Monthly Archives: March 2013

SEKSI; apakah ia keperluan atau keseronokan?

Assalamualaikum sahabat & readers.

 

31mar 2013; …wah tajok mcm gempak!

Dah lama rasanya aku tak mencoret pendapat aku ttg mcm2 hal disekeliling aku. Yelah…most of my story lately psl kenangan aku dlm aktiviti seharian. Hari nih…walaupon mcm dh agak basi, aku tetap nak cerita. Yelah, nak igtkan diri sendiri (& kamu jugak).

Ohh…yelah cerita pasal kontroversi kenyataan tak berlapik oleh segelintir wanita di luar sana tentang HAK mereka utk tampil bebas di khalayak. Ohh..slalunya tentu public figure yg jd tumpuan. Tapi hakikatnya, ramai yg lain bergaya bak public figure nih.

 

Apa yg ditakuti?
Yelah…bila terang2 berani mempersoal ttg HAK penampilan diri sendiri, maka risaunya menjadi ikutan bg mereka2 yg masih terumbang ambing meredah realiti kehidupan bersosial di luar sana.

Kalo public figure yg dipilih menjadi role model. Segala apa yg ditonjolkan menjadi pujaan & ikutan tanpa usul periksa. Malah kenyataan yg dilemparkan drp bibir role model jugak menjadi hujah bernas buat si peminat setia. Ohh..merisaukan bila public figure berani tampil memberi kenyataan panas seperti “Seksi itu adalah hak milik saya”.

 

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

 

 

Susulan dari isu kenyataan “berani mati” seorg public figure itu, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.

So, hari ni… aku nak kongsikan coretan kenyataan PM Dr. Harlina utk aku (& kamu jgk) 😉

Salam ukhuwah.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.

Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai ‘hak peribadi’ nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga ‘tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja.

Kalau ada yang mahu mengatakan : ‘Who cares?’,

Dr Har jawab, ‘I do care! A lot!’

Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan:

Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah swt adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!

Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, ‘Jangan jaga tepi kainku!’

Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini: Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?

Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.

Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.

Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.

Fazakkir, innafa’atiz zikra – Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah,
Dr.Harlina Halizah Siraj (Dr.Har)

 
Adalah diharapkan perkongsian artikel ini akan memberi manfaat kpd my sahabat & readers serta masyarakat secara keseluruhannya. Dengan ilmu yg sedikit ini, aku berharap agar coretan kali nih dpt mengingatkan aku (& kamu jugak).

 

aku_mimie

Menutup aurat adalah kewajipan kita yg mentaati perintah Allah. (Gambar Hiasan)

 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

[Surah An-Nur, 31]

 

SEKSI itu bukan keperluan & ia juga bukan satu keseronokan. Fikir-fikirkan.

Ingat… 3R -Responsibilities, Rights & Respect penting dalam usaha kita mencari redha Allah.

Happy reading & semoga bermanfaat 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

Advertisements

Pink Guava mixed juices

Assalamualaikum sahabat & readers~! 20mar2013; …cari mood 😉 Actually..aku baru je balik keje. Terus online guna Maxis Wifi Broadband yg aku br je received yesterday. Ermm…nak test network la kirenya nih.

Toink…tooong!
Nak cte aku dpt 2 carton company’s juice products.

image

Hah… memula hati girang. Lpstu terbeliak mata bila tgk expiry date on 21/3/2013. It is this Friday!! Aiyoooo… 😮

Dlm kepala ligat putar nak kasi kt sapa la air juice byk2 ni…ermmm!

BFF ♥ !
Yeah… reserved sorg setengah dozen. Haha 😀

Aien d’cousin 😉
Seingat aku…aien mmg suke pink guava drink. Hehe.

Rezeki kita la. Smoga Allah memberkati rezeki ini.

Hah…special msg utk BFF & aien d’cousin, jgn lupa minum smpai abes before expired yer. Kalo simpan dlm fridge..maybe bole tahan lg until weekend. Tapi tak jamin la eyh 🙂

Terima kasih Allah.
…bila aku rajin menulis (“,)

…my lens; sunset in Bintulu

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

18mar 2013; …blogging mood!

 

What I found in my album?! Yea…. SUNSET snapshots 😆

 

sunset

 

dawn

 

me in March 2013

 

 

Again… SUNSET in Bintulu. It was 14/3/2013 during my outstation.

I took a shot of sunset at Bintulu Waterfront in Bintulu. It was leisure evening with fitness workout at Parkcity Everly Hotel… then walking along waterfront park to see sunset dawn moments. I believe in my snapshots…it really released me after work. Marvelous moments, very beautiful sunsets! Best… 😉

 

…bila aku rajin menulis (“,)

 

 

%d bloggers like this: