Maulidur Rasul; …Lau Kana Bainana Muhammad s.a.w.

Assalamualaikum sahabat & readers~!

14.1.14; …today is 12 Rabiulawal 1435H.

Salam Maulidur Rasul.

Lau Kana Bainana

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba…

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam….

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

 

Inilah bait-bait rindu kepada Rasulullah yg dilagukan  oleh Abdur Rahman Muhammad dalam bentuk nasyid Arab. Malah ramai penyanyi yg menyanyikan. Version asal dlm bahasa Arab, malah kini di Malaysia dah ada terjemahannya.

Aku?! Bagi diriku yg kerdil ini… terjemahan ini besar hikmahnya. Ia memberi peluang kpd kita semua menghayati maksud indah liriknya. Sedar atau tak…walaupon mendengar dlm versi Arab, mata juga mampu berkaca. Apatah lagi sekiranya mendengar alunan lunak Hijjaz (or) Hafiz Hamidun dlm versi Bahasa Melayu. Ohhh…benar-benar terasa rindu pd Rasulullah s.a.w. Terasa seperti jauhnya tempat aku berada… terasa seperti aku dipintas ramainya org berpusu-pusu berlari ke arah Rasulullah. Ya Allah rindunya aku pada kekasihMu ya Muhammad s.a.w. Kasih sayangnya amat besar pd kami umatnya. Aku mahu bertemu baginda s.a.w. di akhirat nnt.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tiga perkara sesiapa yang memiliki tiga perkara tersebut maka ia memiliki kemanisan iman: Mencintai Allah dan rasul-Nya lebih daripada cinta kepada perkara lain…

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita akan terus istiqamah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. tanpa mengira waktu. Tanamkan azam dalam jiwa kita utk menjadi ummah yg sentiasa mengingati, mengasihi & mencintai Rasulullah s.a.w.  Bahagianya kita pd hari ini adalah kerana kecintaan baginda terhadap umatnya & di akhirat kelak, syafaat baginda jualah yg dpt menyelamatkan kita drp azab Allah yg amat berat. InsyaAllah.

Salam Maulidur Rasul SAW kepada semua. JOM kita berusaha melahirkan kecintaan kita kpd baginda Rasulullah s.a.w hingga ke akhirat kelak. Wallahualam.

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on January 14, 2014, in event | peristiwa and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: