Semporna Trip; …day 2 in Bohey Dulang Island

Assalamualaikum sahabat & readers~!

 

I’m back… yay, nak sambung cerita cuti-cuti Malaysia kitorang di Semporna Islands. Takot makin lama nnt..makin basi plak cte iolls. Huhuhu… uolls pon tak sabar gaks kan?!! ecececeh….😛

 

30.3.14; 8.00 a.m.

This was our day 2.

Hari ni kitorang akan pusing pulau-pulau Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) sekitar Semporna ni. Antaranya Pulau Bohey Dulang, Pulau Maiga & Pulau Sibuan. Fyi…jarak perjalanan drp Mabul Island ke TMTS ni lebih kurang 2 jam. Perghh… ibarat drp KL ke Melaka jauhnya perjalanan, hahaha😀

 

Dok selongkar photos collection ni…rasanya mcm banyak cerita nak coret-coret kat sini. Takot nnt entry aku pjg berjela-jela plak. So… kali ni aku nak cerita adventure trip kitorg ke Pulau Bohey Dulang ni. Thriller…or terrible?! ;) 

 

Yeah..let’s start celoteh!

Mcmne nak cerita pasal Pulau Bohey Dulang ni?! Aku sbnrnya mmg pernah dengar pasal tempat indah ini. Pd mulanya aku tak berapa excited nak ke sini sbb jarang sangat aktiviti snorkeling dilakukan di pulau ni. Tapi bila kakLa ajak aku spend a day hiking kat Pulau Bohey Dulang ni…& kita bole melihat keindahan sekitar pulau TMTS di puncaknya, aku rasa bagai mendapat panggilan pulau plak. Tak banyak arguement…aku OK je. Dan bermodalkan “activity hiking” kat pulau inilah… maka dikyah, syida & sue teruja nak ikot sama. Hehehe… inilah saat-saat yg dinanti-nantikan.😀

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAWah…after 2 hours perjalanan merentasi lautan, finally we’re arriving at Pulau Bohey Dulang.  Macam tak percaya…. lautnya hijau bak kristal! (Sorry la gambar tak bape nak nmpk water clear like crystal…kita tgk gambar lain nnt) 

.

TMTS register

 

Sampai je kat cni…ktorg kena register dlu. Mmg syarat wajib…. setiap visitor need to register yourself at this entrance office. Btw…if I’m not mistaken, our tourist guide kena bawa surat kebenaran utk melawat TMTS ni. Takde surat ni, bukan Bohey Dulang je korang tak leh jejak, semua kawasan perairan dia pun belum tentu korang boleh masuk!

 

beautiful BoheyKita bergambar dlu sebelum mula hiking! (Iolls mmg sempat je bab bergambar nih)

After everything ready… kitorg kena dgr short briefing by ranger bertugas. Encik apa ntah namanya..(serious aku tak bole recall his name..sorry encik ranger).  Masa briefing nih jugak, ktorg diberitahu..di sepanjang pendakian ini, jgn melatah sekiranya terjumpa dengan ulat gonggok & ular tedung. Perghhh…seram je kan bunyinya!

 

Brape jauh nak sampai puncak?? “Tinggi 300 meter, tapi jalan naik ke atas lebih kurang 600 meter.. tapi boleh la nak buat, kita jalan perlahan-lahan..minggu lepas ada makcik dan pakcik gemuk-gemuk naik, dekat 2 jam baru sampai..ok je diorang” kata Encik ranger. Tersenyum je masing-masing.

Sempat aku mengusik, “Tinggi sket je drp Broga… in sya Allah boleh” :) 

 

 

Brape lama?!! “Kebiasaannya lebih kurang 45 minit dah boleh sampai puncak…tapi kita buat ikot kemampuan, jangan terkejar-kejar nak sampai ke atas. Kalo lambat kita tunggu..” ujar Encik ranger selamba.

Masing-masing pakat tgk jam tangan. Uishh…letak benchmark utk diri sendiri la kononnya.

 

Apa lagi?! Hah…sebelum memulakan pendakian, sapa2 nak gi toilet…silakan. Sbb sepjg pendakian nnt tak de RnR. Haahahaha😀

Dah…JOM hiking!

.

justbeginJust begin… huhuhu!

Ni belum lg menjejak 100m. Mula-mula je dah kena gunakan tali utk panjat ke ats. Perghhh… adventure thrill dah mula dah.

teaser D2Yay… 100m! Termengah-mengah la jugak. Steep gaks kot. Ni baru first 100m. Ada 500m lagi nak mendaki ni. Fuh…fuh…kuatkan semangat!

Tengok tuh…masing-masing laju je. Aku as a team marshall..steady je kat belakang. (Iolls mmg slalu kat belakang bila bab mcmni…)

.

challenge 200mAt 200m… look the jungle track! Memang mencabar… bukan saja licin (sbb mlm td hujan), tp batu-batunya ada yg bergelongsor… so we have to be very careful in every steps.

Posing sempat gaks…

.

bohey300m300 m… sume lebih focus on own steps. Curam kan??

.

Pokok Ara @400m400m… looks my snapshot of Pokok Ara

Pokok Ara nih mencecah hampir 30 m tinggi secara semulajadi. Just nak share some info… ia merupakan pokok asal di Asia tenggara dan selatan sehingga utara Australia.

.

bohey500m500m… kecuraman dah semakin melandai. Maka kami semakin menghampiri ke puncak! tak sabarnya….😀

.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAFinally… yeah we’re on the top of  Bohey Dulang Island!

.

Bohey Dulang Island

Pulau DulangBohey Dulang Island😉

Subhanallah! Memang cantik sangat… tak sangka ada pemandangan macam ni kat Malaysia. Serius aku bangga!  Tak tau mcmne nk describe perasaan bila dpt tengok view cantik macam ni dengan mata kepala sendiri. Tak sia-sia rasanya mengharungi segala curam utk sampai ke puncak. Allah yg maha mengetahui.

Share info sket apa yg aku tahu… Taman Marin Tun Sakaran, which is also known as the Semporna Islands Park, comprises of 8 islands— Bohey Dulang, Bodgaya, Sebangkat, Selakan, Mantabuan, Sibuan, Maiga, as well as the Church Reef and Kapikan Reef. Pulau Bohey Dulang dan Pulau Bodhgaya adalah sisa-sisa gunung berapi pupus manakala Sebangkat dan Selakan ialah dua pulau-pulau berlandaskan bukit batu kapur.

.

weonthetopBoheyYay..we did it!😉

Aku kagum dgn semangat yg ditunjukkan makLang. It was not easy for her to get to the top. Tapi berbekalkan niat & jgk kata-kata semangat drp ktorg.. alhamdulillah. Aku pasti segala kepayahan utk smpai ke puncak terubat bila dpt melihat kebesaran Allah di sekeliling pulau ini.

.

me_bohey

Me😀

Macam tak caya je… macam mimpi je! Tapi ini betol2 la…aku kat puncak Bohey Dulang Island. Hehehe…

.

wedidit_BoheyPulau Bohey Dulang… kami telah menawan puncak mu!

It tooks us about 2.5hours for completed hiking including mendaki naik…bergambar sakan di puncak & turun kembali.

Alhamdulillah… berkat kesungguhan & keazaman yg tinggi, akhirnya bukan saja aku & kakLa yg smpai ke puncak ni (weolls yg mula-mula plan nak hiking kat cni) …tapi kitaorang sume! Awesome everyone😉

Ok… disebabkan kitorg tak de plan nak snorkeling kat pulau Bohey Dulang ni serta tak sabar nak menjejak kaki kat pulau-pulau indah lain seperti yg dijanjikan, so kitorg terus beransur meninggalkan Pulau Bohey Dulang. Yeah…dlm masa yg sama, tak sabar gak nak BBQ lunch. Wow…sound amazing, isn’t it??

…..

….

..

.

.

to be continue😉

…bila aku rajin menulis (“,)

About yanchor

I’m a person with extra.ordinary passion! ...wherever you go, go with all your h.e.a.r.t.!

Posted on April 9, 2014, in photography, travel | kembara and tagged , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. Hi nak tanye brape u byr for bohey dulang trip per person and which operator u pegi dengan?

  2. Hi nak tanye how much do u pay for the bohey dulang trip per person and which operator do you go with from mabul?
    Need urgent reply. Tq!

    • Hi.. u may refer to previous posting about my hols in Semporna Island. We’re hiring Kembara Pulau Semporna (found in FB) with cost rm280/pax for 2D1N trip. Check ot out.

  3. Yes.. sangat best. Saya dah pergi. Bile dah naik tanak turun. permandangan cantik sangat.

  1. Pingback: Semporna Trip; …day 2 in Tun Sakaran Marine Park (TMTS) | |.s.e.L.f.L.e.n.s.|

Comment please ;)

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: