksudnya yang dikatakan biasa-biasa itu.

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik tak semestinya pada awal perkahwinan, kadang-kadang pada pertengahan perkahwinan atau mungkin pada hujungnya.

Ada orang dapat perempuan baik pada awal perkahwinan namun ada orang Allah uji dengan yang kurang baik, dengan tarbiyyah sang suami akhirnya jadi baik pada pertengahan perkahwinan dan kekal sehingga akhir.

Namun yang pentingnya ialah kita menyediakan diri kita untuk menjadi yang baik itu!

[Sumber k-Fiqh]

.

forum

Slot Forum: Monogami dan Poligami: Antara Sunnah, Keperluan dan Kemahuan.

Kapten Hafiz Firdaus berkongsi pengalaman hidup beliau yang mengamalkan poligami.

“Yang salah bukan poli atau mono, tetapi soleh atau tidaknya suami itu.” – Dr Khairuddin Aman Razali

“Apabila masyarakat ATAU wanita menentang kerana sebab yang haram ini, janganlah mudah-mudah melabel mereka sebagai menolak al-Quran! Kerana yang ditentang itu sebenarnya pelaku poligami itu.”  – Ustazah Fatimah Syarha.

Forum dipengerusikan oleh Ustazah Nurul Suhadah Shuib.

.
Dah abes..alhamdulillah.

Semoga Allah memberi peluang utk aku terus menuntut ilmu & berkongsi ilmu. Aku ingin bijak di sana nnt. Terima kasih Allah.

ain&aku

Ain pon join. Dikyah jugak… bagos *thumbs up*

.

Last but not least…pesan Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, “Ladies, there’s no prince charming that will save you!” 😆

Semoga manfaat.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on January 22, 2013, in event | peristiwa and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: