Hiasi Ramadan; …ohh sahur lagi~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

26july 2013; …salam 17 Ramadan 1434H.

Alhamdulillah, sedar tak sedar…hari nih ialah hari Nuzul Quran.

Tahukah apakah peristiwa Nuzul Quran nih? Just a brief sharing on Nuzul Quran… Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur’an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.

Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi s.a.w maka ianya memberi makna terlalu besar kepada kita umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Ayat al-Quran yg mula-mula diturunkan Allah kpd Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

 

Hah… itu peristiwa Nuzul Quran. Jom aku share plak peristiwa aku outstation di Keningau, Sabah minggu nih (21-24 July 2013) …cerita apa erk?!

Let’s photos talk…

 

berbuka_1

Hari Sabtu (20/7/2013)… ni la masa nak masak2 utk berbuka. Maklumlah… kalo weekdays mmg tak sempat kot nak balik umah & masak utk berbuka. Tukar selera la bila weekend.

Lauk apa? cer teka…sume tuh lauk favorite! huhu…betol2 mood rajin kan?? hikhikhik😀

.

outstation

Outstation mood now is switch on~!

Bertuah punya anak kan… aku dok pk “apalah mama & abah nak bersahur masa aku away from home nnt?!”😉

.

.

.

TAPI…

.

.

.

sahur_lagi2

Nasi goreng JUTA (sempena nama hotel Juta, tempat aku dok kat Keningau nih)

.sahur_lagi3Nasi goreng kampong

.

Rupanya aku yang sempot bila hari-hari bersahur di Keningau dgn menu NASI GORENG! Perghh… aku dok sibok tanya, “Boleh tak saya nak order menu lain utk bersahur?”… respon “maaf cik, kami hanya sediakan 5 menu ini sahaja utk mkn lewat malam (i.e. bersahor la) di sini”. Aiyakkkkk😮

.

Apa 5 menu tuh? 

Nasi putih + ayam goreng kunyit

Nasi putih + filet ikan masak sweet sour

Nasi putih + daging balck pepper

Nasi goreng JUTA

Nasi goreng kampong

.

Rezeki masing-masing la kan. Hehe… walaupon semua nya menu nasi… aku bersyukur. Ada juga makanan nak dijamah utk bersahur.

Mama & abah?! Alhamdulillah… mereka tetap bersahur seperti biasa. Adalah cerita nya…biarlah rahsia kami sekeluarga.

What I can say in 1 word… Kelakarlah!  :D

This was my first time berpuasa di East Malaysia. Slalunya aku cuba utk planning visit agar aku tak payah outstation jauh2 drp family in Ramadan…but this year mmg tak bole dielakkan. Syiok tuh masa pergi.. bersahur lewat tapi berbuka awal (awal sejam tuh uoll…). Masa balik plak… bersahur awal (jam 3.30 pagi dah makan…) tapi berbuka lewat… uwaaa, kena tahan lah!😀

Alhamdulillah…everything dalam perlindungan & izin Allah s.w.t.

 

Hari nih…public holiday! So… aku masak-masak utk berbuka puasa. Yummy… yang penting happy fasting😉

berbuka

Today’s menu was requested by my beloved mama  :)

Macaroni goreng, sup sayur patola & ikan masak berlada…  & mmg tak kluar ke pasar juadah pon hari ni.

Semoga ibadah puasa kita mendapat berkat daripada Allah s.w.t.

Selamat menjalani ibadah berpuasa hingga ke hujung Ramadan semua… amin.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on July 26, 2013, in food | citarasa, notes | nota and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. wahh. nasi goreng juta tu sedap ke tak? dah lama tak makan nasi goreng. sejak puasa ni makan nasi berlauk je. salam perkenalan. selamat berpuasa🙂

    • Nasi goreng juta tuh…nasi goreng cina dgn udang. Pastu ada telur mata & chicken wing. Rsnya bole tahan…cuma kalo mkn jam 3.30pg, alahai….hehe

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: