Monthly Archives: August 2013

28 haribulan Ogos!

28haribulan

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

28aug 2013; …senyum sampai telinga 😀

 

2808 mate wish

.

2808 lin wish

.

2808 mimie wish

.

Firman Allah SWT di dalam surah ad-Dhuha ayat 11 yang bermaksud,

“Dan terhadap nikmat TuhanMu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutkannya (dengan bersyukur).”

 

2808 rewards

.

2808 rewards1

*Pizza utk mama & abah. Parkson utk akak…hokey! 😉

 

2808 me

Terima kasih Ya Allah atas segalanya. 

Alhamdulillah, Ya Allah, syukur padaMu terhadap usia yang telah Engkau berikan padaku. Terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan. Terima kasih untuk setiap dugaan dan ujian yang telah Engkau turunkan terhadapku. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan padaku, namun terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu. Ampunkanlah aku Ya Allah. Aku hanyalah hambaMu yang daif dan lemah. Adakalanya aku tewas dengan godaan yang melanda. Namun, dengan limpah rahmatMu, Engkau masih memberiku peluang mencari redhaMu. Terima kasih Ya Allah.

 

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasihMu. Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dgn kesedihan yg amat perit.

 

Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar,  Allahu Akbar! Peliharalah aku yg lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu… Amin Ya Rabbil-Alamin.

 

Alhamdulillah 😉

** To all sahabat yg wish me thro phone, sms, whatApps, facebook, instagram, weChat & other communication channels… “terima kasih berbaldi-baldi, semoga Allah merahmati”.

…bila aku rajin menulis (“,)

 

Sempoi raya; …Baraan with BFF~!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

25aug 2013; …kembara raya with BFF!! 😉

 

Bak kata ketua baraan seumur hidup kitaorg… Juju (BFF with LoVe)

“it’s been a routine on Syawal. get together to share love, laugh, gossip & foods of course! there’s always ups & downs but i know we always hv each other through thick & thin..”

 

Jom layan cerita aku!

 

baraan1

baraan2

baraan3

baraan4

Bulan Syawal bulan mulia,
Masa meraikan kemenangan berpuasa,
Ini 6 sekawan empunya cerita,
Menyambut raya bersama-sama…

Tik tok tik tok masa berlalu,
Tak sangka raya dah abes 2 minggu,
Ketua Baraan tentulah Juju (BFF with LoVe),
Kami yg lain-lain sediakan menu...

(maklumlah tahun ni tak dpt beraya umah juju…sbb kakak juju baru je bersalin 2 days ago. Happy…sonok!)

Bandar Enstek lokasi pertama,
Bangi pulak destinasi seterusnya,
Shah Alam jadi pilihan ketiga,
Last skali lepak kat Kota Damansara

.

baraan 5

Nak gathering bukannya senang,
Masing-masing sibok bak menteri,
Di Enstek sediakan nasi impit & kuah kacang,
Breakfast sempena meraikan aidilfitri.

.

baraan6
Berkonvoi kami empat kereta,
Vios, Kenari, Gen-2 & Spectra,
Rumah Mimie (BFF with LoVe) hidangkan laksa,
Resepi istimewa orang Melaka.

.

baraan7
Ramai org buat rumah terbuka,
Kenduri kahwin pon sama hebat,
Alin menjemput geng BFF beraya,
Seronok tuh sbb ktorg jd tetamu yg last.

.

baraan8b
Rumah Sue (BFF with LoVe) yg akhir sekali,
Domino’s pizza pilihan kami,
Bab bergambar tak pernah dilupai,
Berposing sakan sampai lupa diri…

 

syahdu takbir bergema-gema,
memuji kebesaran Allah yg maha Esa,
Seronok beraya dengan BFF tercinta,
semoga amalan ini kita maintain sampai ke tua.

 

Thank you Allah for this wonderful friendship! 😀

…bila aku rajin menulis (“,)

Sempoi raya; …gathering!

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

24aug 2013; …feeling great! 😀

WhatApps platform tautan bicara,
Group “USMKKj yg Best” macam-macam cerita,
Nak bertemu muka tak tahu bila,
So aku jemput yg dekat-dekat datang beraya.

.

geng1

Aku ni busy mengalahkan menteri,
Nak plan program itu ini sangatlah susah,
Erna, Pah, Kay, Sue, Fida, K.Awien, Pie, Nurul & Alifah hani,
Gelak mereka je dah mcm nak pecah rumah.

geng3
.
geng4
Nak gather-gather bukannya senang,
Masing-masing ada banyak hal,
Erna & hubby nya lepak sampai petang,
Ni sume nak reunion punya pasal.
 .

Kay,Pah, k.Awien & sue berkongsi kereta,
Kononnya nak kurangkan traffic di kota,
Konvoi plak dgn si Fida,
Sonok melepak gelak ketawa,
Kena mengena pon ada juga,
Mmg btol la kitorang ni dah lama tak jumpa.

 .

Uyul & alifah lambat sekali,
Pie pon sanggop dtg walaupon puasa hari ni,
Bila dah kumpol ramai-ramai cenggini,
Berposing tentu tak kan dilupai.

.
geng2

Kuih raya tunjuk-tunjuk saja,
Maklumla aku kan wanita bekerjaya,
Sibok hari2 sbb takmo makan gaji buta,
Terima kasih la kengkawan semua,
Sbb sudi meluangkan masa dtg beraya,
Mana yg tak datang… tolong jgn jeles ya!

Berdentum-dentum mercun berbunyi,
Tanda meriahnya hari lebaran,
Aku nak ucapkan Salam Aidilfitri,
Segala salah silap,aku mohon kemaafan.

 

Terima kasih Allah. Semoga persahabatan kami berkekalan & mendapat keberkatan. 🙂

…bila aku rajin menulis (“,)

%d bloggers like this: