Monthly Archives: September 2013

Mama; …you’re always in my heart.

A mother is one who understands the things you say & do,

who always overlooks your faults & sees the best in you.

A mother is one whose special love inspires you day by day,

who fills your heart with gladness in her warm & thoughtful way.

A mother is all these things & more… the greatest treasure known.

And the dearest mother in all of the world is the one I call my own.

 

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

18sep 2013; …perginya seorang ibu yg amat disayangi buat selama-lamanya.

Allah Ta’ala berfirman:  “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya.”

[QS. Al-Munafiqun:11]

 

Kami redha atas pemergiannya.

Namun, perpisahan ini hanya sementara. Aku akan terus berdoa agar di syurga nnt dapatlah kami bertemu kembali. Dialah ibu yang solehah. Dialah yang tak pernah jemu menasihati, mengingati dan menegur segala kelemahan & kekurangan. Dia juga tak pernah terlepas untuk mengucap syukur atas segala kejayaan yg kami kecapi. Dia tempat kami berkongsi cerita, dia tempat kami meminta doa dipermudahkan segala urusan, dialah yang kami paling sayangi.

 

Kini yang tinggal hanya kenangan bersama. Hari-hari kami sekarang senantiasa dihambat kerinduan yg takkan terubat.

 

raya1434H1

us

 

mama2

mama1

Allahummaghfirlaha-warhamha-wa-afili-wa’fu anha.
Ya Allah, ampunkanlah ibu ku, rahmatilah ibu ku, hindarilah dia daripada keburukan dan maafkannya.

.

Kehidupan tetap diteruskan. Aku bersyukur Allah permudahkan segala urusan. Aku bersyukur Allah berikan kami kekuatan. Aku berdoa agar Allah memelihara kami daripada kesedihan dan kesunyian. Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk arwah mama & kami sekeluarga. Allah maha penyayang.

Kita sedar giliran kita akan tiba juga. Semoga Allah S.W.T memberi kita kesempatan untuk menemui kematian dgn sebaik baik cara yang diredhaiNya.

 

Ya Allah, berikanlah ibu ku rahmat yang menerangi pembaringannya di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kuburnya daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kuburnya salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada ibu ku yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembutnya kepada kami adik-beradik di masa hidupnya.

Ya Allah janganlah sampaikan kepadanya berita tentang kami yang mengecewakan dia, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepadanya.

Jangan hinakan ibu ku di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh ibu ku dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan dia ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati ibu ku pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah dia orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anaknya hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin. Amin

my beloved mamaMama.. i LoVe u so much forever.

…bila aku rajin menulis (“,)

Malaysia Day; …5S

image

Assalamualaikum sahabat & readers~!

16sep 2013; …syukur, sayang, sentosa, sukses, seronok!

Wah…hari nih kita menyambut hari pembentukkan Malaysia yg ke-50 tahun.

Bagi aku… “hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri”. Patriotik sgt la kan?!! Yes I do!

5S utk Malaysia negara tumpahnya darahku…

Syukur – negara yg dilimpahi rahmat oleh Allah. Segala apa yg berlaku hari ini adlh peringatan Allah kpd kita supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat yg kita kecapi.

Sayang – di sinilah aku dilahirkan. Di sinilah tempat berkumpul sume ahli keluarga, saudara & sahabat handai. Aku sayang mama, abah, my sis, my bro & atok. Aku sayang my BiG family. Aku sayang sahabat2 aku…aku sayang sume ♥

Sentosa – kehidupan yg dikelilingi oleh kemakmuran, kedamaian & kebebasan dlm menjalani aktiviti seharian. Pelbagai bangsa ada di Malaysia nih…tp kita bole mengamalkan budaya kita masing2. Malah keindahan alam ada di merata2…tak yah nk pegi holiday jauh2 kan.

Sukses – kagum dgn Malaysia hari nih. Tak dpt dinafikan dgn adanya pemimpin istimewa kurniaan Allah di Malaysia…kita telah berjaya mengecapi kemajuan yg “impossible” ini. Terima kasih kpd pejuang kemerdekaan, tulang belakang pembangunan & pemacu kemajuan negara. Tun Dr. Mahathir tentu skali yg akn disanjungi ats kecerdikannya membangunkan negara kita…pemikiran yg jauh ke hadapan dlm membawa Malaysia sukses spt sekarang. Wahhh… 😉

Seronok – sweet memories banyak sgt. Perghh…kalo nak dingomel2 kan…bole patah jari iolls nk menaip. With big family – jalan2, makan2, picnic, holiday & mcm2 la…with kengkawan skolah (mcm2 peel kita buat…nak jd otai kan?! Hehee….), matrix-mates (esp kenangan kat H23), roomates (tak ramai rumet pon…bole kire dgn jari je), unimates, colleagues, BFF ♥ , d’sengaL world cup & d’mereng miDot (wah…giler byk kalo nak list out)… seronok2 ☆ 🙂

Happy Malaysia Day everyone. Hv a splendid one *wink*

…bila aku rajin menulis (“,)
Posted via WordPress for Android

%d bloggers like this: