Monthly Archives: April 2013

JOM; Konvensyen Aku Cinta Allah & Rasul

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

30apr 2013; …just a short note.

Hah..just nak share info dgn sahabat sume.  Mana tau ada yg masih tercari-cari taman syurga utk dikunjungi… JOM kita memanfaatkan hujung minggu kita di KONVENSYEN AKU CINTA ALLAH & RASUL.

 

One Heart Creative Solution mengambil inisiatif utk menganjurkan sebuah program Konvensyen ‘Aku Cinta Allah & Rasul’ dgn matlamat mengajak umat Islam kembali menghayati keindahan Islam dan membantu golongan yg mencari jalan keluar dari kejahilan dan kegelapan hidup.

 

Bila?
29 & 30 Jun 2013 (Sabtu & Ahad)
9.00 pagi hingga 10.00 malam

 

Kat mana?
Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur

 

Berapa bayaran?
PROMOSI EARLY BIRD!! (SAH SEHINGGA 10 JUN 2013)

Seorang: RM120.00
Berkumpulan 5 orang dan ke atas : RM100/seorang

Harga Normal:
Seorang: RM200.00
Berkumpulan 5 orang dan ke atas: RM150.00/seorang

 

Utk siapa?
Terbuka kpd SEMUA lapisan masyarakat tak kira muslim atau non muslim, berhijab ataupon tidak, lelaki atau perempuan. Asalkan ada dlm hati & niat utk lebih mendalami keindahan Islam, utk lebih dekat dgn Allah serta mengenali dan mencontohi peribadi tokoh hebat Muhammad S.A.W.

 

Penceramah?

1) Dr. Zulkifli Al-Bakri
2) Ustaz Mohd Sukki
3) Tn. Amin Idris
4) Fatih Seteragic
5) Tn. Nicholas Sylvester

…dan ramai lagi.

 

poster KACAR

Berminat?
Click DAFTAR

 

Semoga program ini akan menyuburkan lagi perubahan positif yg sedang berlaku dlm masyarakat dan seterusnya mendaulatkan Islam di muka bumi.

 

Semoga Allah memberikan kelapangan kepada kita semua. In syaa Allah.
Tak sabarnya… 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

PRU13; Kehangatan mengundi kembali

Assalamualaikum sahabat & readers~!

27apr 2013; …jom pakat2 mengundi.
Hah.. tarikh penamaan calon pilihanraya dh berlalu pd 20/4/13 lalu. Sume kawasan DUN & Parlimen dh ada senarai calon2 yg bertanding. Skrg masok mood berkempen!! 😉
So… jom kita audit calon kawasan masing2. Siapakah yg bertanding kali ni? Apa manifesto yg diketengahkannya? Apa kebajikan yg telah beliau lakukan? Atau dia sekadar utk melengkapkan perjuangan parti yg bertanding?

 
Skrg tempoh berkempen selama 15 hari. Calon dok sibok keliling kawasan meraih undi & menabur janji. Bendera jgk meriah dipasang di setiap penjuru kawasan sekitar. Sampai sakit mata pon ada…bukan apa, kdg2 tuh kedudukan bendera, posters & buntings menghalang pandangan especially di jalanraya. Mcm2 hal…ada jgk yg menheret bendera ke hulu ke hilir… 5 tahun sekali je nk rs bahang kepartian mcmni. Hehehe 😀

 

Errmm…bila sebot psl berkempen, kita bagai jihad berperang. Psychology War! Ohh…cuma aku lihat kematangan perang psiko ni makin menghilangkan budaya berbudi bahasa & sopan santun. Bukan pd pemimpin yg bertanding…tp penyokong2 tegarnya. Biarlah org politik je yg cerita mcm2. Janganlah kita tambah lauk. Sikap kita adalah cerminan kpd calon / parti yg kita sokong. Serious, aku tak suka kalo org asyik highlight psl keburukan individu! Memang adat ke nak jatohkan org lain dgn membongkar keburukan? Bukan matlamat menghalalkan cara!! Support la calon2 pilihan anda dgn hujah2 yg matang. Cte psl mcmne nk realisasikan sume manifesto yg dijanjikan agar kita sume dpt manfaatnya utk 5thn akn dtg. Biar org2 yg mendengar analyze & decide apa yg mereka mahu.

Haha…kesian aku tgk bila kita pon sama ‘bukak mulut’…bercakap la mcm bertih jagong (ohh uolls.. zmn siber nih bercakap tuh serupa mcm upload status, tweets etc ler). Dah mcm nenek kebayan berceloteh, kelentang..kelentong bunyinya serupa mcm tin kosong..!

Ingatlah.. kita bukan sedang cuba utk menggamit perhatian umum atau meraih simpati masyarakat. Kita hanya ikhlas memperjuangkan ideologi & isu berkaitan nasib kita dlm memilih pemimpin utk negara tercinta. Sebenarnya, masih ramai lagi yg kabur mengenai janji-janji yg dicanang-canangkan ini. Masih ramai yg menanti penjelasan & penyelesaian masalah sebenar yg dijanjikan. So, sebaiknya kita mula bercerita / menulis ttg sesuatu yg bole dijadikan rujukan sama ada secara ilmiah or secara santai…tp biarlah berdasarkan bukti, bukan hanya cakap2 kosong spt cerita turun-temurun. Tak rugi jgk sekiranya kita berdiam…ia tak menjadikan kita penakut mahupun seorang yg tak berideologi, sebaliknya menjadikan kita semakin disegani. 🙂

Hah..tepok dada tanya selera. Undi kita hak kita. Pilihan ditangan kita. Biar apapon pilihan kita…berpeganglah kpd prinsip akidah Islam. Persaudaraan jangan diketepikan. Berusahalah kita utk berpolitik seperti berdakwah. Sebarkan ttg perkara yg baik utk dijadikan tauladan, perkara yg buruk utk kita dijadikan sempadan.

Always bear in mind, lidah & mata pena itu lebih tajam dari pedang! Jgn sampai apa yg kita cakap, apa yg kita tulis sebenarnya hanya fitnah. Jagalah iman kita. Wa’allahuam.

Image

JOM mengundi! 😉

…bila aku rajin menulis (“,)

Ailurophobia; …meowww!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

22apr 2013; …it was so long I’m not updating my page 😦

 

Hari ni aku akn outstation lg. So just a short note… nak cte pasal kes org2 takot kucing! Ramai ke yg kat luar sana tuh takot kat kucing?! Walaupon sume org tahu, kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah s.a.w… tapi bukanlah berdosa sekiranya kita menghindari drp mendekati kucing atau mengelak diri drp didekati oleh kucing.

 

Pernah dengar ttg Ailurophobia?

Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing.

 

Ailurophobia

 

Tapi, selalunya…kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dlm sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yg sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yg menjemput kucing utk digesel & dimanja. Berbanding si fobia kucing yg akan menunjukkan bahasa tubuh spti duduk diam, merapatkan tangan & kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

 

Lihatlah..sebenarnya pd aku, org yg takot pd kucing ni adalah org yg paling penyayang terhadap kucing. Sebab:-

1) Org takot kucing tak pernah pegang kucing secara kasar e.g. tepok2 badan kucing yg mungkin menyebabkan kucing rs sakit.

2) Org takot kucing tak pernah pukul kucing pon… mcmne nak pukul, blom apa2 dh cabot larik! 😀

3) Org takot kucing lebih lembut hati kpd kucing… sbb tu kucing pon suka usik2 & bermain acah2 dgn org2 penakot nih.

 

Dah cukop la 3. So… hormatilah golongan yg takot pd kucing. Setiap org ada fobia masing2…

 

Conclusion?!

Hahaha… cukop la kucing di sana, aku di sini.

 

Fullstop!

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: