SBM2.0; Sebelum Aku Bernikah

Assalamualaikum sahabat & readers~!

16feb 2013; …indahnya di Taman Syurga😉

Masya Allah. Alhamdulillah.
Actually aku speechless… no word can express my feeling. Why?!  Allah beri aku peluang utk bersama-sama dlm majlis ilmu lg.

 

seminar SBM2

 

Hari nih… aku abeskan sehari di Seminar Baitul Muslim 2.0; Sebelum Aku Bernikah. Alhamdulillah, byk intipati ilmu yg dpt dipelajari. Walaupon kebykkannya aku dah tahu & pernah pelajari dlu.. .tp kali ini ilmunya dikongsikan oleh panelis yg berbeza. Ilmu itu byk cabangnya. Inilah yg dikatakan REFRESHMENT🙂

Program Seminar Baitul Muslim 2.0 nih merupakan program 2 hari. Tp tahun nih aku berkesempatan utk hadir 1 hari je… aku pilih Sesi “Sebelum Aku Bernikah”. Sememangnya relevant sgt dgn aku yg masih dlm usaha utk memperbaiki diri dan menjadi lebih baik.

baitulmuslim badge

 

 

Perkahwinan itu satu kebaikan. Jangan malu utk mencari kebaikan – Ust Pahrol Juoi

Slot 1: Langkah 1,2,3,Cari Jodoh.

Ustaz Pahrol Juoi… favorite panel aku dlm mana2 seminar!

Spt yg dijgkakan..slot nih menghangatkan pagi kami. Ramai yg belom berkahwin & ingin berkahwin mesti nak tau tips utk mencari jodoh. Betol tak? (anggok-anggok la tuh…hikhikhik)

 

Nak tapi malu… Mahu tapi tak tahu…

Aku kongsikan ringkasnya 3 kaedah terbaik yg Ustaz tekankan –

1) Jadi soleh/solehah – kita berusaha melakukan kebaikan. Menjadi org yg baik, kita akan menarik org2 yg baik.
2) Ikot pilihan orang yg baik – org yg baik tak menganiaya org lain. Siapa org yg baik?

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:“Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya”.

(HR Tirmizi)

3) Ikot cara yg baik – setiap perkara itu ada method utk melaksanakannya. Dlm Islam kaedah berasaskan kpd Akidah, Syariat & Akhlak. Bukan ikut logik akal dan budaya semasa. Bila berasaskan prinsip2 ini…maka konsep “Perigi mencari Timba” tak relevant dlm perkahwinan Islam.

 

Wahh…teruja?! Bila cerita psl “Perigi Cari Timba” ramai yg terbeliak mata, bangun drp sandar yg lentok & memasang telinga!😀

Relatifnya… dgn kaedah yg betol, sume cara adalah harus kecuali yg bertentangan dgn 3 prinsip disebotkan td – Akidah, Syariat & Akhlak.

 

Aku shared sket kaedahnya…1)  gunakan org tengah (org yg baik-baik), 2) Ayah (si perempuan) & 3) Diri sendiri (extra-ordinary kan…tp dgn berakhlak yakni bawalah ibubapa & org tua). Wa’llahualam.

Pullstop Slot 1 (byk kalo nak hurai Slot nih je…masih menebal input2 ilmiah dlm minda nih).

 

Next Slot 2 – Pengurusan Hati oleh Ust. Mohd Ridhauddin Salleh.

Hah…sempoi la Ustaz. Pendekkan cerita… Lelaki TAK sama dgn PEREMPUAN. Bila tak sama.. kita kena kenali nature pasangan kita. Barulah tak sakit hati. Btol tak?! Hehe…

Caranya…?!

1) Jadi org soleh/solehah
2) Jadi org soleh/solehah
3) Jadi org soleh/solehah (dgn tingkatkan iman, dekatkan diri pd Allah)
4) Jangan guna Akal utk mencari, guna HATI utk berfatwa (cari ikot yg 4 – harta, keturunan, rupa & agama)
5) Buat perjanjian “KESETIAAN” (merancang utk berkahwin, usaha – tawakal kpd Allah dgn setia pd psgn)
6) Jangan mulakan langkah syaitan (jgn SMS/bergayut telefon/dating… jauhkan unsur maksiat dlm perhubungan)
Permulaan yg baik, pengakhirannya juga baik, in sya Allah. Oleh sbb itu..kita kena perbaiki diri, jadi org yg baik, bergaul dgn org yg baik, melakukan kebaikan. Allah akan mendekatkan kita dgn kebaikan jugak.

 

Matlamat PERKAHWINAN adalah utk MEMBERI dengan HATI – Ust Ridhauddin

 

Slot 3 cerita pasal Fulus oh Fulu$ – Tn. Suzardi Mualan.

Bab ni mmg seronok. Sbb merancang perbelanjaan kahwin yg sederhana & ideal. Bersesuaian dgn syariat dan merancang perbelanjaan selepas kahwin.

Tips…carilah pasangan yg SEKUFU Financial IQ. Haha😀

1) Belanja kahwin utamakan yg WAJIB & SUNAT shj – lain-lain tuh kalo tak ada pon tak pe.
2) Hadkan jemputan kpd saudara & sahabat yg paling rapat – kenalan lain tuh kita jemput pon dia tak kisah, tak tentu dpt memenuhi jemputan lg pon.
3) Rancang plan kewangan selepas berkahwin cari aset utk develop saving – hidup bersederhana.

Bersederhana maksudnya menangguhkan kepuasan dan kehendak. In sya Allah.

 

Next slot 4 with Hilal Asyraf – “Sebelum Aku Bernikah”.

Yea…ramai yg kenal Hilal Asyraf. Penulis buku “Sebelum Aku Bernikah”. Hari nih dia berkongsi pengalamannya utk mempersiapakn diri sebelum berkahwin, merancang perkahwinan & menghadapi alam pertunangan.

 

Shortcut sket…

Matlamat CINTA adalah Syurga Allah – jaga batasan syariat dlm menuju alam perkahwinan.

Cinta sebelum berkahwin = Usaha mempersiapkan diri utk berkahwin

 

Ready? Persiapan? Usaha?

Spiritual – H.D.A ; Hubungan Dengan Allah. Hubungan dengan Allah penyelamat, mendidik jiwa lebih kuat.

Mental/Emosi – Fahami “Kita akan hidup dgn seorg manusia lain. Dia ada keluarga, dia ada minda, dia ada jiwa – semuanya yang lain”. Praktis melayan karenah ahli keluarga kita spt ibu, ayah, kakak perempuan, adik lelaki utk belajar cara utk melayan karenah suami/isteri kita kelak.

Materialkekuatan utk survival iaitu kemampuan utk berdikari, merancang kehidupan dan kesungguhan dlm melaksana tindakan.

 

Rumahtangga;  Asas yg rapuh tak akan mendirikan bangunan yg kukuh – Hilal Asyraf

 

Slot malam – wow Forum bersama Amin Idris (moderator), Ust. Ubaidillah & Kak Wardina.  Tajuk “I drive, U baca peta.

Keseluruhannya mengupas tips menguruskan komunikasi, psychology dan perbezaan 2 jiwa. Memang lelaki tak sama dengan perempuan, tapi kita boleh SERASI.

A great relationship have two things, appreciate whats the same and respect what the different – Wardina Safiyyah

 

5 love languages: Words, Presents, Act of Services, Quality Time & Physical Touch – semarakkan CINTA dlm perkahwinan.

 

Wah…pjgnyer aku ngomel cerita ilmu hrni! Conclusion for the day Love is fitrah But to love correctly & ideally we must love our creator Allah s.w.t & His Prophet Muhammad s.a.w.

 

Last but not least… pesan kak Wardina, “Don’t wait for the right person, BE THE right person”.

CINTA kita adalah IBADAH. Subahanallah. Aturan Allah itu amat indah & sempurna. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kpd aku & kamu jugak. Wa’allahualam.

 

Have a splendid weekend~!

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on February 17, 2013, in event | peristiwa and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: